Skip to main content

POSISI PENYUSUAN YANG BETUL

POSISI PENYUSUAN YANG BETUL

Proses penyusuan susu ibu adalah satu proses yang terhasil secara semulajadi  dengan adanya peranan dua hormon yang sangat penting. Hormon prolaktin yang dihasilkan oleh kelenjar pituitari akan dirembeskan ke dalam saliran darah setiap kali kelenjar ini menerima ransangan. Bayi yang menghisap di payudara ibu akan meransang hujung saraf di puting dan impuls akan dihantar ke kelenjar pituitari. Hormon kedua iaitu oksitosin yang dihasilkan oleh kelenjar pituitari bahagian belakang. Hormon oksitosin ini akan ke payudara ibu dan menyebabkan otot-otot yang mengelilingi saluran susu mengecut maka mengalirlah susu ibu. 

Tahukan anda? 
Posisi penyusuan yang betul juga membantu meningkatkan pengeluaran kedua-dua hormon tersebut dan membantu proses penyusuan berlaku dengan baik.

Bagi memastikan proses penyusuan berlaku dalam keadaan lancar, tenang, selesa dan susu ibu juga terhasil dengan cukup maka ibu-ibu dinasihatkan untuk mempelajari posisi penyusuan yang betul. Ibu-ibu boleh menyusu bayi samada dalam keadaan baring maupun duduk. Pastikan kedudukan badan ibu dalam keadaan selesa, tidak membongkok dan sekiranya perlu ibu boleh bersandar. Keadaan ibu yang selesa akan memberikan efek tenang kepada ibu dan membantu meningkatkan penghasilan susu ibu dan melancarkan aliran susu.

Antara posisi penyusuan yang betul terdiri daripada:

1) Mendukung atau cradle hold
Posisi ini sangat digemari oleh ibu. Supaya keadaan ibu lebih selesa ibu boleh duduk secara bersandar dan boleh mengalas bantal bagi menyokong badan ibu. Pastikan kepala, leher dan belakang bayi dalam keadaan selari atau lurus. Tangan yang dekat dengan kepala bayi akan memangku kepala, leher, belakang dan punggung bayi manakala tangan yang jauh dari kepala bayi akan mengampu payudara.




2) Mendukung bersilang atau cross cradle hold
Posisi yang sama seperti mendukung, bezanya tangan ibu yang jauh dari kepala bayi akan menampung kepala, punggung dan belakang bayi manakala tangan yang dekat dengan kepala akan mengampu payudara.



3) Mendakap atau football hold 
Keadaan ibu dalam posisi yang sama tetapi kedaan bayi dalam posisi berbeza. Bayi akan berada dalam keadaan baring di sisi ibu dengan kaki bayi menghala ke belakang badan ibu. Ketika menyusu ibu perlu memegang kepala dan mengampu badan bayi agar dekat dengan ibu. Bagi memastikan keselesaan, ibu boleh mengalas kepala bayi dengan bantal.




4) Berbaring atau lying down
Sebenarnya proses menyusu adalah sangat fleksibel walaupun dalam keadaan berbaring ibu tetap boleh menyusukan bayi. Posisi berbaring sangat digemari ibu ketika waktu malam. Ibu berbaring mengiring dengan lutut sedikit dibengkokkan. Bantal diletakkan di belakang, kepala dan paha ibu agar ibu berada dalam keadaan selesa. Bayi pula berbaring menghadap ibu. Tinggikan sedikit bayi dengan menggunakan bantal agar ketinggian bayi sama dengan payudara ibu.




Selain ibu, posisi penyusuan yang betul juga melibatkan bayi agar proses penyusuan berlaku secara optimal. Kepala, leher dan belakang bayi mesti selari. Muka bayi menghadap ke payudara ibu dengan hidung bayi menyentuh payudara ibu. Bayi perlu dirapatkan dengan ibu (perut bayi bertemu perut ibu). Sebaiknya punggung, kepala dan bahu bayi diampu ibu. Apabila bayi dekat dengan ibu, ibu secara tak lansung akan memikirkan tentang bayi dan sentiasa memandang wajah bayi. Secara tidak lansung, akan membentuk 'bonding' yang baik antara ibu dengan bayi. Perasaan tenang dan positif akan terhasil seterusnya meningkatkan pengeluaran hormon prolaktin dan oksitosin.

Posisi menyusu yang betul juga membantu mengelakkan masalah payudara seperti puting susu terluka kerana apabila bayi berada dalam posisi yang baik, cara pelekapan mulut bayi di payudara ibu berlaku dengan betul maka bayi terhindar dari menghisap hanya pada puting payudara. Selain itu juga posisi yang baik antara ibu dan bayi akan mengelakkan masalah bengkak payudara kerana aliran susu sentiasa lancar.

Diharapkan selepas ibu-ibu mengtahui tentang posisi penyusuan yang betul, proses penyusuan akan berlaku dengan lebih lancar, penghasilan dan aliran susu lebih baik dan bayi dapat menyusu seoptimal mungkin seterusnya kebaikan-kebaikan susu ibu dapat dirasai oleh ibu dan bayi.

Comments

Popular posts from this blog

KEBAS-KEBAS, PUNCANYA DAN CARA MENGATASI

"Doktor saya sejak akhir-akhir ini ada masalah kebas-kebas, rimas rasanya. Kenapa ya?  Saya dah periksa gula, Alhamdulillah tak tinggi pun"           Saya sering dapat pesakit yang datang dengan masalah kebas-kebas. Ada yang datang dan telah disahkan bebas dari penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis, ada juga yang datang kerana masalah kebas akibat penyakit-penyakit tertentu. Hari ini, saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai kebas dan cara mengtasi masalah kebas.           Kebas merupakan satu keluhan yang hampir semua orang pernah rasa, secara saintifiknya ia dikenali sebagai paresthesia iaitu satu perasaan seperti panas atau seperti dicucuk-cucuk. Biasanya terjadi di hujung anggota badan seperti tangan, lengan dan kaki. Kebas boleh terjadi secara tiba-tiba dan biasanya tidak sakit. Kebiasaannyan, kebas berlaku apabila adanya tekanan yang lama diberikan kepada saraf. Biasanya apabila tekanan itu diali...

FAHAMI KANSER KOLON, RISIKO DAN CARA PENCEGAHAN

KANSER KOLON 2 hari yang lepas saya didatangi oleh seorang pesakit berumur linkungan 60an seorang kanser survivor . Datang untuk follow-up darah tinggi. Alhamdulillah sekarang sudah bebas kanser. Sebelumnya dia telah didiagnosa kanser usus besar atau colon cancer   atau nama lain colorectal cancer. Dahulu dia tidak jaga pemakanan dan juga merokok. Banyak makan makanan high fat & low fiber diet. Tapi dia seorang yg peka dengan perubahan diri dia, jadi colon cancer yg dia dapat dirawat di peringkat awal. Dia juga mengubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat. Atas cerita saya dan pesakit tersebut jadi, hari ini saya ingin berkongsi ilmu dengan anda mengenai masalah kanser kolon agar anda dapat fahami kanser kolon, risiko dan cara pencegahannya. APA ITU KANSER KOLON?           Kolon adalah usus besar yang terdiri dari beberapa bahagian.  Kanser kolon adalah ketumbuhan yang malignan (berbahaya) pada usus besar. Nama lain adalah...

CARA PELEKAPAN YANG BETUL ELAKAN PUTING MELECET

CARA PELEKAPAN YANG BETUL ELAKAN PUTING MELECET Bagi ibu-ibu menyusu,  puting ibu melecet  disebabkan menyusu adalah antara perkara yang ingin dijauhi.  Sakit dan perasaan tidak mahu menyusu  dengan payudara yang putingnya melecet adalah satu perkara yang biasa terjadi. Akibatnya  proses supply-and-demand  yang diinginkan  tidak berlaku . Lama-kelamaan jumlah penghasilan susu di bahagian payudara yang tidak disusui tadi berkurang dan akhirnya terhenti. Lebih malang lagi kebanyakkan ibu yang mengalami masalah puting melecet akan turut berhadapan dengan  masalah bengkak susu  akibat tidak mahu meneruskan penyusuan susu ibu di bahagian payudara yang putingnya melecet. Bagi mengelakan kesemua masalah di atas, maka ibu-ibu menyusu perlu belajar cara pelekapan yang betul diantara bayi dan payudara ibu saat menyusu. Cara pelekapan yang betul bukan sahaja membantu terhindar dari masalah puting melecet tetapi juga dapat membantu menghasilkan...