Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2018

Kelebihan Coenzyme Q10 yang perlu diketahui

KELEBIHAN COENZYME Q10 YANG PERLU DIKETAHUI Masih ramai yang belum mengetahui kelebihan Coenzyme Q10 terhadap tubuh kita. Coenzyme Q10 ini secara semulajadinya dihasilkan oleh tubuh kita tetapi dengan meningkatnya usia gaya hidup seharian kita jumlah Coenzyme Q10 dalam badan kita akan berkurang . Bermula seawal umur 20, penghasilan Coenzyme Q10 dalam badan kita akan berkurang. Selain itu, penggunaan ubat golongan statin yang digunakan untuk menurunkan kolesterol dalam badan akan mengurangkan penghasilan Coenzyme Q10 sebanyak lebih kurang 40%. Tahukah anda untuk memastikan kita mendapat 100mg Coenzyme Q10, kita perlu mengambil: 3 kg daging merah atau 100 cawan brokoli yang direbus atau 100 sudu makan minyak canola atau 3.3 kg mentega kacang atau 100 mg suplemen CoQ10 Disini saya senaraikan 5 kelebihan Coenzyme Q10 yang perlu diketahui umum 1. Coenzyme Q10 membantu memberikan tenaga kepada tubuh Peningkatan Coenzyme Q10 dalam badan akan membantu meningkatkan ten

KEBAIKAN PENYUSUAN SUSU IBU

Kebaikan  Penyusuan Susu Ibu Entry yang lepas saya menulis tentang 9 kebaikan susu ibu terhadap anak. Untuk kali ini saya akan menerangkan tentang kebaikan yang ibu akan perolehi sepanjang proses penyusuan. Hormon oksitosin dan prolaktin??? Bagi ibu-ibu yang mengandung dan menyusukan saya kira anda pasti pernah mendengar tentang hormon-hormon ini. Oksitosin dan prolaktin adalah 2 jenis hormon yang sangat berkait rapat dengan penyusuan susu ibu. Kebaikan-kebaikan yang diperoleh ibu yang menyusu terkait dengan kedua-dua hormon ini. Hormon oksitosin dihasilkan di hipotalamus di kelenjar pituitari kemudian akan dirembeskan ke dalam darah dan mengaktifkan organ-organ seperti rahim dan pengeluaran susu dari payudara. Selain itu oksitosin juga dikaitkan dengan sikap dan perangai manusia. Apabila bayi menghisap susu ibunya satu isyarat akan dihantar ke otak untuk mengeluarkan hormon oksitosin. Antara kebaikan oksitosin: Pengaliran susu ibu berlaku, semakin bayi menghisap sem

9 kebaikan susu ibu

9 Kebaikan Susu Ibu "Doktor ada tak ubat yang boleh stop susu ibu?" Ini adalah soalan yang pernah di tanya pesakit saya bila saya bertanya tentang kekerapan pemberian susu ibu terhadap anaknya. Soalan ini amat mengejutkan dan membuatkan saya terkedu. Kebiasaannya pesakit saya bertanya tentang 'tips and tricks' untuk meningkatkan pengeluaran susu ibu atau 9 kebaikan susu ibu agar lebih termotivasi untuk menyusu. Saya bersangka baik mungkin dia belum tahu tentang 9 kebaikan susu ibu.  Kenapa Malaysia sangat menitik-beratkan susu ibu sehingga mengeluarkan satu polisi: 'Semua ibu digalakan untuk menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur 6 bulan dan meneruskan sehingga berumur 2 tahun. Makanan pelengkap perlu dimulakan semasa anak berumur 6 bulan' Banyak kebaikan yang boleh didapatkan dengan menyusu samada terhadap anak maupun ibu. Disini saya senaraikan 9 kebaikan susu ibu terhadap ANAK: 1. Nu

Pengedar shaklee kulim, kedah dan butterworth, pulau pinang

Salam perkenalan dari saya Agak tidak manis rasanya untuk saya meneruskan perkongsian didalam blog ini tanpa anda diluar sana mengenali saya sebagai pemilik blog ini. Dua tiga kucing berlari, Manakan sama si kucing belang, Dua tiga kau boleh cari, Manakan sama saya seorang😍 Assalamualaikum dan hai kepada semua yang sudi membaca blog saya. Nama saya Siti Nur Aesyrin Binti Ahmad Rushdan. Merupakan isteri kepada Muhd Aminullah Bin Kadir dan ibu kepada anak comel saya Nur Syathirah Hanan. Kami merupakan pengguna serta pengedar shaklee di Kulim, Kedah dam butterworth, pulau pinang. Alhamdulillah kami sudah menjadi ahli selama 3 tahun. Saya berkenalan dengan produk rangkaian shaklee pertama kali bila sepupu saya memperkenalkan kolagen shaklee. Untuk mendapatkan harga yang lebih murah saya terus berdaftar sebagai ahli. Alhamdulillah kolagen shaklee sangat membantu saya mendapatkan efek yang saya inginkan. Keadaan kulit wajah lebih baik waktu saya mengamalkan kolagen sha