Skip to main content

OMEGA 3

Omega 3


Dalam keghairahan kita untuk mendapatkan sumber OMEGA-3 pastikan kita memilih dari sumber yang baik.

OMEGA-3 boleh didapatkan dari pelbagai sumber makanan antaranya
  1. Sumber lautan seperti ikan. Contohnya ikan salmon, ikan herring, ikan mackerel, ikan tuna, ikan sardin, ikan cod, ikan bilis.
  2. Minyak bijian. contohnya dari minyak flaxseed, canola, soya.
  3. Bijian dan kekacang, contohnya kacang merah, kacang soya, walnut, biji labu dan biji bunga matahari.
  4. Sayuran hijau misalnya bayam dan brokoli.


Tetapi adakalanya kita tidak mampu untuk mendapatkan sumber omega3 dari makanan kita. Mungkin disebabkan kesibukan harian jadi kebiasaan bagi kita untuk makan apa saja yang ada agar tidak lapar, contohnya makanan segera yang biasanya tidak berkhasiat.

Maka alternatif lain untuk mencukupkan nutrisi harian kita adalah pengambilan makanan tambahan atau suplemen.

Seperti nutrisi penting yang lain OMEGA 3 juga boleh didapatkan melalui suplemen yang ada di pasaran. Namun begitu ada beberapa point penting yang perlu diketahui sebelum membeli suplemen OMEGA3 di pasaran.
1. Sumber asal suplemen OMEGA3 
2. Cara pemprosesan
3. Kuantiti OMEGA3
4. Kandungan dalam suplemen OMEGA3 (minyak ikan VS minyak hati ikan)

SUMBER ASAL SUPLEMEN OMEGA3
  • Dipercayai sumber makan laut cold-water fish seperti ikan salmon, mackerel, herring, tuna, sardine, ikan bilis mengandungi OMEGA3 yang paling baik dan paling banyak.
  • BERHATI-HATI kerana ikan laut dalam juga selalu tercemar dengan bahan toksin seperti merkuri, plumbum, kadmium, arsenik, PBC dan bahan cemar lain.
CARA PEMPROSESAN
  • Penting untuk diketahui cara pemprosesan sumber OMEGA3 terutamanya dari sumber laut untuk memastikan ketulenan OMEGA3 dijaga dalam masa yang sama selamat untuk diambil.
KUANTITI OMEGA 3

National Institute of Health Office of Dietary Supplement
  1. Kecukupan pengambilan OMEGA3 sehari bagi dewasa berumur 28 sehingga 51 tahun dan ketas adalah lelaki 1.6 gram dan wanita 1.1 gram. 
  2. Bagi wanita mengandung perlu mengambil 1.4 gram OMEGA3 manakala wanita menyusui bayi 1.3 gram sehari.
International Society for the Study of Fatty Acids and Lipids (ISSFAL) yang dilakukan oleh organisasi saintis yang mahir dalam bidang asid lemak 
  1. Dewasa untuk kesihatan jantung dan aliran darah sekurang kurangnya 500 mg DHA dan EPA sehari.
  2. Wanita mengandung/menyusu 200mg DHA setiap hari.
    KANDUNGAN SUPLEMEN OMEGA3

    Minyak ikan (fish oil)
    • Mengandungi sumber diestrak daripada keseluruhan ikan kecuali hati ikan.
    • Mengandungi asid lemak OMEGA3 seperti DHA dan EPA yang tinggi dan tiada vitamin A dan D.
    Minyak hati ikan cod (cod liver oil)
    • Diestrak dari hati ikan cod yang tinggal dibahagian artik.
    • Selain mempunyai DHA dan EPA, ia juga kaya dengan Vitamin D dan A. 
    • Kebiasaanya minyak hati ikan cod secara rutin diberikan kepada anak-anak di Selatan Eropah pada sekitar tahun 1960s kerana kawasan tersebut kurang pancaran matahari untuk mereka menghasilkan Vitamin D sendiri. 
    • Selain itu minyak hati ikan cod diambil oleh mereka yang tinggal dinegara iklim sejuk apabila mereka kurang berada di luar rumah agar mereka mendapat sumber Vitamin D.
    • Kepada wanita mengandung kelebihan Vitamin A akan menyebabkan masalah kecacatan pada bayi jadi pengambilan minyak hati ikan cod ketika mengandung adalah tidak digalakan.


    JADI sebelum kita mengambil suplemen OMEGA3 dipasaran pastikan kita meneliti dan mengetahui ke-4 poin yang disebutkan✔

    Comments

    Popular posts from this blog

    Kelebihan Coenzyme Q10 yang perlu diketahui

    KELEBIHAN COENZYME Q10 YANG PERLU DIKETAHUI Masih ramai yang belum mengetahui kelebihan Coenzyme Q10 terhadap tubuh kita. Coenzyme Q10 ini secara semulajadinya dihasilkan oleh tubuh kita tetapi dengan meningkatnya usia gaya hidup seharian kita jumlah Coenzyme Q10 dalam badan kita akan berkurang . Bermula seawal umur 20, penghasilan Coenzyme Q10 dalam badan kita akan berkurang. Selain itu, penggunaan ubat golongan statin yang digunakan untuk menurunkan kolesterol dalam badan akan mengurangkan penghasilan Coenzyme Q10 sebanyak lebih kurang 40%. Tahukah anda untuk memastikan kita mendapat 100mg Coenzyme Q10, kita perlu mengambil: 3 kg daging merah atau 100 cawan brokoli yang direbus atau 100 sudu makan minyak canola atau 3.3 kg mentega kacang atau 100 mg suplemen CoQ10 Disini saya senaraikan 5 kelebihan Coenzyme Q10 yang perlu diketahui umum 1. Coenzyme Q10 membantu memberikan tenaga kepada tubuh Peningkatan Coenzyme Q10 dalam badan akan membantu meningkatkan ten

    KEBAS-KEBAS, PUNCANYA DAN CARA MENGATASI

    "Doktor saya sejak akhir-akhir ini ada masalah kebas-kebas, rimas rasanya. Kenapa ya?  Saya dah periksa gula, Alhamdulillah tak tinggi pun"           Saya sering dapat pesakit yang datang dengan masalah kebas-kebas. Ada yang datang dan telah disahkan bebas dari penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis, ada juga yang datang kerana masalah kebas akibat penyakit-penyakit tertentu. Hari ini, saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai kebas dan cara mengtasi masalah kebas.           Kebas merupakan satu keluhan yang hampir semua orang pernah rasa, secara saintifiknya ia dikenali sebagai paresthesia iaitu satu perasaan seperti panas atau seperti dicucuk-cucuk. Biasanya terjadi di hujung anggota badan seperti tangan, lengan dan kaki. Kebas boleh terjadi secara tiba-tiba dan biasanya tidak sakit. Kebiasaannyan, kebas berlaku apabila adanya tekanan yang lama diberikan kepada saraf. Biasanya apabila tekanan itu dialihkan rasa kebas itu akan segera berkurang da

    SENDI IBU JARI SAKIT APABILA DIGERAKKAN - De Quervain's Tendinosis

    Pernahkah anda alami sakit pada sendi ibu jari ketika ibu jari digerakkan? Apa yang berlaku? Jom kita belajar! Apa itu De Quervain's tendinosis? Ia berlaku apabila tendon dan selaput tendon (synovium) di bahagian ibu jari mengalami keradangan dan membengkak menimbulkan kesakitan di kawasan ibu jari bahagian pergelangan tangan. Sakit dirasai ketika menggenggam atau menggerakkan sendi pergelangan tangan. Apa itu tendon? Tendon merupakan satu struktur yang penting kerana ia menyambungkan diantara otot dan tulang. Tendon diselaputi oleh selaput tendon yang dinamakan synovium. Synovium membantu tendon untuk bergerak dengan senang. Sekiranya synovium atau tendon mengalami keradangan dan membengkak, kesakitan akan timbul apabila digerakkan. Penyebab De Quervain's tendinosis. Penyebab utama adalah penggunaan yang berlebihan. Biasanya berkait dengan aktiviti yang melibatkan pergerakkan ibu jari yang berlebihan contohnya main game, main playstation. Saya pernah didatang