Skip to main content

FAHAMI KANSER KOLON, RISIKO DAN CARA PENCEGAHAN

KANSER KOLON

2 hari yang lepas saya didatangi oleh seorang pesakit berumur linkungan 60an seorang kanser survivor. Datang untuk follow-up darah tinggi. Alhamdulillah sekarang sudah bebas kanser. Sebelumnya dia telah didiagnosa kanser usus besar atau colon cancer 
atau nama lain colorectal cancer.
Dahulu dia tidak jaga pemakanan dan juga merokok. Banyak makan makanan high fat & low fiber diet. Tapi dia seorang yg peka dengan perubahan diri dia, jadi colon cancer yg dia dapat dirawat di peringkat awal. Dia juga mengubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat.


Atas cerita saya dan pesakit tersebut jadi, hari ini saya ingin berkongsi ilmu dengan anda mengenai masalah kanser kolon agar anda dapat fahami kanser kolon, risiko dan cara pencegahannya.

APA ITU KANSER KOLON?
          Kolon adalah usus besar yang terdiri dari beberapa bahagian. Kanser kolon adalah ketumbuhan yang malignan (berbahaya) pada usus besar. Nama lain adalah kanser kolorektal atau turut dikenali dengan kanser usus besar. Biasanya kanser kolon ini mengambil masa bertahun-tahun untuk terjadi dan boleh merebak ke bahagian tubuh yang lain serta menyebabkan kematian.
          Kanser kolon ini merupakan kanser ketiga terbanyak menyerang lelaki manakala bagi wanita ia merupakan kanser kedua tertinggi. Selain itu kanser kolon juga merupakan penyebab kematian ke-4. Menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC), 90% kes kanser kolon berlaku pada pesakit berumur 50 tahun ke atas. Di Malaysia dianggarkan lebih dari 4500 kes baru berlaku setiap tahun.

APA TANDA/GEJALA KANSER KOLON?
          Kebiasaannya pada peringkat awal tiada tanda atau gejala yang jelas bagi kanser kolon. Namun bagi lelaki atau wanita yang berumur 50 tahun ke atas dengan tanda dan gelaja seperti di bawah ini, perlu segera melakukan pemeriksaan. Antara tanda atau gejala sekiranya mendapat kanser kolorektal:
  1. Perubahan ketara corak buang air besar (sembelit atau cirit birit atau berselang seli antara cirit-birit dan sembelit) yg tidak sembuh.
  2. Perasaan tidak puas selepas membuang air besar.
  3. Perdarahan dari dubur atau terdapat darah di dalam najis.
  4. Long-thin-pencil stool. Najis yg panjang dan kurus bentuk seperti pensil berlaku disebabkan ketumbuhan yg terbentuk menyempitkan laluan najis.
  5. Sakit perut atau kembung perut yang berpanjangan atau tidak sembuh-sembuh.
  6. Letih atau hilang selera makan atau turun berat badan tanpa sebab yang jelas.
    Gambar di bawah adalah contoh najis long-thin-pencil stool   

          Apabila anda memepunyai tanda atau gejala seperti di atas terutamanya yang berumur 50 tahun ke atas, sila ke klinik kesihatan yang berhampiran untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan dan juga di lakukan screening kanser kolon.


SIAPA YANG BERISIKO UNTUK DAPAT KANSER KOLON?
          Semua lelaki dan wanita yang berumur 50 tahun ke atas adalah antara golongan yang berisiko untuk menghidap kanser kolon. Namun begitu sekiranya ada di diantara anda yang mempunyai sejarah keluarga samada ibu atau bapa atau adik-beradik yang menghidap kanser kolon, anda juga berisko untuk menghidap masalah yang sama. Selain itu bagi seseorang yang pernah mengalami penyakit radang usus seperti Crohn's disease, ulcerative collitis atau polip di usus anda juga tidak terkecuali berisiko untuk menghidap kanser kolon.
          Selain risiko-risko di atas yang boleh dikatakan risiko yang tidak dapat diubah, ada beberapa faktor risiko lain yang boleh diperbaiki untuk menghalang dari menghidap kanser kolon. Antaranya adalah kurang melakukan aktiviti fizikal, kurang makan buah-buahan, sayur_sayuran atau makanan yang tinggi serat, mengambil makanan yang tinggi lemak dan kerap makan daging merah atau daging yang diproses, berat badan yang berlebihan atau obesity, pengambilan alkohol dan merokok atau penggunaan tembakau.
          Disebabkan faktor usia antara faktor utama untuk kejadian kanser kolon jadi inisiatif klinik kesihatan memperkenalkan program screening untuk kanser kolon. Hanya dengan memeriksa najis sahaja, kita boleh menentukan adakah anda bakal menghidap kanser kolon. Sangat merugikan sekiranya program ini tidak dimanfaatkan oleh rakyat Malaysia terutamanya bagi yang berisiko untuk mendapat kanser kolon. Hal ini kerana kanser kolon sebenarnya boleh dirawat sepenuhnya jika dapat dikesan pada peringkat awal, namun hanya lebih kurang 10% kes kanser kolon dikesan pada peringkat awal ini.

BAGAIMANA MENCEGAH KANSER KOLON?
          Risiko menghidap kanser kolon dapat diturunkan dengan cara mengubah beberapa faktor risiko iaitu:
  • Usaha menurunkan berat badan yang berlebihan atau mencegah obesity. Lebih kurang 30% orang yang mengalami obesity lebih mudah untuk menghidap kanser kolon berbanding orang yang sihat. Peningkatan BMI berkait dengan peningkatan risiko kanser kolon pada lelaki dan wanita. Selain BMI, ukur lilit pinggan yang tidak normal atau penumpukkan lemak yang berlebihan di bahagian perut juga merupakan risiko kanser kolon.

  • Pastikan hidup lebih cergas dan tingkatkan aktiviti fizikal seperti bersenam secara berkala dapat mengurangkan risiko kanser kolon. Selain dapat membaiki aliran darah, bersenam dapat juga melancarkan pergerakan peristalsis usus, pembuangan najis berjalan lebih lancar dan dapat mengelakkan sembelit dan mengelakkan pengumpulan toksin di dalam usus besar yang mengubah keadaan sel usus yang normal.

  • Makan makanan yang tinggi serat seperti buah-buhan, sayur-ssyuran dan makanan tinggi serat yang lain seperti whole grain. Makan makanan yang tinggi antioksidan seperti buah anggur, buah epal, buah oren dan labu. Elakkan kerap makan daging merah atau daging yang di proses. Sama seperti bersenam, makanan yang tinggi serat dapat mengelakan sembelit dan risiko terkena kanser kolon.

  • Berhenti minum alkohol (arak) dan berhenti merokok. Selain kanser kolon, rokok juga boleh menyebabkan kanser-kanser yang lain. Asap rokok yang mengandungi bahan karsinogenik iaitu bahan yang meransang penghasilan sel kanser akan merosakan DNA sel yang normal.



          DNA adalah bahan dalam sel yang membentuk genetik kita. Misalnya, kita seiras ibu atau ayah kita kerena genetik mereka diturunkan kepada kita. Namun genetik bukanlah terbatas pada rupa semata-mata. Setiap gene itu mempunyai tugas yang tertentu. Oncogene adalah gene yang bertugas untuk membantu sel bertumbuh, membahagi dan terus hidup. Tumor Suppressor Gene  adalah gene yang bertugas untuk membantu sel membahagi dalam keadaan terkawal atau mematikan sel apabila tiba waktunya. 
          Kanser pula berlaku disebabkan mutasi pada DNA yang akan membuatkan Oncogene sentiasa bertugas tanpa sekatan dan tugas Tumor Suppressor Gene disekat sehingga sel tadi tumbuh dan berkembang tanpa kawalan. Hal ini juga yang berlaku dalam kanser kolon. Jadi berhenti merokok dan meneutralkan radikal bebas membantu mengurangkan risiko kanser kolon dan kanser yang lain.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

VIVIX antara makanan tambahan yang mengandungi jumlah antioksidan polifenol dan resveratrol yang tinggi untuk meneutralkan radikal bebas yang banyak terdapat di persekitaran kita antaranya dari asap rokok yang tinggi dengan bahan karsinogenik, asap kenderaan, pancaran UVA dan UVB yang meningkatkan risiko kanser kulit, juga makanan yang diproses yang mempunyai banyak bahan kimia yang menggangu DNA sel yang normal.



Sekiranya anda adalah antara mereka-meraka yang berisiko mendapat kanser kolon dan kanser yang lain adalah sangat baik untuk mengamalkan makanan yang tinggi oksidan seperti VIVIX.


Sebarang persoalan mengenai kanser kolon atau VIVIX boleh tulis diruangan komen atau untuk lebih cepat boleh terus hubungi 
(call/wassup) Aesyrin Rushdan di 0134366080 atau 
Fb/Ig Aesyrin Rushdan atau 
email di aesyrinrushdan@gmail.com

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kelebihan Coenzyme Q10 yang perlu diketahui

KELEBIHAN COENZYME Q10 YANG PERLU DIKETAHUI Masih ramai yang belum mengetahui kelebihan Coenzyme Q10 terhadap tubuh kita. Coenzyme Q10 ini secara semulajadinya dihasilkan oleh tubuh kita tetapi dengan meningkatnya usia gaya hidup seharian kita jumlah Coenzyme Q10 dalam badan kita akan berkurang . Bermula seawal umur 20, penghasilan Coenzyme Q10 dalam badan kita akan berkurang. Selain itu, penggunaan ubat golongan statin yang digunakan untuk menurunkan kolesterol dalam badan akan mengurangkan penghasilan Coenzyme Q10 sebanyak lebih kurang 40%. Tahukah anda untuk memastikan kita mendapat 100mg Coenzyme Q10, kita perlu mengambil: 3 kg daging merah atau 100 cawan brokoli yang direbus atau 100 sudu makan minyak canola atau 3.3 kg mentega kacang atau 100 mg suplemen CoQ10 Disini saya senaraikan 5 kelebihan Coenzyme Q10 yang perlu diketahui umum 1. Coenzyme Q10 membantu memberikan tenaga kepada tubuh Peningkatan Coenzyme Q10 dalam badan akan membantu meningkatkan ten

KEBAS-KEBAS, PUNCANYA DAN CARA MENGATASI

"Doktor saya sejak akhir-akhir ini ada masalah kebas-kebas, rimas rasanya. Kenapa ya?  Saya dah periksa gula, Alhamdulillah tak tinggi pun"           Saya sering dapat pesakit yang datang dengan masalah kebas-kebas. Ada yang datang dan telah disahkan bebas dari penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis, ada juga yang datang kerana masalah kebas akibat penyakit-penyakit tertentu. Hari ini, saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai kebas dan cara mengtasi masalah kebas.           Kebas merupakan satu keluhan yang hampir semua orang pernah rasa, secara saintifiknya ia dikenali sebagai paresthesia iaitu satu perasaan seperti panas atau seperti dicucuk-cucuk. Biasanya terjadi di hujung anggota badan seperti tangan, lengan dan kaki. Kebas boleh terjadi secara tiba-tiba dan biasanya tidak sakit. Kebiasaannyan, kebas berlaku apabila adanya tekanan yang lama diberikan kepada saraf. Biasanya apabila tekanan itu dialihkan rasa kebas itu akan segera berkurang da

SENDI IBU JARI SAKIT APABILA DIGERAKKAN - De Quervain's Tendinosis

Pernahkah anda alami sakit pada sendi ibu jari ketika ibu jari digerakkan? Apa yang berlaku? Jom kita belajar! Apa itu De Quervain's tendinosis? Ia berlaku apabila tendon dan selaput tendon (synovium) di bahagian ibu jari mengalami keradangan dan membengkak menimbulkan kesakitan di kawasan ibu jari bahagian pergelangan tangan. Sakit dirasai ketika menggenggam atau menggerakkan sendi pergelangan tangan. Apa itu tendon? Tendon merupakan satu struktur yang penting kerana ia menyambungkan diantara otot dan tulang. Tendon diselaputi oleh selaput tendon yang dinamakan synovium. Synovium membantu tendon untuk bergerak dengan senang. Sekiranya synovium atau tendon mengalami keradangan dan membengkak, kesakitan akan timbul apabila digerakkan. Penyebab De Quervain's tendinosis. Penyebab utama adalah penggunaan yang berlebihan. Biasanya berkait dengan aktiviti yang melibatkan pergerakkan ibu jari yang berlebihan contohnya main game, main playstation. Saya pernah didatang