Skip to main content

RISIKO KANSER PAYUDARA YANG PERLU ANDA KETAHUI

RISIKO KANSER PAYUDARA

Minggu lepas ada seorang pesakit saya wanita india dalam 60-an datang untuk follow-up penyakit darah tinggi. Dia baru didiagnosa kanser payudara 6 bulan yang lepas. Masalah ini bermula hanya dengan ketulan di payudara kanan sebesar biji guli. Alhamdulillah pembedahan sudah dilakukan dan ternyata selepas diperiksa sel tersebut memang sel kanser. Kanser payudara yang dihadapinya masih diperingkat awal. 

Kemudian beberapa hari lepas ada seorang pesakit lelaki umur 16 tahun dibawa ke klinik oleh ibunya sebab sakit di bahagian payudara sebelah kanan dan ada bengkak. Pesakit lelaki ini saya rujuk ke bahagian ultrasound untuk di 'scan'. Keputusan scan masih lagi belum saya terima.

Kanser payudara biasanya banyak dihadapi oleh kaum wanita. Menurut WHO anggaran 2.1 juta wanita setiap tahun dan ianya juga menjadi penyebab utama kematian wanita disebabkan kanser. Dianggarkan jumlah kematian disebabkan kanser  payudara pada tahun 2018 seramai 627000 orang wanita. Bagi menurunkan angka kematian wanita disebabkan kanser payudara, WHO telah merangka 2 strategi:
1) Screening iaitu kenal pasti kanser payudara sebelum gejala timbul. Ada dua kaedah yang sering dilakukan iaitu mammography dan pemeriksaan payudara secara klinikal. Penggunaan MRI untuk screening biasanya dilakukan sekiranya pesakit mempunyai sejarah keluarga dengan kanser payudara atau pesakit ada masalah dengan gene BRCA1 dan BRCA2 yang terlibat dalam pembentukkan kanser payudara
2) Diagnosis awal. Supaya lebih ramai pesakit mendapat rawatan yang efektif dan dapat menurunkan risiko kematian disebabkan kanser payudara.

Ada banyak faktor risiko kanser payudara. Ada yang boleh diubah, ada yang tidak-dapat-tidak kita terpaksa lalui. Antara faktor risiko adalah:
1) Umur
Semakin meningkat usia, semakin meningkat risiko terkena kanser. Bukan semata-mata kanser payudara tapi juga kanser yang lain.

2) Sejarah diri dengan kanser payudara atau ketumbuhan yang bukan kanser.

3) Sejarah keluarga dengan kanser payudara terutamanya ibu, kakak atau adik (first degree relative).
Ini berkaitan dengan perubahan gene pada BRCA1 dan BRCA2. BRCA1 dan BRCA2 adalah gene yang menghasilkan tumor suppressor proteins yang membantu membaiki DNA yang rosak dan mengelakkan kanser. Bila gene ini termutasi DNA yang rosak tidak akan dibaiki dan akan diturunkan secara genetik ke anak.
(Berkaitan BRCA1 dan BRCA2 serta tumor supressor protein akan saya terangkan di waktu lain, ok!)

4) Payudara yang padat. 

5) Terpapar dengan estrogen secara semulajadi dalam tempoh yang lama.
Estrogen merupakan hormon yang membantu perkembangan dan pertumbuhan sel dan tisu payudara. Wanita yang haid awal, lambat menopause, tidak pernah mengandung atau mengandung pada usia lanjut dan tidak menyusu badan berisiko terpapar dengan estrogen lebih banyak berbanding wanita lain. Datang haid awal dan lambat menopause bermaksud badan dalam keaadan subur dan jumlah estrogen tinggi. Bagi wanita yang mengandung dan menyusu, estrogen dalam badan ketika itu akan rendah.

6) Jantina
Wanita mempunyai risiko lebih tinggi berbanding lelaki untuk menghidap kanser payudara kerana faktor tisu payudara lebih banyak dan padat serta faktor hormon estrogen. Namun masalah kanser payudara ini boleh juga dihidapi oleh golongan lelaki.

Faktor 1 hingga 6 adalah faktor yang tetap, tidak dapat diubah.

7) Pengambilan hormon replacement therapy (HRT) untuk wanita menopause. Terapi hormon ini mengandungi hormon estrogen dan progestin yang meningkatkan risiko kanser payudara.

8) Mengamalkan perancang keluarga yang mempunyai hormon.
Contohnya pil perancang. Walaupun ada risiko untuk kanser payudara tapi masih tahap rendah. Sekiranya umur sudah melebihi 50 tahun digalakkan untuk bertukar ke kaedah perancang keluarga yang tidak melibatkan hormon.

9) Radioterapi di dada atau payudara.
Kanser payudara boleh berlaku bermula 10 tahun selepas menerima rawatan. Risiko juga bergantung kepada dos radiasi serta umur sewaktu menerima radioterapi tersebut. Risiko lebih tinggi sekiranya rawatan diberikan ketika mencapai puberti kerana payudara sedang membentuk ketika itu.

10) Obesiti dan bacaan lingkar pinggang yang tidak normal.
Terutamanya pada wanita postmenopause yang tidak mengambil terapi hormon.

11) Hidup tidak aktif.

12) Pengambilan alkohol.

13) Terpapar dengan bahan karsinogenik seperti asap rokok, asap kenderaan, makanan yang tercemar dengan aflatoxins dan dioxins.

14) Pemakanan/diet.
Diet tinggi lemak, makanan yang diproses. Disyorkan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mempunyai antioksidan yang tinggi seperti buah anggur, kumpulan berries dan buah-buahan citrus, lobak unggu, brokoli dan tomato.

Faktor 7 hingga 14 adalah faktor yang boleh diubah. Maksudnya risiko kanser payudara boleh dikurangkan sekiranya faktor 7 hingga 14 dapat dikawal. Sekiranya anda mempunyai faktor risiko 1 hingga 6 anda perlu lebih tegas dalam mengawal faktor risiko yang boleh diubah ini kerana ia akan meningkatkan lagi peluang anda untuk menghidap kanser payudara. 

Semoga sharing kali ini bermanfaat untuk kita semua 😊

SELAMAT MENYAMBUT BULAN KESEDARAN KANSER PAYUDARA
PINKOCTOBER
KEPADA  BREAST CANCER FIGHTERS ANDA HEBAT!!!



Comments

Popular posts from this blog

KEBAS-KEBAS, PUNCANYA DAN CARA MENGATASI

"Doktor saya sejak akhir-akhir ini ada masalah kebas-kebas, rimas rasanya. Kenapa ya?  Saya dah periksa gula, Alhamdulillah tak tinggi pun"           Saya sering dapat pesakit yang datang dengan masalah kebas-kebas. Ada yang datang dan telah disahkan bebas dari penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis, ada juga yang datang kerana masalah kebas akibat penyakit-penyakit tertentu. Hari ini, saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai kebas dan cara mengtasi masalah kebas.           Kebas merupakan satu keluhan yang hampir semua orang pernah rasa, secara saintifiknya ia dikenali sebagai paresthesia iaitu satu perasaan seperti panas atau seperti dicucuk-cucuk. Biasanya terjadi di hujung anggota badan seperti tangan, lengan dan kaki. Kebas boleh terjadi secara tiba-tiba dan biasanya tidak sakit. Kebiasaannyan, kebas berlaku apabila adanya tekanan yang lama diberikan kepada saraf. Biasanya apabila tekanan itu dialihkan rasa kebas itu akan segera berkurang da

Kelebihan Coenzyme Q10 yang perlu diketahui

KELEBIHAN COENZYME Q10 YANG PERLU DIKETAHUI Masih ramai yang belum mengetahui kelebihan Coenzyme Q10 terhadap tubuh kita. Coenzyme Q10 ini secara semulajadinya dihasilkan oleh tubuh kita tetapi dengan meningkatnya usia gaya hidup seharian kita jumlah Coenzyme Q10 dalam badan kita akan berkurang . Bermula seawal umur 20, penghasilan Coenzyme Q10 dalam badan kita akan berkurang. Selain itu, penggunaan ubat golongan statin yang digunakan untuk menurunkan kolesterol dalam badan akan mengurangkan penghasilan Coenzyme Q10 sebanyak lebih kurang 40%. Tahukah anda untuk memastikan kita mendapat 100mg Coenzyme Q10, kita perlu mengambil: 3 kg daging merah atau 100 cawan brokoli yang direbus atau 100 sudu makan minyak canola atau 3.3 kg mentega kacang atau 100 mg suplemen CoQ10 Disini saya senaraikan 5 kelebihan Coenzyme Q10 yang perlu diketahui umum 1. Coenzyme Q10 membantu memberikan tenaga kepada tubuh Peningkatan Coenzyme Q10 dalam badan akan membantu meningkatkan ten

SENDI IBU JARI SAKIT APABILA DIGERAKKAN - De Quervain's Tendinosis

Pernahkah anda alami sakit pada sendi ibu jari ketika ibu jari digerakkan? Apa yang berlaku? Jom kita belajar! Apa itu De Quervain's tendinosis? Ia berlaku apabila tendon dan selaput tendon (synovium) di bahagian ibu jari mengalami keradangan dan membengkak menimbulkan kesakitan di kawasan ibu jari bahagian pergelangan tangan. Sakit dirasai ketika menggenggam atau menggerakkan sendi pergelangan tangan. Apa itu tendon? Tendon merupakan satu struktur yang penting kerana ia menyambungkan diantara otot dan tulang. Tendon diselaputi oleh selaput tendon yang dinamakan synovium. Synovium membantu tendon untuk bergerak dengan senang. Sekiranya synovium atau tendon mengalami keradangan dan membengkak, kesakitan akan timbul apabila digerakkan. Penyebab De Quervain's tendinosis. Penyebab utama adalah penggunaan yang berlebihan. Biasanya berkait dengan aktiviti yang melibatkan pergerakkan ibu jari yang berlebihan contohnya main game, main playstation. Saya pernah didatang