Skip to main content

CARA PELEKAPAN YANG BETUL ELAKAN PUTING MELECET

CARA PELEKAPAN YANG BETUL ELAKAN PUTING MELECET



Bagi ibu-ibu menyusu, puting ibu melecet disebabkan menyusu adalah antara perkara yang ingin dijauhi. Sakit dan perasaan tidak mahu menyusu dengan payudara yang putingnya melecet adalah satu perkara yang biasa terjadi. Akibatnya proses supply-and-demand yang diinginkan tidak berlaku. Lama-kelamaan jumlah penghasilan susu di bahagian payudara yang tidak disusui tadi berkurang dan akhirnya terhenti. Lebih malang lagi kebanyakkan ibu yang mengalami masalah puting melecet akan turut berhadapan dengan masalah bengkak susu akibat tidak mahu meneruskan penyusuan susu ibu di bahagian payudara yang putingnya melecet.

Bagi mengelakan kesemua masalah di atas, maka ibu-ibu menyusu perlu belajar cara pelekapan yang betul diantara bayi dan payudara ibu saat menyusu. Cara pelekapan yang betul bukan sahaja membantu terhindar dari masalah puting melecet tetapi juga dapat membantu menghasilkan susu dengan lebih banyak dan juga turut membantu melancarkan susu ibu. Supaya ibu-ibu faham kenapa perlu cara pelekapan yang betul saat menyusu, saya akan menerangkan tentang struktur payudara ibu dan fungsinya. 

Secara ringkasnya payudara ibu terdiri daripada:






1) Alveoli
Alveoli adalah satu struktur di mana susu ibu dihasilkan. Bentuk seperti sekelompok gugusan anggur kecil di dalam payudara yang dikelilingi  oleh otot payudara. Pengecutan otot-otot ini akan memaksa sus mengalir ke saluran susu. Kebiasaannya alveoli ini akan membesar ketika wanita itu mengandung.

2) Ductule/duktus
Satu saluran yang akan mengalirkan susu dari sekelompok alveoli ke bahagian saluran yang lebih besar iaitu Lactiferous Duct.

3) Lactiferous duct
Saluran yang lebih besar selepas ductule/duktus dan ianya akan melebar di bahangian bawah areola. 

4) Lactiferous sinuses
Merupakan bahagian lactiferous duct yang melebar, berada di bahagian bawah areola. Di Lactiferous sinuses inilah susu yang mengalir dari aveoli ke ductule dan ke Lactiferous duct disimpan. Nanti Lactiferous sinuses ini akan mengecil kembali apabila sampai ke bahagian puting susu.

5) Areola
Bahagian kulit yang lebih gelap berbanding bahagian payudara yang lain. Bahagian yang gelap ini membantu visual bayi untuk lebih sensitif dan peka agar bayi akhirnya akan mencari dan menghisap bahagian ini.

6) Nipple/puting susu
Adalah bahagian paling hujung yang mempunyai saluran untuk susu keluar.

Bagi membantu bayi mendapatkan susu seharusnya bayi perlu menghisap dibahagian areola payudara ibu. Kerana di bahagian bawah areola terdapat Lactiferous sinuses yang menjadi tempat susu berkumpul. Sekiranya bayi hanya menghisap di puting payudara, susu yang keluar hanya sedikit. Bayi secara tak langsung cuba menghisap lebih kuat untuk mendapatkan susu, akhirnya puting akan jadi melecet. Jadi untuk memastikan bayi menghisap pada bahagian areola ibu, maka perlu ibu-ibu perlu mengetahui cara pelekapan yang betul bagi mengelakan puting melecet.

Gambar di bawah ini menunjukkan cara pelekapan yang betul (effective attachment) dan yang salah (poor attachment)


Cara pelekapan yang betul:
  • Mulut bayi terbuka luas.
  • Lebih banyak areola kelihatan di atas mulut bayi berbanding di bawah mulut bayi.
  • Dagu bayi menyentuh payudara.
  • Bibir bawah melengkuo keluar.
  • Pipi gelembung.
  • Nada hisapan bayi kelihatan: hisap - telan - hisap - telan


Cara pelekapan yang salah:

  • Mulut bayi tidak terbuka luas.
  • Dagu jauh dan tidak menyentuh payudara.
  • Labih banyak areola kelihatan di bawah mulut bayi.
  • Ibu rasa sakit pada payudara dan puting ketika menghisap.






Selepas ini diharap ibu-ibu faham kenapa pentingnya cara pelekapan yang betul dan kenapa ibu-ibu perlu memastikan bayi menghisap di bahagian areola ibu bukanyya di bahagian puting. Cara pelekapan yang betul memang terbukti membantu mengelakan masalah puting melecet.












Comments

Popular posts from this blog

Kelebihan Coenzyme Q10 yang perlu diketahui

KELEBIHAN COENZYME Q10 YANG PERLU DIKETAHUI Masih ramai yang belum mengetahui kelebihan Coenzyme Q10 terhadap tubuh kita. Coenzyme Q10 ini secara semulajadinya dihasilkan oleh tubuh kita tetapi dengan meningkatnya usia gaya hidup seharian kita jumlah Coenzyme Q10 dalam badan kita akan berkurang . Bermula seawal umur 20, penghasilan Coenzyme Q10 dalam badan kita akan berkurang. Selain itu, penggunaan ubat golongan statin yang digunakan untuk menurunkan kolesterol dalam badan akan mengurangkan penghasilan Coenzyme Q10 sebanyak lebih kurang 40%. Tahukah anda untuk memastikan kita mendapat 100mg Coenzyme Q10, kita perlu mengambil: 3 kg daging merah atau 100 cawan brokoli yang direbus atau 100 sudu makan minyak canola atau 3.3 kg mentega kacang atau 100 mg suplemen CoQ10 Disini saya senaraikan 5 kelebihan Coenzyme Q10 yang perlu diketahui umum 1. Coenzyme Q10 membantu memberikan tenaga kepada tubuh Peningkatan Coenzyme Q10 dalam badan akan membantu meningkatkan ten

KEBAS-KEBAS, PUNCANYA DAN CARA MENGATASI

"Doktor saya sejak akhir-akhir ini ada masalah kebas-kebas, rimas rasanya. Kenapa ya?  Saya dah periksa gula, Alhamdulillah tak tinggi pun"           Saya sering dapat pesakit yang datang dengan masalah kebas-kebas. Ada yang datang dan telah disahkan bebas dari penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis, ada juga yang datang kerana masalah kebas akibat penyakit-penyakit tertentu. Hari ini, saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai kebas dan cara mengtasi masalah kebas.           Kebas merupakan satu keluhan yang hampir semua orang pernah rasa, secara saintifiknya ia dikenali sebagai paresthesia iaitu satu perasaan seperti panas atau seperti dicucuk-cucuk. Biasanya terjadi di hujung anggota badan seperti tangan, lengan dan kaki. Kebas boleh terjadi secara tiba-tiba dan biasanya tidak sakit. Kebiasaannyan, kebas berlaku apabila adanya tekanan yang lama diberikan kepada saraf. Biasanya apabila tekanan itu dialihkan rasa kebas itu akan segera berkurang da

SENDI IBU JARI SAKIT APABILA DIGERAKKAN - De Quervain's Tendinosis

Pernahkah anda alami sakit pada sendi ibu jari ketika ibu jari digerakkan? Apa yang berlaku? Jom kita belajar! Apa itu De Quervain's tendinosis? Ia berlaku apabila tendon dan selaput tendon (synovium) di bahagian ibu jari mengalami keradangan dan membengkak menimbulkan kesakitan di kawasan ibu jari bahagian pergelangan tangan. Sakit dirasai ketika menggenggam atau menggerakkan sendi pergelangan tangan. Apa itu tendon? Tendon merupakan satu struktur yang penting kerana ia menyambungkan diantara otot dan tulang. Tendon diselaputi oleh selaput tendon yang dinamakan synovium. Synovium membantu tendon untuk bergerak dengan senang. Sekiranya synovium atau tendon mengalami keradangan dan membengkak, kesakitan akan timbul apabila digerakkan. Penyebab De Quervain's tendinosis. Penyebab utama adalah penggunaan yang berlebihan. Biasanya berkait dengan aktiviti yang melibatkan pergerakkan ibu jari yang berlebihan contohnya main game, main playstation. Saya pernah didatang