Skip to main content

Kebaikan OMEGA-3

Assalamualaikum😊

Alhamdulillah dan Inshaallah 31 OGOS 2017 kita akan menyambut HARI KEMERDEKAAN tanah air kita🎇

Apa kaitan MERDEKA dan OMEGA-3 ❓❓❓

Alhamdulillah bersempena bulan kemerdekaan SHAKLEE dengan berbesar hati mengadakan promosi OMEGA-3 OMEGAGUARD kepada semua ahli iaitu


Sangat berbaloi 💖 kerana setiap pembelian 5 OMEGAGUARD anda berpeluang untuk menerima e-Discount vouchers sebanyak RM 60. tapi...tapi...tapi mesti semua nak tau apa kepentingan❓❓❓ OMEGA-3 sampaikan terhasilnya promosi ini 😁 

Kepentingan OMEGA-3

🐟 OMEGA-3 merupakan komponen penting untuk membentuk membran sel/membran plasma. 
✔ Membran sel adalah permukaan luar sel yang mempunyai banyak fungsi antaranya adalah membran sel bertindak sebagai tempat untuk pertukaran zat dan molekul dari luar ke dalam sel dan juga di dalam membran sel terdapat reseptor yang akan menerima rangsangan dari luar sel.    
✔ Sekiranya membran sel tidak terbentuk dengan baik dan tidak berada dalam keaadan sihat maka fungsi metabolisma badan dan apa-apa aktiviti sel lain tidak dapat terhasil.

🐟 OMEGA-3 sebagai ANTI KERADANGAN
✔ DHA dan EPA merupakan OMEGA-3 yang bertindak sebagai anti keradangan. 
✔ Setiap hari badan kita akan berhadapan dengan berbagai faktor yang akan menyebabkan keradangan (inflammation). Contohnya bahan kimia dari asap rokok dan kenderaan, tekanan darah yang tinggi, bahan kimia dari pemakanan, alatan mandian, cucian rumah, produk penjagaan muka dan mekap, lemak dan kolesterol yang tinggi dalam darah. 
✔ Keradangan adalah proses normal di dalam badan sekiranya teratur, tidak terjadi kerosakan yang melampau kepada sel, terbatas atau mempunyai hadnya, berakhir dengan cepat. Tetapi sekiranya keradangan tidak menepati ciri-ciri tersebut maka ianya adalah tidak normal dan mendatangkan keburukan kepada badan.
✔ OMEGA-3 dengan fungsi anti keradangan dapat membantu mengurangkan keadaan ini berlaku melalui kuasa EPA dan DHA.
📣 https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3081099/

🐟 OMEGA-3 untuk KESIHATAN JANTUNG
✔ Selain dari anti keradangan OMEGA-3 juga bertindak sebagai anti aritmia(aritmia adalah satu tanda atau gejala dari gangguan detak jantung atau irama jantung) dan anti trombosis (proses pembekuan atau koagulasi darah berlebihan sehingga menghalang aliran darah).
📣 http://www.aafp.org/afp/2004/0701/p133.html#afp20040701p133-b14

🐟OMEGA-3 membantu mengurangkan TRIGLYCERIDE dalam badan sekaligus mengurangkan risiko penyakit jantung, darah tinggi dan stroke.
📣 https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3563284/

🐟 OMEGA-3 untuk KESIHATAN SENDI
✔ Seperti yang telah dijelaskan OMEGA-3 mempunyai sifat anti-keradangan maka ianya sangat baik untuk membantu masalah sendi seperti sakit-sakit sendi.
✔ Osteoarthritis (OA) adalah penyakit usia emas yang mana akibat dari kekurangan cairan antara sendi maka sendi akan sakit apabila bergerak dan menyebabkan pergerakan sendi terhalang.

🐟 OMEGA-3 untuk KESIHATAN MINDA
✔ Docosahexaenoic acid (DHA) yang merupakan salah satu komponen omega-3 sangat penting dalam perkembangan dan fungsi sel saraf. 
✔ Kekurangan DHA ketika proses perkembangan minda akan menyebabkan masalah pada fungsi kognitif dan perlakuan seseorang. 
✔ Beberapa kajian menunjukan DHA berfungsi dalam proses pembentukan sel saraf, transmisi antara sel saraf dan perlindungan sel saraf terhadap stress oksidatif.
📣 http://jn.nutrition.org/content/137/4/855.full

🐟 OMEGA-3 baik untuk IBU HAMIL
✔ DHA  dan arachidonic acid (AA) merupakan komponen lemak utama dalam otak dan mata, iaitu sebanyak 97% asid lemak omega-3 di dalam otaka dan 93% di dalam retina mata.
✔ DHA dan AA penting dalam perkembangan otak dan mata bayi di dalam rahim ibu terutamanya ketika trimester ke-3 sehingga 18 bulan kelahiran.
✔ Sangat penting untuk wanita mengandung mendapatkan omega-3 dari sumber makanan untuk membantu perkembangan otak dan mata anak dengan sihat.
📣 https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2621042/

✔ Omega-3 juga memberikan efek yang positif kepada ibu hamil itu sendiri. Pengambilan DHA dan EPA dapat mencegah kelahiran pra-matang, mengurangkan risiko pre-eclampsia/gejala akibat darah tinggi ketika hamil, meningkatkan berat lahir dan mengurangkan kemurungan.
📣 http://americanpregnancy.org/pregnancy-health/omega-3-fish-oil/

🐟 OMEGA-3 juga merupakan komponen dalam SUSU IBU
✔ Kajian menunjukan pengambilan DHA dan EPA dalam diet wanita menyusu akan memberikan efek positif kepada perkembangan kognitif dan visual bayi. 
✔Kajian juga menunjukan pengambilan omega-3 yang didapatkan dari susu ibu akan mengurangkan risiko alergik pada bayi yang menyusu.
📣 http://americanpregnancy.org/pregnancy-health/omega-3-fish-oil/


JADI

JOM...JOM...JOM

dapatkan OMEGA-3 dari OMEGAGUARD SHAKLEE 

Nak tau lebih lanjut CALL saya AESYRIN 0134366080  


Comments

Popular posts from this blog

Kelebihan Coenzyme Q10 yang perlu diketahui

KELEBIHAN COENZYME Q10 YANG PERLU DIKETAHUI Masih ramai yang belum mengetahui kelebihan Coenzyme Q10 terhadap tubuh kita. Coenzyme Q10 ini secara semulajadinya dihasilkan oleh tubuh kita tetapi dengan meningkatnya usia gaya hidup seharian kita jumlah Coenzyme Q10 dalam badan kita akan berkurang . Bermula seawal umur 20, penghasilan Coenzyme Q10 dalam badan kita akan berkurang. Selain itu, penggunaan ubat golongan statin yang digunakan untuk menurunkan kolesterol dalam badan akan mengurangkan penghasilan Coenzyme Q10 sebanyak lebih kurang 40%. Tahukah anda untuk memastikan kita mendapat 100mg Coenzyme Q10, kita perlu mengambil: 3 kg daging merah atau 100 cawan brokoli yang direbus atau 100 sudu makan minyak canola atau 3.3 kg mentega kacang atau 100 mg suplemen CoQ10 Disini saya senaraikan 5 kelebihan Coenzyme Q10 yang perlu diketahui umum 1. Coenzyme Q10 membantu memberikan tenaga kepada tubuh Peningkatan Coenzyme Q10 dalam badan akan membantu meningkatkan ten

KEBAS-KEBAS, PUNCANYA DAN CARA MENGATASI

"Doktor saya sejak akhir-akhir ini ada masalah kebas-kebas, rimas rasanya. Kenapa ya?  Saya dah periksa gula, Alhamdulillah tak tinggi pun"           Saya sering dapat pesakit yang datang dengan masalah kebas-kebas. Ada yang datang dan telah disahkan bebas dari penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis, ada juga yang datang kerana masalah kebas akibat penyakit-penyakit tertentu. Hari ini, saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai kebas dan cara mengtasi masalah kebas.           Kebas merupakan satu keluhan yang hampir semua orang pernah rasa, secara saintifiknya ia dikenali sebagai paresthesia iaitu satu perasaan seperti panas atau seperti dicucuk-cucuk. Biasanya terjadi di hujung anggota badan seperti tangan, lengan dan kaki. Kebas boleh terjadi secara tiba-tiba dan biasanya tidak sakit. Kebiasaannyan, kebas berlaku apabila adanya tekanan yang lama diberikan kepada saraf. Biasanya apabila tekanan itu dialihkan rasa kebas itu akan segera berkurang da

SENDI IBU JARI SAKIT APABILA DIGERAKKAN - De Quervain's Tendinosis

Pernahkah anda alami sakit pada sendi ibu jari ketika ibu jari digerakkan? Apa yang berlaku? Jom kita belajar! Apa itu De Quervain's tendinosis? Ia berlaku apabila tendon dan selaput tendon (synovium) di bahagian ibu jari mengalami keradangan dan membengkak menimbulkan kesakitan di kawasan ibu jari bahagian pergelangan tangan. Sakit dirasai ketika menggenggam atau menggerakkan sendi pergelangan tangan. Apa itu tendon? Tendon merupakan satu struktur yang penting kerana ia menyambungkan diantara otot dan tulang. Tendon diselaputi oleh selaput tendon yang dinamakan synovium. Synovium membantu tendon untuk bergerak dengan senang. Sekiranya synovium atau tendon mengalami keradangan dan membengkak, kesakitan akan timbul apabila digerakkan. Penyebab De Quervain's tendinosis. Penyebab utama adalah penggunaan yang berlebihan. Biasanya berkait dengan aktiviti yang melibatkan pergerakkan ibu jari yang berlebihan contohnya main game, main playstation. Saya pernah didatang