Skip to main content
Alhamdulillah setelah sekian lama terfikir nak buat blog


Akhirnya

My piece of ART...hehehe (maaf perasan skit)

selamat membaca

Comments

Popular posts from this blog

FAHAMI KANSER KOLON, RISIKO DAN CARA PENCEGAHAN

KANSER KOLON 2 hari yang lepas saya didatangi oleh seorang pesakit berumur linkungan 60an seorang kanser survivor . Datang untuk follow-up darah tinggi. Alhamdulillah sekarang sudah bebas kanser. Sebelumnya dia telah didiagnosa kanser usus besar atau colon cancer   atau nama lain colorectal cancer. Dahulu dia tidak jaga pemakanan dan juga merokok. Banyak makan makanan high fat & low fiber diet. Tapi dia seorang yg peka dengan perubahan diri dia, jadi colon cancer yg dia dapat dirawat di peringkat awal. Dia juga mengubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat. Atas cerita saya dan pesakit tersebut jadi, hari ini saya ingin berkongsi ilmu dengan anda mengenai masalah kanser kolon agar anda dapat fahami kanser kolon, risiko dan cara pencegahannya. APA ITU KANSER KOLON?           Kolon adalah usus besar yang terdiri dari beberapa bahagian.  Kanser kolon adalah ketumbuhan yang malignan (berbahaya) pada usus besar. Nama lain adalah...

RISIKO KANSER PAYUDARA YANG PERLU ANDA KETAHUI

RISIKO KANSER PAYUDARA Minggu lepas ada seorang pesakit saya wanita india dalam 60-an datang untuk follow-up penyakit darah tinggi. Dia baru didiagnosa kanser payudara 6 bulan yang lepas. Masalah ini bermula hanya dengan ketulan di payudara kanan sebesar biji guli. Alhamdulillah pembedahan sudah dilakukan dan ternyata selepas diperiksa sel tersebut memang sel kanser. Kanser payudara yang dihadapinya masih diperingkat awal.  Kemudian beberapa hari lepas ada seorang pesakit lelaki umur 16 tahun dibawa ke klinik oleh ibunya sebab sakit di bahagian payudara sebelah kanan dan ada bengkak. Pesakit lelaki ini saya rujuk ke bahagian ultrasound untuk di 'scan'. Keputusan scan masih lagi belum saya terima. Kanser payudara biasanya banyak dihadapi oleh kaum wanita. Menurut WHO anggaran 2.1 juta wanita setiap tahun dan ianya juga menjadi penyebab utama kematian wanita disebabkan kanser. Dianggarkan jumlah kematian disebabkan kanser  payudara pada tahun 2018 seramai 627000 ora...

SENDI IBU JARI SAKIT APABILA DIGERAKKAN - De Quervain's Tendinosis

Pernahkah anda alami sakit pada sendi ibu jari ketika ibu jari digerakkan? Apa yang berlaku? Jom kita belajar! Apa itu De Quervain's tendinosis? Ia berlaku apabila tendon dan selaput tendon (synovium) di bahagian ibu jari mengalami keradangan dan membengkak menimbulkan kesakitan di kawasan ibu jari bahagian pergelangan tangan. Sakit dirasai ketika menggenggam atau menggerakkan sendi pergelangan tangan. Apa itu tendon? Tendon merupakan satu struktur yang penting kerana ia menyambungkan diantara otot dan tulang. Tendon diselaputi oleh selaput tendon yang dinamakan synovium. Synovium membantu tendon untuk bergerak dengan senang. Sekiranya synovium atau tendon mengalami keradangan dan membengkak, kesakitan akan timbul apabila digerakkan. Penyebab De Quervain's tendinosis. Penyebab utama adalah penggunaan yang berlebihan. Biasanya berkait dengan aktiviti yang melibatkan pergerakkan ibu jari yang berlebihan contohnya main game, main playstation. Saya pernah didatang...