Skip to main content

TANDA-TANDA BAYI MAHU MENYUSU (FEEDING CUES)

TANDA-TANDA BAYI MAHU MENYUSU (FEEDING CUES)



Ibu-ibu, anda perasan atau tidak apabila anda meletakan jari atau apa sahaja yang terkena bahagian tepi mulut atau pipi bayi anda, bayi anda akan ternganga-nganga seolah-olah ingin makan benda tersebut. Ya!, itulah salah satu dari tanda-tanda bayi mahu menyusu atau feeding cues. Pentingnya ibu-ibu untuk mengenalpasti tanda-tanda bayi mahu menyusu agar ibu segera memberikan susu badan kepada bayi sebelum bayi mengamuk atau menangis untuk menyusu. Disini saya senaraikan beberapa feeding cues yang mungkin ditunjukan oleh bayi anda.

1) Bayi membuka mulut dan mencari-cari payudara. 

Ini adalah feeding cues yang sering dilihat. Jadi apabila ibu mendekatkan bayi pada payudara ibu pastikan saat bayi membuka mulut dengan luas lalu ibu dekatkan payudara kepada mulut bayi dan bayi menghisap di bahagian areola ibu bukannya pada bahagian puting agar pelekapan penyusuan dapat berlaku dengan betul.

2) Bayi menggerak-gerakan bola mata sama ada dengan kelopak mata terbuka maupun tertutup. 

Feeding cues ni seakan-akan bayi mencari-cari sesuatu. Kalau ibu-ibu perasan bahagian areola ibu warnanya lebih gelap sewaktu mengandung dan selepas melahirkan bagi membantu visual bayi tertarik ke bahagian yang gelap dan menghisap bahagian areola. Bayi pada awal-awal kelahiran masih lagi tidak dapat melihat dengan jelas. Bayi hanya dapat mengenal pasti bahagian terang dan gelap sahaja. 


3) Bayi membuat pergerakan atau bunyi menghisap, menjelirkan lidah dan mengecap bibir. 

Sangat jelas bayi anda berada dalam keadaan lapar dan inginkan susu. Tanda-tanda bayi mahu menyusu ini adalah sangat semualajadi yang Allah aturkan supaya ibu lebih mudah mengenal pasti saat bayi ingin menyusu.


4) Bayi menghisap atau memamah jari, tangan, selimut atau kain atau sebarang objek yang menyentuh bibirnya. 

Ini adalah antara tanda-tanda bayi mahu menyusu atau feeding cues. Untuk pengetahuan ibu-ibu di dalam bidang perubatan, keaadan ini di juga ada diuji pada bayi anda ketika awal kelahiran iaitu dinamakan 'rooting reflex'. Kebiasaannya doktor akan meletakan jari kelingking pada tepi bibir bayi sebagai ransangan untuk melihat respons bayi. Kesemua bayi yang normal secara automatik akan memusingkan muka kearah ransangan tersebut dan bayi akan melakukan pergerakan mulut seakan-akan menghisap bila bibir atau pipi di sentuh. 'Rooting reflex' ini dapat membantu penyusuan susu ibu yang berjaya.



5) Bayi akan menggerakkan kepalanya ke kiri dan ke kanan.

Sama seperti menggerakkan bola matanya keadaan ini juga seakan-akan bayi sedang mencari payudara ibu utntuk menyusu.


6) Bayi mengeluarkan bunyi rengekan yang perlahan (soft whimper sounds) atau mungkin menangis. 

Bunyi rengekan yang dikeluarkan bayi bermaksud bayi mungkin sudah menunjukan tanda-tanda bayi mahu menyusu yang lain sperti yang diterangkan tetapi ibu-ibu tidak perasan sehingga akhirnya perasaan lapar tadi menimbulkan tanda tidak selesa kepada bayi. Namun begitu jika ibu menyedari bunyi rengekan tadi dan terus memberikan susu kebiasaannya bayi akan tenang dan tidak berlanjutan rengekannya. Tetapi jika bayi sudah menangis atau "mengamuk", sebaiknya ibu dinasihatkan untuk memujuk bayi terlebih dahulu. Ini kerana apabila bayi menangis kuat atau mengamuk kebiasaannya walaupun didekatkan ke payudara ibu untuk menyusu bayi tidak akan menghisap atau menolak untuk menghisap payudara ibu. Jadi pastikan ibu-ibu perihatin kepada tanda-tanda bayi mahu menyusu atau feeding cues yang ditunjukan oleh bayi agar proses penyusuan berjalan dengan baik.




Nah sekarang anda sebagai ibu yang menyusu badan telah mengetahui beberapa tanda-tanda bayi mahu menyusu atau feeding cues. Ingat ya ibu-ibu!!! Memulakan penyusuan susu ibu saat bayi menangis adalah sangat sukar dan akan menyebabkan kedua-dua pihak iaitu ibu dan bayi tidak tenang, stress dan kemungkinan gagal penyusuan akan berlaku.

Jadi selepas ini anda akan lebih perihatin dan tahu bila saatnya bayi anda lapar agar anda dapat memberikan susu ibu pada waktu yang tepat dan semoga  proses penyusuan susu ibu bejalan dengan lancar. Selamat beramal!!!😊😊😊

Comments

Popular posts from this blog

KEBAS-KEBAS, PUNCANYA DAN CARA MENGATASI

"Doktor saya sejak akhir-akhir ini ada masalah kebas-kebas, rimas rasanya. Kenapa ya?  Saya dah periksa gula, Alhamdulillah tak tinggi pun"           Saya sering dapat pesakit yang datang dengan masalah kebas-kebas. Ada yang datang dan telah disahkan bebas dari penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis, ada juga yang datang kerana masalah kebas akibat penyakit-penyakit tertentu. Hari ini, saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai kebas dan cara mengtasi masalah kebas.           Kebas merupakan satu keluhan yang hampir semua orang pernah rasa, secara saintifiknya ia dikenali sebagai paresthesia iaitu satu perasaan seperti panas atau seperti dicucuk-cucuk. Biasanya terjadi di hujung anggota badan seperti tangan, lengan dan kaki. Kebas boleh terjadi secara tiba-tiba dan biasanya tidak sakit. Kebiasaannyan, kebas berlaku apabila adanya tekanan yang lama diberikan kepada saraf. Biasanya apabila tekanan itu diali...

FAHAMI KANSER KOLON, RISIKO DAN CARA PENCEGAHAN

KANSER KOLON 2 hari yang lepas saya didatangi oleh seorang pesakit berumur linkungan 60an seorang kanser survivor . Datang untuk follow-up darah tinggi. Alhamdulillah sekarang sudah bebas kanser. Sebelumnya dia telah didiagnosa kanser usus besar atau colon cancer   atau nama lain colorectal cancer. Dahulu dia tidak jaga pemakanan dan juga merokok. Banyak makan makanan high fat & low fiber diet. Tapi dia seorang yg peka dengan perubahan diri dia, jadi colon cancer yg dia dapat dirawat di peringkat awal. Dia juga mengubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat. Atas cerita saya dan pesakit tersebut jadi, hari ini saya ingin berkongsi ilmu dengan anda mengenai masalah kanser kolon agar anda dapat fahami kanser kolon, risiko dan cara pencegahannya. APA ITU KANSER KOLON?           Kolon adalah usus besar yang terdiri dari beberapa bahagian.  Kanser kolon adalah ketumbuhan yang malignan (berbahaya) pada usus besar. Nama lain adalah...

CARA PELEKAPAN YANG BETUL ELAKAN PUTING MELECET

CARA PELEKAPAN YANG BETUL ELAKAN PUTING MELECET Bagi ibu-ibu menyusu,  puting ibu melecet  disebabkan menyusu adalah antara perkara yang ingin dijauhi.  Sakit dan perasaan tidak mahu menyusu  dengan payudara yang putingnya melecet adalah satu perkara yang biasa terjadi. Akibatnya  proses supply-and-demand  yang diinginkan  tidak berlaku . Lama-kelamaan jumlah penghasilan susu di bahagian payudara yang tidak disusui tadi berkurang dan akhirnya terhenti. Lebih malang lagi kebanyakkan ibu yang mengalami masalah puting melecet akan turut berhadapan dengan  masalah bengkak susu  akibat tidak mahu meneruskan penyusuan susu ibu di bahagian payudara yang putingnya melecet. Bagi mengelakan kesemua masalah di atas, maka ibu-ibu menyusu perlu belajar cara pelekapan yang betul diantara bayi dan payudara ibu saat menyusu. Cara pelekapan yang betul bukan sahaja membantu terhindar dari masalah puting melecet tetapi juga dapat membantu menghasilkan...