Skip to main content

KEBAIKAN PENYUSUAN SUSU IBU

Kebaikan Penyusuan Susu Ibu


Entry yang lepas saya menulis tentang 9 kebaikan susu ibu terhadap anak. Untuk kali ini saya akan menerangkan tentang kebaikan yang ibu akan perolehi sepanjang proses penyusuan.

Hormon oksitosin dan prolaktin???

Bagi ibu-ibu yang mengandung dan menyusukan saya kira anda pasti pernah mendengar tentang hormon-hormon ini. Oksitosin dan prolaktin adalah 2 jenis hormon yang sangat berkait rapat dengan penyusuan susu ibu. Kebaikan-kebaikan yang diperoleh ibu yang menyusu terkait dengan kedua-dua hormon ini.

Hormon oksitosin dihasilkan di hipotalamus di kelenjar pituitari kemudian akan dirembeskan ke dalam darah dan mengaktifkan organ-organ seperti rahim dan pengeluaran susu dari payudara. Selain itu oksitosin juga dikaitkan dengan sikap dan perangai manusia.

Apabila bayi menghisap susu ibunya satu isyarat akan dihantar ke otak untuk mengeluarkan hormon oksitosin. Antara kebaikan oksitosin:

  1. Pengaliran susu ibu berlaku, semakin bayi menghisap semakin banyak isyarat positif di hantar ke otak untuk mengelurakn oksitosin.
  2. Membantu proses pengecutan rahim supaya rahim dapat kembali ke saiz asal
  3. Proses pengecutan rahim juga dapat mengelakan risiko atau tumpah darah selepas bersalin.
  4. Oksitosin akan bertindak ke atas saluran pencernaan membantu saluran pencernaan berfungsi dengan baik dan mengurangkan keradangan saluran pencernaan dalam masa yang sama dapat mengelakan risiko alahan pada sesetengah makanan.
  5. Oksitosin akan memberikan efek positif dan optimis pada ibu, dapat mengelakan stress dan kemurungan selepas bersalin.
  6. Oksitosin juga bertindak sebagai hormon cinta dapat meningkatkan kasih sayang antara ibu dan bayi seterusnya dapat mengeratkan hubungan antara kedua-duanya.
  7. Oksitosin dipercayai mampu untuk mengurangkan kadar kolesterol dalam darah dan sekaligus dapat mengelakan penyakit yang berkaitan kolesterol seperti darah tinggi dan jantung.

Selain hormon oksitosin, hormon prolaktin juga banyak memberikan kebaikan kepada ibu menyusu badan. Hormon prolaktin adalah hormon yang akan menghasilkan susu badan. Apabila seorang ibu menyusu badan secara esklusif biasanya ibu tersebut tidak akan datang darah haid kerana hormon prolaktin yang dihasilkan akan bertindak mencegah proses ovulasi. Jadi menyusu badan secara esklusif dapat menjadi alat untuk 'family planning' secara semulajadi.

Selain itu, menyusu badan dapat mengurangkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser rahim dan osteoporosis.

Banyak sebenarnya efek penyusuan susu ibu terhadap ibu sendiri. Jadi sangat rugi bila ibu-ibu tidak menyusu badan.




Comments

Popular posts from this blog

FAHAMI KANSER KOLON, RISIKO DAN CARA PENCEGAHAN

KANSER KOLON 2 hari yang lepas saya didatangi oleh seorang pesakit berumur linkungan 60an seorang kanser survivor . Datang untuk follow-up darah tinggi. Alhamdulillah sekarang sudah bebas kanser. Sebelumnya dia telah didiagnosa kanser usus besar atau colon cancer   atau nama lain colorectal cancer. Dahulu dia tidak jaga pemakanan dan juga merokok. Banyak makan makanan high fat & low fiber diet. Tapi dia seorang yg peka dengan perubahan diri dia, jadi colon cancer yg dia dapat dirawat di peringkat awal. Dia juga mengubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat. Atas cerita saya dan pesakit tersebut jadi, hari ini saya ingin berkongsi ilmu dengan anda mengenai masalah kanser kolon agar anda dapat fahami kanser kolon, risiko dan cara pencegahannya. APA ITU KANSER KOLON?           Kolon adalah usus besar yang terdiri dari beberapa bahagian.  Kanser kolon adalah ketumbuhan yang malignan (berbahaya) pada usus besar. Nama lain adalah...

RISIKO KANSER PAYUDARA YANG PERLU ANDA KETAHUI

RISIKO KANSER PAYUDARA Minggu lepas ada seorang pesakit saya wanita india dalam 60-an datang untuk follow-up penyakit darah tinggi. Dia baru didiagnosa kanser payudara 6 bulan yang lepas. Masalah ini bermula hanya dengan ketulan di payudara kanan sebesar biji guli. Alhamdulillah pembedahan sudah dilakukan dan ternyata selepas diperiksa sel tersebut memang sel kanser. Kanser payudara yang dihadapinya masih diperingkat awal.  Kemudian beberapa hari lepas ada seorang pesakit lelaki umur 16 tahun dibawa ke klinik oleh ibunya sebab sakit di bahagian payudara sebelah kanan dan ada bengkak. Pesakit lelaki ini saya rujuk ke bahagian ultrasound untuk di 'scan'. Keputusan scan masih lagi belum saya terima. Kanser payudara biasanya banyak dihadapi oleh kaum wanita. Menurut WHO anggaran 2.1 juta wanita setiap tahun dan ianya juga menjadi penyebab utama kematian wanita disebabkan kanser. Dianggarkan jumlah kematian disebabkan kanser  payudara pada tahun 2018 seramai 627000 ora...

SENDI IBU JARI SAKIT APABILA DIGERAKKAN - De Quervain's Tendinosis

Pernahkah anda alami sakit pada sendi ibu jari ketika ibu jari digerakkan? Apa yang berlaku? Jom kita belajar! Apa itu De Quervain's tendinosis? Ia berlaku apabila tendon dan selaput tendon (synovium) di bahagian ibu jari mengalami keradangan dan membengkak menimbulkan kesakitan di kawasan ibu jari bahagian pergelangan tangan. Sakit dirasai ketika menggenggam atau menggerakkan sendi pergelangan tangan. Apa itu tendon? Tendon merupakan satu struktur yang penting kerana ia menyambungkan diantara otot dan tulang. Tendon diselaputi oleh selaput tendon yang dinamakan synovium. Synovium membantu tendon untuk bergerak dengan senang. Sekiranya synovium atau tendon mengalami keradangan dan membengkak, kesakitan akan timbul apabila digerakkan. Penyebab De Quervain's tendinosis. Penyebab utama adalah penggunaan yang berlebihan. Biasanya berkait dengan aktiviti yang melibatkan pergerakkan ibu jari yang berlebihan contohnya main game, main playstation. Saya pernah didatang...