Skip to main content

Pengedar shaklee kulim, kedah dan butterworth, pulau pinang

Salam perkenalan dari saya

Agak tidak manis rasanya untuk saya meneruskan perkongsian didalam blog ini tanpa anda diluar sana mengenali saya sebagai pemilik blog ini.


Dua tiga kucing berlari,
Manakan sama si kucing belang,
Dua tiga kau boleh cari,
Manakan sama saya seorang😍





Assalamualaikum dan hai kepada semua yang sudi membaca blog saya. Nama saya Siti Nur Aesyrin Binti Ahmad Rushdan. Merupakan isteri kepada Muhd Aminullah Bin Kadir dan ibu kepada anak comel saya Nur Syathirah Hanan. Kami merupakan pengguna serta pengedar shaklee di Kulim, Kedah dam butterworth, pulau pinang. Alhamdulillah kami sudah menjadi ahli selama 3 tahun.

Saya berkenalan dengan produk rangkaian shaklee pertama kali bila sepupu saya memperkenalkan kolagen shaklee. Untuk mendapatkan harga yang lebih murah saya terus berdaftar sebagai ahli. Alhamdulillah kolagen shaklee sangat membantu saya mendapatkan efek yang saya inginkan. Keadaan kulit wajah lebih baik waktu saya mengamalkan kolagen shaklee. Kenapa saya sungguh-sungguh untuk mendapatkan kulit wajah yang baik kerana saya bakal berkahwin pada tahun itu. Tetapi disebabkan kurang ilmu mengenai kebaikan kolagen, selepas saya kahwin saya tinggalkan produk tersebut. Kulit wajah kembali seperti sediakala, tiada seri. 

Alhamdulillah selepas saya melahirkan anak pertama Allah menjodohkan kembali saya dengan set berpantang shaklee. Permulaannya saya hanya ingin mencari set bersalin yang dapat menambah susu badan kerana pada awalnya susu badan saya kurang dan dalam masa yang sama anak saya mengalami kuning yang berpanjangan. Saya juga tidak serasi dengan set bersalin jamu yang saya ambil. Set berpantang shaklee sangat membantu saya memastikan badan kembali bertenaga dan terjaga nutrisi dan dalam masa yang sama susu badan juga semakin banyak sehingga saya mampu menyimpan stok susu badan untuk anak saya ketika saya kerja. Bermula dari situ saya rasa lebih percaya dengan shaklee dan cuba untuk memperkenalkan kebaikan shaklee kepada orang lain dan menjadi pengedar shaklee kulim, kedah dan butterworth, pulau pinang.

Sepanjang menjadi ahli dan pengedar shaklee kulim, kedah dan butterworth pulau pinang, banyak faedah yang saya perolehi. Anatarnya saya dapat membeli rangkaian produk shaklee dengan harga 15-20% lebih murah berbanding harga asal. Saya juga dapat menambah duit poket saya dengan mendapat bonus hasil jualan produk rangkaian shaklee. Selain bonus dan harga murah shaklee juga menawarkan trip percutian percuma, umrah percuma dan bonus kereta sesuai dengan pencapaian ahlinya. Waaaahhhh sangat terujakan??? Jujurnya untuk bonus percutian, umrah dan bonus kereta belum lagi saya perolehi. Inshaallah mungkin lepas ini, siapa tahu! Rezeki Allah.

Untuk anda yang ingin membeli produk rangkaian shaklee boleh menghubungi saya:

Nama: SITI NUR AESYRIN BINTI AHMAD RUSHDAN

No Telefon: 0134366080

email: aesyrinrushdan@gmail.com

blog: aesyrinrushdan.blogspot.com

Facebook& IG: Aesyrin Rushdan

Penghantaran adalah melalui khidmat pos laju dan kurier servis. Jika anda berada berhampiran dengan kawasan Kulim,Kedah atau Mak Mandin, Butterworth dan Sungai Dua, Butterworth, anda boleh mendapatkan secara COD dengan saya melalui 3 cara:

- mengambil produk anda di rumah saya

- saya hantar terus ke rumah anda

- berjumpa di satu tempat yang dipersetujui untuk melakukan jual beli barang

😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊

Oh ya! sebagai pengedar shaklee kulim, kedah dan butterworth, pulau pinang saya sebenarnya bekerja tetap sebagai salah seorang pegawai perubatan di kawasan utara Malaysia. Mesti anda tertanya-tanya kenapa ya saya berminat dan percaya dengan rangkaian produk shaklee?






1. Shaklee mengutamakan masa hadapan yang lebih baik

Selama 100 tahun, Shaklee sentiasa mendahului masa, mencipta inovasi melalui sains dan menggunakan alam semulajadi sebagai penemuan unggul yang kini menjadi sebahagian daripada kehidupan kita.
- Tahukah anda pada tahun 1915 multivitamin pertama dicipta oleh Dr. Forrest C, Shaklee yang diberi nama Vitalized MInerals.
- Tahukah anda pada tahun 1960 BAsic-H dihasilkan dan ianya adalah pembersih terbiodegradasi pertama tanpa toksik.
- Tahukah anda pada 1961 suplemen protein pertama berasaskan tumbuhan yang menggunakan lesitin soya yang dinamakan Instant Protein.
Inilah semua produk yang dihasilkan oleh Shaklee.


2. Shaklee mengutamakan kesihatan


Shaklee melabur sebanyak lebih $300 juta dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan.
Shaklee melakukan sebanyak lebih 100 000 ujian kualiti setiap tahun untuk memastikan ketulenan dan keberkesanan produk.
Shaklee menerbitkan lebih 100 kertas saintifik dan 90 darinya diterbitkan dalam terbitan penilaian sejawat


3. Shaklee mengutamakan kehidupan harmoni bersama alam semulajadi


"Patuhi hukum alam dan anda tidak akan tersilap langkah"

Dr. Forrest C. Shaklee
Shaklee memastikan produk yang dihasilkan menggunakan bahan semula jadi yang paling tulen. Shaklee mengambil langkah paling ketat untuk menjauhi racun perosak, bahan pencemar dan lain-lain bahan bukan semujadi yang tidak patut terdapat di dalamnya.


4. Shaklee melakukan perkara yang benar


Banyak aktiviti yang dikuasakan oleh shaklee. Antaranya adalah Program Angkasa Lepas oleh NASA yang mana Shaklee membangunkan dan membekalkan NASA dengan minuman penghidrat-semula khusus untuk angkasawan Shuttle yang dinamakan Astro-Ade yang masih digunakan sehingga kini.


5. Shaklee mengutamakan dunia yang lebih baik


"Kehidupan masa hadapan anda bergantung kepada apa yang anda usahakan"

Dr. Forrest C. Shaklee


ANDA SEHARUSNYA MEMILIH SHAKLEE SEBAGAI RAKAN ANDA UNTUK MENCARI KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK


JADI JANGAN LEPASKAN PELUANG, JOM AMALKAN PRODUK KELUARAN SHAKLEE UNTUK MENINGKATKAN TARAF KESIHATAN ANDA

Comments

Popular posts from this blog

KEBAS-KEBAS, PUNCANYA DAN CARA MENGATASI

"Doktor saya sejak akhir-akhir ini ada masalah kebas-kebas, rimas rasanya. Kenapa ya?  Saya dah periksa gula, Alhamdulillah tak tinggi pun"           Saya sering dapat pesakit yang datang dengan masalah kebas-kebas. Ada yang datang dan telah disahkan bebas dari penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis, ada juga yang datang kerana masalah kebas akibat penyakit-penyakit tertentu. Hari ini, saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai kebas dan cara mengtasi masalah kebas.           Kebas merupakan satu keluhan yang hampir semua orang pernah rasa, secara saintifiknya ia dikenali sebagai paresthesia iaitu satu perasaan seperti panas atau seperti dicucuk-cucuk. Biasanya terjadi di hujung anggota badan seperti tangan, lengan dan kaki. Kebas boleh terjadi secara tiba-tiba dan biasanya tidak sakit. Kebiasaannyan, kebas berlaku apabila adanya tekanan yang lama diberikan kepada saraf. Biasanya apabila tekanan itu dialihkan rasa kebas itu akan segera berkurang da

Kelebihan Coenzyme Q10 yang perlu diketahui

KELEBIHAN COENZYME Q10 YANG PERLU DIKETAHUI Masih ramai yang belum mengetahui kelebihan Coenzyme Q10 terhadap tubuh kita. Coenzyme Q10 ini secara semulajadinya dihasilkan oleh tubuh kita tetapi dengan meningkatnya usia gaya hidup seharian kita jumlah Coenzyme Q10 dalam badan kita akan berkurang . Bermula seawal umur 20, penghasilan Coenzyme Q10 dalam badan kita akan berkurang. Selain itu, penggunaan ubat golongan statin yang digunakan untuk menurunkan kolesterol dalam badan akan mengurangkan penghasilan Coenzyme Q10 sebanyak lebih kurang 40%. Tahukah anda untuk memastikan kita mendapat 100mg Coenzyme Q10, kita perlu mengambil: 3 kg daging merah atau 100 cawan brokoli yang direbus atau 100 sudu makan minyak canola atau 3.3 kg mentega kacang atau 100 mg suplemen CoQ10 Disini saya senaraikan 5 kelebihan Coenzyme Q10 yang perlu diketahui umum 1. Coenzyme Q10 membantu memberikan tenaga kepada tubuh Peningkatan Coenzyme Q10 dalam badan akan membantu meningkatkan ten

SENDI IBU JARI SAKIT APABILA DIGERAKKAN - De Quervain's Tendinosis

Pernahkah anda alami sakit pada sendi ibu jari ketika ibu jari digerakkan? Apa yang berlaku? Jom kita belajar! Apa itu De Quervain's tendinosis? Ia berlaku apabila tendon dan selaput tendon (synovium) di bahagian ibu jari mengalami keradangan dan membengkak menimbulkan kesakitan di kawasan ibu jari bahagian pergelangan tangan. Sakit dirasai ketika menggenggam atau menggerakkan sendi pergelangan tangan. Apa itu tendon? Tendon merupakan satu struktur yang penting kerana ia menyambungkan diantara otot dan tulang. Tendon diselaputi oleh selaput tendon yang dinamakan synovium. Synovium membantu tendon untuk bergerak dengan senang. Sekiranya synovium atau tendon mengalami keradangan dan membengkak, kesakitan akan timbul apabila digerakkan. Penyebab De Quervain's tendinosis. Penyebab utama adalah penggunaan yang berlebihan. Biasanya berkait dengan aktiviti yang melibatkan pergerakkan ibu jari yang berlebihan contohnya main game, main playstation. Saya pernah didatang