Skip to main content

9 kebaikan susu ibu


9 Kebaikan Susu Ibu






"Doktor ada tak ubat yang boleh stop susu ibu?"

Ini adalah soalan yang pernah di tanya pesakit saya bila saya bertanya tentang kekerapan pemberian susu ibu terhadap anaknya.

Soalan ini amat mengejutkan dan membuatkan saya terkedu. Kebiasaannya pesakit saya bertanya tentang 'tips and tricks' untuk meningkatkan pengeluaran susu ibu atau 9 kebaikan susu ibu agar lebih termotivasi untuk menyusu.

Saya bersangka baik mungkin dia belum tahu tentang 9 kebaikan susu ibu. 

Kenapa Malaysia sangat menitik-beratkan susu ibu sehingga mengeluarkan satu polisi:

'Semua ibu digalakan untuk menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur 6 bulan dan meneruskan sehingga berumur 2 tahun. Makanan pelengkap perlu dimulakan semasa anak berumur 6 bulan'

Banyak kebaikan yang boleh didapatkan dengan menyusu samada terhadap anak maupun ibu.

Disini saya senaraikan 9 kebaikan susu ibu terhadap ANAK:

1. Nutrisi yang lengkap

Susu ibu mengandungi jumlah gula, lemak, protein, garam mineral dan enzim yang cukup dan sesuai untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi. Semakin besar bayi jumlah nutrisi di dalam susu ibu akan berubah sesuai dengan keperluaan bayi tersebut.

2. Mudah dicerna

Sesuai dengan perut bayi yang masih belum matang, maka susu ibu sangat baik kerana tidak kompleks dan mudah dicerna. 

3. Ada antibodi

Susu ibu sangat istimewa kerana mengandungi jumlah antibodi iaitu secretory immunoglobulin A yang akan melindungi bayi dari masalah kesihatan jangka pendek seperti jangkitan kuman di telinga (otitis media), jangkitan kuman pernafasan(pneumonia), cirit-birit.

4. Bayi terhindar penyakit kronik

Terdapat kajian menunjukan susu ibu mempu melindungi bayi dari mendapat masalah kesihatan jangka panjang seperti obesiti/kegemukan, tekanan darah tinggi, kencing manis, masalah kolestrol dan masalah intelektual.

5. Elak alahan/alergik

Terdapat bayi yang alah kepada susu lembu. Maka pemberian susu ibu adalah sangat tepat terutamanya kepada bayi yang lahir dalam keluarga yang ada sejarah alergik/alahan.

6. Elakan SIDS

Sudden infant death syndrome SIDS atau bayi meninggal secara tiba-tiba. SIDS adalah penyebab kematian utama pada bayi berumur 1 bulan sehingga 1 tahun.
SIDS ini tiada tanda atau gejala dan boleh menyerang bayi yang sihat.

7. Tersedia
Ternyata susu ibu tidak perlu apa-apa alatan atau bahan untuk dihasilkan. Sangat mudah apatah lagi sekarang ada alat yang membantu ibu memberikan susu ibu walaupun di tempat awam seperti 'nursing cover' dan bilik menyusu yang disediakan oleh premis-premis. 

8. Mudah diberikan

Susu ibu boleh diberikan di mana-mana sahaja. Susu ibu juga boleh diberikan walaupun dalam keaadan persekitaran yang kototr. Kalau ibu memberikan susu formula maka ibu perlu memastikan air yang digunakan bersih.

9. Suhu yang baik

Susu ibu tidak terlampau panas atau terlampau sejuk sesuai dengan bayi. Sekiranya ibu memberikan susu formula, ibu perlu memastikan air yang digunakan tidak terlalu panas sehingga bayi boleh melecur atau terlalu sejuk sehingga mengganggu sistem pengahadaman bayi.




Inshaallah diharapkan entry ini mampu memotivasi ibu-ibu untuk terus memberikan susu ibu sesuai polisi yang ditetapkan.



AESYRIN RUSHDAN - PENGEDAR SHAKLEE BUTTERWORTH DAN KULIM - 0134366080

Comments

Popular posts from this blog

KEBAS-KEBAS, PUNCANYA DAN CARA MENGATASI

"Doktor saya sejak akhir-akhir ini ada masalah kebas-kebas, rimas rasanya. Kenapa ya?  Saya dah periksa gula, Alhamdulillah tak tinggi pun"           Saya sering dapat pesakit yang datang dengan masalah kebas-kebas. Ada yang datang dan telah disahkan bebas dari penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis, ada juga yang datang kerana masalah kebas akibat penyakit-penyakit tertentu. Hari ini, saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai kebas dan cara mengtasi masalah kebas.           Kebas merupakan satu keluhan yang hampir semua orang pernah rasa, secara saintifiknya ia dikenali sebagai paresthesia iaitu satu perasaan seperti panas atau seperti dicucuk-cucuk. Biasanya terjadi di hujung anggota badan seperti tangan, lengan dan kaki. Kebas boleh terjadi secara tiba-tiba dan biasanya tidak sakit. Kebiasaannyan, kebas berlaku apabila adanya tekanan yang lama diberikan kepada saraf. Biasanya apabila tekanan itu diali...

FAHAMI KANSER KOLON, RISIKO DAN CARA PENCEGAHAN

KANSER KOLON 2 hari yang lepas saya didatangi oleh seorang pesakit berumur linkungan 60an seorang kanser survivor . Datang untuk follow-up darah tinggi. Alhamdulillah sekarang sudah bebas kanser. Sebelumnya dia telah didiagnosa kanser usus besar atau colon cancer   atau nama lain colorectal cancer. Dahulu dia tidak jaga pemakanan dan juga merokok. Banyak makan makanan high fat & low fiber diet. Tapi dia seorang yg peka dengan perubahan diri dia, jadi colon cancer yg dia dapat dirawat di peringkat awal. Dia juga mengubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat. Atas cerita saya dan pesakit tersebut jadi, hari ini saya ingin berkongsi ilmu dengan anda mengenai masalah kanser kolon agar anda dapat fahami kanser kolon, risiko dan cara pencegahannya. APA ITU KANSER KOLON?           Kolon adalah usus besar yang terdiri dari beberapa bahagian.  Kanser kolon adalah ketumbuhan yang malignan (berbahaya) pada usus besar. Nama lain adalah...

CARA PELEKAPAN YANG BETUL ELAKAN PUTING MELECET

CARA PELEKAPAN YANG BETUL ELAKAN PUTING MELECET Bagi ibu-ibu menyusu,  puting ibu melecet  disebabkan menyusu adalah antara perkara yang ingin dijauhi.  Sakit dan perasaan tidak mahu menyusu  dengan payudara yang putingnya melecet adalah satu perkara yang biasa terjadi. Akibatnya  proses supply-and-demand  yang diinginkan  tidak berlaku . Lama-kelamaan jumlah penghasilan susu di bahagian payudara yang tidak disusui tadi berkurang dan akhirnya terhenti. Lebih malang lagi kebanyakkan ibu yang mengalami masalah puting melecet akan turut berhadapan dengan  masalah bengkak susu  akibat tidak mahu meneruskan penyusuan susu ibu di bahagian payudara yang putingnya melecet. Bagi mengelakan kesemua masalah di atas, maka ibu-ibu menyusu perlu belajar cara pelekapan yang betul diantara bayi dan payudara ibu saat menyusu. Cara pelekapan yang betul bukan sahaja membantu terhindar dari masalah puting melecet tetapi juga dapat membantu menghasilkan...