Skip to main content

KEBAS-KEBAS, PUNCANYA DAN CARA MENGATASI



"Doktor saya sejak akhir-akhir ini ada masalah kebas-kebas, rimas rasanya. Kenapa ya? 
Saya dah periksa gula, Alhamdulillah tak tinggi pun"

          Saya sering dapat pesakit yang datang dengan masalah kebas-kebas. Ada yang datang dan telah disahkan bebas dari penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis, ada juga yang datang kerana masalah kebas akibat penyakit-penyakit tertentu. Hari ini, saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai kebas dan cara mengtasi masalah kebas.
          Kebas merupakan satu keluhan yang hampir semua orang pernah rasa, secara saintifiknya ia dikenali sebagai paresthesia iaitu satu perasaan seperti panas atau seperti dicucuk-cucuk. Biasanya terjadi di hujung anggota badan seperti tangan, lengan dan kaki. Kebas boleh terjadi secara tiba-tiba dan biasanya tidak sakit. Kebiasaannyan, kebas berlaku apabila adanya tekanan yang lama diberikan kepada saraf. Biasanya apabila tekanan itu dialihkan rasa kebas itu akan segera berkurang dan hilang. Misalnya apabila kita tertidur dengan meletakan kepala di atas lengan kita, lama kelamaan kita akan rasa kebas di bahagian lengan tersebut. 
          Namun begitu, ada keadaan kebas yang berpanjangan, kebiasaanya disebabakan masalah penyakit. Sekiranya seseorang mengalami masalah kebas yang kronik, efek yang dikhuatiri berlaku adalah kesukaran untuk berjalan dan memandu kenderaan, tidak stabil dan mudah jatuh dan jangkitan kuman pada luka-luka di kaki terutamanya pada pesakit diabetes kerana hilang deria rasa akibat kebas. 
          Antara lain faktor terjadinya kebas seperti:
  • Kekurangan aliran darah ke kawasan otak atau saraf tunjang sehingga menyebabkan sel saraf mati atau rosak.
  • Kerosakkan pada selaput sel saraf seperti penyakit multiple sclerosis.
  • Penyakit atau kedaan yang menyebabkan tekanan pada saraf meningkat seperti adanya tumor atau masalah slip dics atau saraf tersepit seperti masalah Carpal Tunnel Syndrome.
  • Toksin atau ubat yang merosakkan saraf seperti bahan kimia yang merbahaya dan efek dari sesetengah ubat kemoterapi.
  • Jangkitan kuman seperti penyakit HIV dan penyakit kusta.
  • Penyakit metabolik seperti kencing manis, masalah buah pinggang yang kronik, kekurangan vitamin B 12 dan tiamin.
  • Masalah imun 
  • Masalah penuaan
          Tubuh kita mempunyai beribu-ribu sel neuron yang berfungsi menerima dan menghantar impuls saraf. Apabila berlaku kerosakkan pada sel neuron, beberapa sitokin akan di lepaskan dan berlaku rekasi kimia di dalam badan yang akan menyebabkan paresthesia berlaku dan pesakit mengadu kebas-kebas. Bagi masalah kebas-kebas yang kronik doktor akan memberikan rawatan bergantung kepada penyakit yang menyebabkan kebas tersebut. Namun begitu ada beberapa perkara yang boleh kita lakukan atau amalkan untuk membantu mengatasi masalah kebas-kebas ini.

1) AMALKAN MAKANAN ATAU SUPLEMEN YANG KAYA DENGAN POLIFENOL
          
          
          POLIFENOL sangat kaya dengan anti oksidan yang kuat dan dapat memberikan perlindungan kepada sel saraf daripada kerosakan radikal bebas hasil dari metabolisma badan atau dari persekitaran seperti bahan kimia yang berbahaya maupun dari penyakit-penyakit kronik. 
Kajian menunjukkan pengambilan polifenol secara rutin dapat meningkatkan dan mengekalkan kesihatan tubuh dengan cara:
  • melindungi dan memperbaiki DNA sel
  • meningkatkan tenaga di dalam sel untuk berfungsi dengan lebih baik
  • melindungi sel daripada anasir-anasir yang menyebabkan keradangan pada sel
  •  mengurangkan pembentukan AGE protein yang menyebabkan penuaan sel pra-matang terutamanya bagi pesakit kencing manis
  • melambatkan kadar perpendekkan telomere pada DNA sel sebanyak 40%
          Antara makanan tambahan yang kaya dengan polifenol adalah VIVIX dari Shaklee. VIVIX yang dihasilkan dari 4 jenis tumbuhan dan buah-buahan seperti anggur muskat, Polyganum Cuspidatum, lobak ungu dan Europian Elderberry inshaallah mampu mengatasi masalah kebas-kebas.

2) AMALKAN KALSIUM SETIAP HARI 
        

Kalsium akan bertindak di hujung sel saraf untuk membantu pelepasan neurotransmitter agar impuls saraf dapat diberi ke neuron yang bersebelahan. Kalsium boleh didapatkan dari makanan seperti susu dan produk tenusu yang tinggi kalsium ataupun melalui suplemen kalsium seperti OSTEMATRIX yang mengandungi kalsium dan juga mineral dan vitamin yang baik untuk saraf.

3) MENGAMBIL OMEGA-3 SECUKUPNYA
          Omega-3 sangat penting untuk memastikan membran sel saraf dalam keadaan yang sihat. Omega-3 boleh diperoleh dari sumber makanan harian kita seperti ikan tuna, ikan salmon, makerel, telur, bijian dan minyak sayuran. Sekiranya ingin mengamalkan suplemen Omega-3, pilihlah OMEGAGUARD kerana ia adalah suplemen minyak ikan Omega-3 yang tulin dan berkualiti serta terdiri daripada DHA, EPA dan kesemua spektrum asid lemak yang cukup untuk memastikan sel membran saraf  dalam keadaan sihat.

4) AMALKAN VITAMIN B-COMPLEX
          
          
          Didalam makanan harian kita sudah mempunyai jumlah B-complex namun tidak mencukupi sekiranya kita mempunyai masalah saraf. Suplemen B-complex pasti mempunyai jumlah tiamin dan vitamin B12 yang cukup untuk memastikan fungsi saraf menjadi lebih baik.

5) MEMASTIKAN PENGAMBILAN PROTEIN YANG CUKUP
          Pengambilan protein yang baik dan optimal pastinya akan memberikan kita cukup asid amino essential yang perlu untuk membaiki sel yang rosak. Antara makanan yang tinggi protein adalah daging namun begitu daging juga tinggi koestrol, jadi pemillihan protein yang terbaik yang berkualiti setara dengan daging seperti protein kacang soya dapat membantu memberikan protein untuk tubuh. selain itu tinggi protein yang berkualiti, kacang soya juga dapat membantu menurunkan kadar kolestrol. 


Sekiranya anda merupakan pesakit kencing manis dan mengalami keadaan kebas-kebas di hujung tangan dan kaki, pastikan anda menjaga pemakanan anda. Kawalan gula yang baik dari awal bagi pesakit kencing manis mampu mengatasi masalah kerosakkan saraf dan kebas-kebas.

########################################################################################

Diharapkan informasi ini bermanfaat kepada kita semua terutamanya kepada anda yang menghadapi masalah kebas-kebas. Semoga membantu anda untuk cepat sembuh dan dapat melalui hari-hari anda dengan lebih selesa.

Untuk maklumat lanjut berkaitan masalah kebas-kebas ini ataupun mengenai suplemen cadangan yang saya berikan, 
boleh terus hubungi saya 
Aesyrin Rushdan 0134366080 (telefon atau aplikasi whatsApp) 
email: aesyrinrushdan@gmail.com
Fb/Ig: Aesyrin Rushdan


Comments

Popular posts from this blog

Kelebihan Coenzyme Q10 yang perlu diketahui

KELEBIHAN COENZYME Q10 YANG PERLU DIKETAHUI Masih ramai yang belum mengetahui kelebihan Coenzyme Q10 terhadap tubuh kita. Coenzyme Q10 ini secara semulajadinya dihasilkan oleh tubuh kita tetapi dengan meningkatnya usia gaya hidup seharian kita jumlah Coenzyme Q10 dalam badan kita akan berkurang . Bermula seawal umur 20, penghasilan Coenzyme Q10 dalam badan kita akan berkurang. Selain itu, penggunaan ubat golongan statin yang digunakan untuk menurunkan kolesterol dalam badan akan mengurangkan penghasilan Coenzyme Q10 sebanyak lebih kurang 40%. Tahukah anda untuk memastikan kita mendapat 100mg Coenzyme Q10, kita perlu mengambil: 3 kg daging merah atau 100 cawan brokoli yang direbus atau 100 sudu makan minyak canola atau 3.3 kg mentega kacang atau 100 mg suplemen CoQ10 Disini saya senaraikan 5 kelebihan Coenzyme Q10 yang perlu diketahui umum 1. Coenzyme Q10 membantu memberikan tenaga kepada tubuh Peningkatan Coenzyme Q10 dalam badan akan membantu meningkatkan ten

SENDI IBU JARI SAKIT APABILA DIGERAKKAN - De Quervain's Tendinosis

Pernahkah anda alami sakit pada sendi ibu jari ketika ibu jari digerakkan? Apa yang berlaku? Jom kita belajar! Apa itu De Quervain's tendinosis? Ia berlaku apabila tendon dan selaput tendon (synovium) di bahagian ibu jari mengalami keradangan dan membengkak menimbulkan kesakitan di kawasan ibu jari bahagian pergelangan tangan. Sakit dirasai ketika menggenggam atau menggerakkan sendi pergelangan tangan. Apa itu tendon? Tendon merupakan satu struktur yang penting kerana ia menyambungkan diantara otot dan tulang. Tendon diselaputi oleh selaput tendon yang dinamakan synovium. Synovium membantu tendon untuk bergerak dengan senang. Sekiranya synovium atau tendon mengalami keradangan dan membengkak, kesakitan akan timbul apabila digerakkan. Penyebab De Quervain's tendinosis. Penyebab utama adalah penggunaan yang berlebihan. Biasanya berkait dengan aktiviti yang melibatkan pergerakkan ibu jari yang berlebihan contohnya main game, main playstation. Saya pernah didatang