Skip to main content

6 PETUA BANYAKAN SUSU IBU

6 PETUA BANYAKKAN SUSU IBU

Kebanyakan ibu yang melahirkan pastinya ingin menyusukan bayi dengan susu badan. Segelintir dari ibu tidak dapat berbuat demikian atas beberapa faktor misalnya masalah kesihatan. Sangat jarang bagi ibu yang sihat, menolak untuk menyusukan bayi mereka. Jadi, ibu-ibu yang tiada halangan untuk susukan bayi tidak seharusnya membiarkan masalah susu badan yang sedikit mengganggu dan menghalang mereka untuk menyusukan anak terutamanya secara esklusif selama 6 bulan.

Ya! Jumlah susu badan pada awal kelahiran kebiasaanya sedikit kerana secara teorinya penghasilan susu badan mengikut keperluan dan saiz perut bayi. Namun ibu-ibu jangan terkejut sekiranya susu ibu melimpah walaupun umur bayi satu hari, itu dinamakan rezeki. Bagi sesetengah ibu, menyusu tidak berlaku secara semulajadi kerana ia memerlukan masa dan penyesuaian untuk menyediakan sumber makanan terbaik untuk bayi. 


'Seorang ibu pada 2 tahun 7 bulan yang lepas dengan teruja, tergamam dan 
terasa gelisah melihat seorang ibu lain selepas melahirkan 
namun susu badannya terkumpul di dalam bekas simpanan hampir 5 onz, 
sedangkan susu badan ibu yang tergamam sekali perah menggunakan tangan 
hanya dapat ditadah menggunakan sudu teh sahaja. 
Tapi semangatnya kuat dan dia tidak berputus asa. 
Jadi 6 PETUA BANYAKKAN SUSU IBU dia lakukan dan akhirnya 
pada usia bayinya 1 minggu dia berbangga dan bersyukur 
Allah mengizinkan susu badannya melimpah hingga 4-5 onz pada setiap payudara.

JOM kita teliti 6 PETUA BANYAKAN SUSU IBU agar anda juga mampu menyusukan bayi anda dengan tenang, yakin dan selesa.


1. MINUM AIR YANG BANYAK
            Ibu-ibu perlu maklum bahawa susu anda terdiri dari 90% air. Setiap ibu yang ingin menyusukan bayi dengan susu badan seharusnya minum sekurang-kurangnya 2 liter air sehari bagi memastikan anda mempunyai cecair yang cukup untuk menghasilkan susu ibu untuk bayi anda. Adat berpantang hampir seluruh kaum di Malaysia iaitu minum air yang sedikit dan makan makanan yang memanaskan badan antara penyebab kurangnya air dalam badan dan mengakibatkan sedikit susu badan yang di hasilkan. 
            Minum air yang banyak bukan saja membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu malahan dapat juga mengelakan masalah sembelit, mengelakan dehidrasi, mencegah masalah pembentukan darah beku yang tidak normal (venousthromboembolism) dan juga membantu organ tubuh bekerja dengan lebih optimal sekaligus proses penyembuhan ibu selepas bersalin juga dapat dipercepatkan.



2. MENYUSUKAN BAYI LEBIH KERAP
           Menyusukan bayi lebih kerap 3-4 jam sekali atau mengosongkan payudara dengan cara memerah payudara dengan menggunakan tangan maupun breastpump. Patuhi konsep supply and demand . Setiap kali ibu menyusukan bayi, satu isyarat akan di hantar ke otak ibu untuk mengeluarkan hormon prolaktin dan oksitosin yang membantu dalam penghasilan dan pengaliran susu ibu. Bukan itu saja, ibu-ibu menyusu juga akan mendapat banyak kebaikan dari kedua-dua hormon tersebut seperti yang telah saya konsikan di entry sebelum ini.

http://aesyrinrushdan.blogspot.com/2018/01/kebaikan-penyusuan-susu-ibu.html



3. LAKUKAN URUTAN PAYUDARA
           Urutan payudara dapat membantu melancarkan saluran susu untuk pengaliran susu yang lebih baik. selain itu, dapat juga membantu ibu-ibu menyusu supaya lebih tenang dan relaxe. Ada beberapa teknik yang boleh dilakukan, antara contohnya seperti gambarajah di bawah:







4. PENGURUSAN STRESS YANG BETUL
           Emosi ibu-ibu sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada bekalan susu ibu. Pengurusan stress yang betul mampu membantu merembeskan hormon penenang secara semulajadi antaranya adalah hormon oksitosin. Apabila ibu stress hormon oksitosin akan terhambat dan merencatkan pengaliran susu ibu. 
           Antara tanda-tanda stress adalah letih keterlaluan, cepat marah, gelisah, sakit kepala, gangguan tidur, perubahan selera makan dan tingkah laku yang aggresif. Apatah lagi apabila keadaan ini berlaku pada waktu berpantang, stress yang sedikit perlu di atasi segera agar tidak menjadi masalah kemurungan yang akan memberi kesan kepada kesihatan ibu.
           Jadi bagaimana kalau ibu berada dalam stress? Apa yang ibu perlu lakukan? 




5.  MAKAN JUMLAH PROTEIN YANG MENCUKUPI
            Kajian telah menunjukan bahawa diet seorang ibu akan menentukan kualiti dan nutrien dalam susu ibu. Nutrien yang tepat perlu diambil oleh ibu menyusu agar dapat memberikan susu yang terbaik bagi pertumbuhan dan perkembangan optimum bayi anda. Jumlah protein yang cukup dalam makanan harian ibu dapat membantu dalam membina, membaiki dan mengekalkan otot, rambut dan kulit yang sihat serta keseluruhan pertumbuhan dan perkembangan bayi. 
            Seorang ibu yang menyusukan bayi perlu mendapat protein dua kali lebih banyak berbanding ibu yang tidak menyusukan bayi. Pilih makanan yg selamat dan mempunyai protein yang tinggi untuk menghasilkan dan mengekalkan susu badan. Protein yang tinggi biasanya adalah daging haiwan tetapi daging haiwan juga tinggi kolestrol dan lemak, tidak seperti protein yang berasaskan tumbuhan seperti soya. Nilai protein dari soya adalah berkualiti setanding protein haiwan dan dalam masa yang sama tiada lemak dan rendah kolestrol.






6. MAKANAN TAMBAHAN DENGAN ALFALFA
            Cadangan alfalfa dalam 6 PETUA BANYAKKAN SUSU IBU sebagai makanan tambahan ibu menyusu adalah satu perkara yang bagus kerana alfalfa dianggap galaktagog yang memberi manfaat untuk ibu menyusukan bayi. Galaktagog adalah bahan yang membantu meningkatkan susu ibu. Alfalfa menyokong penghasilan susu secara semulajadi kerana mengandungi phytoestrogen berfungsi untuk meransang peningkatan kelenjar susu di payudara ibu.



Doa saya selepas ibu-ibu mengamalkan 6 PETUA BANYAKKAN SUSU BADAN ini, ibu-ibu dapat meneruskan penyusuan susu badan secara esklusif selama 6 bulan supaya bayi sentiasa sihat dan cergas di setiap pertumbuhan dan perkembangannya 😍😍😍

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Untuk mendapatkan protein yang baik dan alfalfa sebagai pelengkap makanan tambahan ibu menyusu, boleh amalkan SET SELEPAS BERSALIN SHAKLEE @ POSTNATAL SET SHAKLEE



Berminat untuk dapatkan SET SELEPAS BERSALIN SHAKLEE @ POSTNATAL SET SHAKLEE 
call/wassup Aesyrin 0134366080 atau 
personal massage di Fb/Ig Aesyrin Rushdan atau 
email di aesyrinrushdan@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

Kelebihan Coenzyme Q10 yang perlu diketahui

KELEBIHAN COENZYME Q10 YANG PERLU DIKETAHUI Masih ramai yang belum mengetahui kelebihan Coenzyme Q10 terhadap tubuh kita. Coenzyme Q10 ini secara semulajadinya dihasilkan oleh tubuh kita tetapi dengan meningkatnya usia gaya hidup seharian kita jumlah Coenzyme Q10 dalam badan kita akan berkurang . Bermula seawal umur 20, penghasilan Coenzyme Q10 dalam badan kita akan berkurang. Selain itu, penggunaan ubat golongan statin yang digunakan untuk menurunkan kolesterol dalam badan akan mengurangkan penghasilan Coenzyme Q10 sebanyak lebih kurang 40%. Tahukah anda untuk memastikan kita mendapat 100mg Coenzyme Q10, kita perlu mengambil: 3 kg daging merah atau 100 cawan brokoli yang direbus atau 100 sudu makan minyak canola atau 3.3 kg mentega kacang atau 100 mg suplemen CoQ10 Disini saya senaraikan 5 kelebihan Coenzyme Q10 yang perlu diketahui umum 1. Coenzyme Q10 membantu memberikan tenaga kepada tubuh Peningkatan Coenzyme Q10 dalam badan akan membantu meningkatkan ten

KEBAS-KEBAS, PUNCANYA DAN CARA MENGATASI

"Doktor saya sejak akhir-akhir ini ada masalah kebas-kebas, rimas rasanya. Kenapa ya?  Saya dah periksa gula, Alhamdulillah tak tinggi pun"           Saya sering dapat pesakit yang datang dengan masalah kebas-kebas. Ada yang datang dan telah disahkan bebas dari penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis, ada juga yang datang kerana masalah kebas akibat penyakit-penyakit tertentu. Hari ini, saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai kebas dan cara mengtasi masalah kebas.           Kebas merupakan satu keluhan yang hampir semua orang pernah rasa, secara saintifiknya ia dikenali sebagai paresthesia iaitu satu perasaan seperti panas atau seperti dicucuk-cucuk. Biasanya terjadi di hujung anggota badan seperti tangan, lengan dan kaki. Kebas boleh terjadi secara tiba-tiba dan biasanya tidak sakit. Kebiasaannyan, kebas berlaku apabila adanya tekanan yang lama diberikan kepada saraf. Biasanya apabila tekanan itu dialihkan rasa kebas itu akan segera berkurang da

SENDI IBU JARI SAKIT APABILA DIGERAKKAN - De Quervain's Tendinosis

Pernahkah anda alami sakit pada sendi ibu jari ketika ibu jari digerakkan? Apa yang berlaku? Jom kita belajar! Apa itu De Quervain's tendinosis? Ia berlaku apabila tendon dan selaput tendon (synovium) di bahagian ibu jari mengalami keradangan dan membengkak menimbulkan kesakitan di kawasan ibu jari bahagian pergelangan tangan. Sakit dirasai ketika menggenggam atau menggerakkan sendi pergelangan tangan. Apa itu tendon? Tendon merupakan satu struktur yang penting kerana ia menyambungkan diantara otot dan tulang. Tendon diselaputi oleh selaput tendon yang dinamakan synovium. Synovium membantu tendon untuk bergerak dengan senang. Sekiranya synovium atau tendon mengalami keradangan dan membengkak, kesakitan akan timbul apabila digerakkan. Penyebab De Quervain's tendinosis. Penyebab utama adalah penggunaan yang berlebihan. Biasanya berkait dengan aktiviti yang melibatkan pergerakkan ibu jari yang berlebihan contohnya main game, main playstation. Saya pernah didatang