Skip to main content

Kelebihan Coenzyme Q10 yang perlu diketahui

KELEBIHAN COENZYME Q10 YANG PERLU DIKETAHUI

Masih ramai yang belum mengetahui kelebihan Coenzyme Q10 terhadap tubuh kita. Coenzyme Q10 ini secara semulajadinya dihasilkan oleh tubuh kita tetapi dengan meningkatnya usia gaya hidup seharian kita jumlah Coenzyme Q10 dalam badan kita akan berkurang. Bermula seawal umur 20, penghasilan Coenzyme Q10 dalam badan kita akan berkurang. Selain itu, penggunaan ubat golongan statin yang digunakan untuk menurunkan kolesterol dalam badan akan mengurangkan penghasilan Coenzyme Q10 sebanyak lebih kurang 40%.

Tahukah anda untuk memastikan kita mendapat 100mg Coenzyme Q10, kita perlu mengambil:


3 kg daging merah atau
100 cawan brokoli yang direbus atau
100 sudu makan minyak canola atau
3.3 kg mentega kacang atau

100 mg suplemen CoQ10

Disini saya senaraikan 5 kelebihan Coenzyme Q10 yang perlu diketahui umum


1. Coenzyme Q10 membantu memberikan tenaga kepada tubuh

Peningkatan Coenzyme Q10 dalam badan akan membantu meningkatkan tenaga dalam sel badan menjadikan kita lebih bertenaga, berkeyakinan dan aktif. Inilah salah satu kelebihan Coenzyme Q10 yang perlu diketahui. Peningkatan Coenzyme Q10 mampu meningkatkan kekuatan otot kita. Satu kajian yang dilakukan oleh Alexandra F dan rakan-rakan yang bertajuk Coenzyme Q Status as a Determinant of Muscular Strength in Two Independent Cohorts menunjukan kekurangan Coenzyme Q10 dalam badan berkait dengan peningkatan risiko sarcopenia iaitu berkurangnya jumlah otot dan fungsinya akibat proses penuaan.


Selain itu peningkatan Coenzyme Q10 mampu mempercepatkan penyembuhan luka. Kajian yang dilakukan oleh Bang S.C dan rakan-rakan bertajuk Effect of coenzyme Q10 on cutaneous healing in skin-incised mice menunjukan Coenzyme Q10 boleh membantu penyembuhan luka dan bertindak sebagai anti-keradangan.





2. Coenzyme Q10 memelihara jantung dan pengaliran darah yang sihat

Jumlah Coenzyme Q10 ini lebih banyak di dalam jantung iaitu organ yang paling banyak menggunakan tenaga untuk memastikan jantung dapat mengepam darah ke seluruh badan. Untuk memastikan aliran darah dalam keaadan baik maka jantung perlulah mendapat jumlah Coenzyme Q10 yang cukup. 

Coenzyme Q10 ini membaiki tenaga di dalam sel mitokondria tubuh dan kerja jantung. Di dalam jurnal yang bertajuk Therapy with coenzyme Q10 of patients in heart failure who are eligible or in eligible for a transplant iaitu sebanyak 20,000 pesakit jantung berumur 65 tahun yang sesuai melakukan tranplantasi jantung tetapi disebabkan kekurangan penderma yang sesuai, mereka ini telah diberikan terapi Coenzyme Q10 dan hasilnya menunjukan fungsi jantung dan tahap kegagalan jantung yang diukur dengan menggunakan New York Heart Association (NYHA) menjadi lebih baik. Selepas menerima Coenzyme Q10 pesakit didapati tidak memerlukan ubat-ubatan tambahan dan pesakit bebas melakukan aktiviti tanpa gangguan jantung.

Coenzyme Q10 juga memastikan fungsi jantung dalam keaadan sihat. Kajian bertajuk Dietary coenzyme Q10 supplementation alters platelet size and inhibits human vironectin (CD51/CD61) receptor expression menunjukan pemberian Coenzyme Q10 dapat mengurangkan kepekatan darah, mengelakan sumbatan aliran darahdan melancarkan peredaran darah.

Kelebihan Coenzyme Q10 yang lain ia dapat membantu meningkatkan tenaga pada pesakit yang mengambil ubat golongan statin. Banyak kajian menunjukan pengambilan ubat golongan statin untuk menurunkan kadar kolesterol akan menyebabkan pesakit berasa cepat letih. 






3. Coenzyme Q10 untuk kesihatan sistem persenyawaan

Antara kelebihan Coenzyme Q10 yang perlu diketahui adalah menyokong sistem pembiakan dan meningkatkan kualiti dan tenaga dalam sel sperma dan ovum. Himpunan jurnal yang dikaji oleh Sedigheh A dan rakan-rakan menunjukan pemberian Coenzyme Q10 kepada lelaki yang mempunyai masalah ketidaksuburan membantu meningkatkan jumlah sperma yang bukan lebih aktif tetapi strukturnya juga normal. Dari kumpulan jurnal itu juga menunjukan ada 12 pasangan yang tidak subur ini mengandung secara spontan selepas diberikan Coenzyme Q10.






4. Coenzyme Q10 membantu mendapatkan kulit yang berseri-seri

Coenzyme Q10 juga berada pada kulit luar manusia yang membantu menjaga kulit dari pancaran sinar UV yang berlebihan dan juga memberikan tenaga kepada sel untuk membaiki sel sendiri apabila telah rosak

Pemberian Coenzyme Q10 dalam bentuk suplemen mampu merawat kulit, menjadikan kulit lebih kuat, mengurangkan kedutan dan membaiki struktur kulit. Coenzyme Q10 memberikan efek antioksidan kepada kulit.





5. Coenzyme Q10 meningkat fungsi kognitif

Selain itu kelebihan Coenzyme Q10 yang perlu diketahui juga adalah ianya baik untuk fungsi kognitif kita. Ianya merupakan komponen dalam 'electron transport chain' iaitu proses pergerakan elektron masuk dan keluar dari membran plasma agar metabolisma sel berlaku dan membantu untuk menghasilkan tenaga dalam sel. Coenzyme Q10 juga bertindak sebagai antioksidan yang bersifat neuroprotective, membantu mengurangkan pembentukan plaq amyloid iaitu diketahui sebagai penyebab utama untuk penyakit Alzheimer atau nyanyukPemberian suplemen Coenzyme Q10 mampu meningkat kecekapan otak untuk lebih fokus dan kuat ingatan.

Coenzyme Q10 juga dilaporkan mampu unutk mencegah migrain. Didalam satu kajian mendapati 61% daripada pesakit yang mengambil Coenzyme Q10 suplemen mengalami pengurangan diserang migrain sebanyak 50%. 


Bagi meningkat Coenzyme Q10 anda shaklee menawarkan CoQ-Trol Plus formulasi baru yang diperbaharui dari shaklee mengandungi 
✅ 100mg CoQ10
✅ Resvetrol
✅ Tocopherol








Sebotol CoQ-Trol Plus mengandungi 30 biji yang perlu diambil sebiji sehari untuk memastikan anda mendapatkan keperluan Coenzyme Q10 anda.
Shaklee CoQ-Trol Plus menyediakan sediaan Coenzyme Q10 yang natural dengan kombinasi terbaik antara resveratrol dan tocopherol. Untuk penyerapan yang optimal juga dilengkapkan dengan minyak zaitun. 

Anda boleh menghubungi saya AESYRIN RUSHDAN shaklee independent distributor anda di 0134366080 atau 
Fb dan Ig: Aesyrin rushdan untuk mendapatkan CoQ-Trol Plus anda

Comments

Popular posts from this blog

KEBAS-KEBAS, PUNCANYA DAN CARA MENGATASI

"Doktor saya sejak akhir-akhir ini ada masalah kebas-kebas, rimas rasanya. Kenapa ya?  Saya dah periksa gula, Alhamdulillah tak tinggi pun"           Saya sering dapat pesakit yang datang dengan masalah kebas-kebas. Ada yang datang dan telah disahkan bebas dari penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis, ada juga yang datang kerana masalah kebas akibat penyakit-penyakit tertentu. Hari ini, saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai kebas dan cara mengtasi masalah kebas.           Kebas merupakan satu keluhan yang hampir semua orang pernah rasa, secara saintifiknya ia dikenali sebagai paresthesia iaitu satu perasaan seperti panas atau seperti dicucuk-cucuk. Biasanya terjadi di hujung anggota badan seperti tangan, lengan dan kaki. Kebas boleh terjadi secara tiba-tiba dan biasanya tidak sakit. Kebiasaannyan, kebas berlaku apabila adanya tekanan yang lama diberikan kepada saraf. Biasanya apabila tekanan itu dialihkan rasa kebas itu akan segera berkurang da

SENDI IBU JARI SAKIT APABILA DIGERAKKAN - De Quervain's Tendinosis

Pernahkah anda alami sakit pada sendi ibu jari ketika ibu jari digerakkan? Apa yang berlaku? Jom kita belajar! Apa itu De Quervain's tendinosis? Ia berlaku apabila tendon dan selaput tendon (synovium) di bahagian ibu jari mengalami keradangan dan membengkak menimbulkan kesakitan di kawasan ibu jari bahagian pergelangan tangan. Sakit dirasai ketika menggenggam atau menggerakkan sendi pergelangan tangan. Apa itu tendon? Tendon merupakan satu struktur yang penting kerana ia menyambungkan diantara otot dan tulang. Tendon diselaputi oleh selaput tendon yang dinamakan synovium. Synovium membantu tendon untuk bergerak dengan senang. Sekiranya synovium atau tendon mengalami keradangan dan membengkak, kesakitan akan timbul apabila digerakkan. Penyebab De Quervain's tendinosis. Penyebab utama adalah penggunaan yang berlebihan. Biasanya berkait dengan aktiviti yang melibatkan pergerakkan ibu jari yang berlebihan contohnya main game, main playstation. Saya pernah didatang