Skip to main content

SET SELEPAS BERSALIN SHAKLE - ESP MIXED SOY PROTEIN ISOLATE POWDER

SET SELEPAS BERSALIN SHAKLEE
ESP MIXED SOY PROTEIN 
ISOLATE POWDER 


SET SELEPAS BERSALIN SHAKLEE ini adalah set yang bernutrisi untuk ibu-ibu selepas melahirkan dan menyusukan bayi. SET SELEPAS BERSALIN SHAKLEE ini membekalkan nutrien penting untuk menyokong proses pemulihan badan ibu, membantu ibu mendapatkan kembali bentuk badan, menambah tenaga dan menyokong kesihatan ibu di samping memberi bayi nutrisi yang mereka perlukan untuk membesar secara kuat dan sihat. 

Ibu-ibu perlu pilih nutrisi yang baik untuk ibu dan bayi.
Ibu makan untuk bayi!
Apa yang ibu makan itu yang bayi makan!

Jadi untuk memastikan kesihatan ibu selepas bersalin kekal optimum dalam masa yang sama memastikan si kecil bayi anda mendapat sumber nutrisi yang mencukupi untuk tumbesarannya, maka ibu perlu memilih set selepas bersalin yang terbaik. SET SELEPAS BERSALIN SHAKLEE bukanlah set jamu yang semata-mata untuk memanaskan badan ibu dan mengelak bentan semata-mata, tetapi SET SELEPAS BERSALIN SHAKLEE adalah set nutrisi lengkap yang wajib diambil oleh semua ibu-ibu selepas bersalin.

JOM saya perkenalkan kepada ibu-ibu kepada ESP salah satu produk yang ada dalam SET SELEPAS BERSALIN SHAKLEE.

ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder with Vanilla Flavour

Serbuk soya yang sangat sedap ini adalah salah satu produk dalam SET SELEPAS BERSALIN SHAKLEEESP ini merupakan sumber protein tumbuhan yang berkualiti tinggi yang membantu ibu-ibu dengan cara memberikan ibu-ibu tenaga sepanjang proses berpantang dan proses menyusu. Terutamanya pada ibu-ibu yang berpantang secara bersendirian maka wajib untuk ibu-ibu mengambil ESP.

Protein adalah bahan asas seperti blok untuk membina tubuh ibu-ibu. Ibarat seperti batu-bata untuk membina rumah. Ia memainkan peranan penting bagi setiap fungsi tubuh untuk pertumbuhan dan perkembangan badan bayi juga. 



Istimewanya protein dalam ESP adalah:

1) Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak-diubahsuai secara genetik (bukan GMO) di bawah Program Pengekalan Identiti. 
Ini bermaksud semua kebaikan secara asli daripada protein soya akan diperolehi oleh sesiapa yang mengamalkannya. 

Bagaimana dengan produk soya yang dijual dipasaraya kita???  

Kebanyakan produk soya yang dijual di pasaraya adalah soya GMO yang mana secara genetik soya-soya ini telah diubah suai supaya lebih besar, lebih sedap rasanya dan lebih tahan lama. Tetapi kena sentiasa berwaspada kerana produk yang bersifat GMO mempunyai banyak keburukan antaranya:
💣Menimbulkan gejala alahan apabila termakan produk tersebut.
💣Lebih menghasilkan toksik sampai satu tahap merosakan badan manusia.
💣Kurang nilai nutrisi kerana kebanyakan produk dihasilkan lebih fokus meningkatkan jumlah ataupun memanjangkan jangka hayat.
💣Penghasilan toksin yang akan diserap oleh tanah.
💣Mengganggu biodiversiti.

JADI pengambilan ESP dengan sumber soya non-GMO adalah yang terbaik.

2) Setiap hidangan ESP membekalkan 14 gram protein berasaskan tumbuhan yang mampu membantu menurunkan paras kolestrol. Perasan tak, ibu-ibu selepas bersalin pasti mempunyai berat badan berlebihan dan komposisi lemak tubuh pula makin meningkat. Keadaan ini sekaligus menunjukan kolestrol dalam badan juga akan meningkat. Maka pengambilan ESP sebagai sumber protein mampu mengawal kolestrol dalam badan ibu.

3) Selain itu, ESP mengandungi 9 asid amino yang penting untuk tubuh dikenali sebagai 'essential amino acid' yang penting bagi proses metabolisma ibu, meningkatkan tenaga ibu, membaiki sel-sel tubuh ibu, membantu proses penyembuhan luka-luka terutamanya luka di jalan lahir dan banyak lagi.


4) ESP ini juga kaya dengan kalsium yang membantu perkembangan tulang dan gigi yang kuat untuk anak juga membantu mengelakan ibu-ibu mengalami kekurangan kalsium dalam darah (osteopenia) dan akhirnya tulang rapuh (osteoporosis).

5) ESP mempunyai skor PDCAAS (Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score) 1.0 - penarafan yang tertinggi dan bersamaan dengan skor yang diberikan pada protein haiwan. PDCAAS adalah kaedah yang digunakan oleh WHO/FAO untuk mengukur keupayaan protein dicerna sehingga menjadi asid amino yang cukup bagi keperluan manusia. Penarafan PDCAAS telah diterima pakai oleh US Food and Drug Administration( FDA) dan Pertubuhan Makanan dan Food and Agricultural Organization of the United Nations / Pertubuhan Kesihatan Dunia (FAO / WHO) pada tahun 1993 sebagai kaedah untuk menentukan kualiti protein yang terbaik. Dengan menggunakan kaedah PDCAAS itu, kedudukan kualiti protein ditentukan dengan membandingkan profil asid amino protein makanan tertentu terhadap profil asid amino standard dengan skor tertinggi yang mungkin menjadi 1.0

6) ESP adalah makanan yang mempunyai nilai glisemik yang rendah. Indeks glisemik menunjukan kesan makanan ke atas gula darah. Karbohidrat yang terurai dengan cepat menyebabkan paras gula darah anda akan naik dengan mendadak dan kemudian menurun dengan pantas, menjadikan and aletih, mudah rasa terganggu dan lapar. Untuk ESP dengan indeks glisemik yang rendah, paras gula darah kekal stabil, membantu mengekalkan tenaga, mengekalkan rasa kenyang yang lebih lama dan bermanfaat untuk mengurangkan berat dan mengekalkan kesihatan jangka panjang.


BANYAK KEISTIMEWAAN ESP SHAKLEE yang menyebabkan ibu-ibu selepas bersalin wajib untuk jadikan amalan. Inshaallah ESP bakal memberikan kesan optimal kepada kesihatan ibu selepas bersalin sekaligus memastikan ibu-ibu melalui fasa selepas bersalin dalam keadaan yang lebih cergas dan sihat.

JOM DAPATKAN ESP MIXED SOY PROTEIN ISOLATED POWDER ini dari 
saya AESYRIN RUSHDAN, PENGEDAR SHAKLEE KULIM DAN BUTTERWORTH di 0134366080 atau 
Fb/Ig Aesyrin Rushdan 
atau 
email aesyrinrushdan@gmail.com





Comments

Popular posts from this blog

FAHAMI KANSER KOLON, RISIKO DAN CARA PENCEGAHAN

KANSER KOLON 2 hari yang lepas saya didatangi oleh seorang pesakit berumur linkungan 60an seorang kanser survivor . Datang untuk follow-up darah tinggi. Alhamdulillah sekarang sudah bebas kanser. Sebelumnya dia telah didiagnosa kanser usus besar atau colon cancer   atau nama lain colorectal cancer. Dahulu dia tidak jaga pemakanan dan juga merokok. Banyak makan makanan high fat & low fiber diet. Tapi dia seorang yg peka dengan perubahan diri dia, jadi colon cancer yg dia dapat dirawat di peringkat awal. Dia juga mengubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat. Atas cerita saya dan pesakit tersebut jadi, hari ini saya ingin berkongsi ilmu dengan anda mengenai masalah kanser kolon agar anda dapat fahami kanser kolon, risiko dan cara pencegahannya. APA ITU KANSER KOLON?           Kolon adalah usus besar yang terdiri dari beberapa bahagian.  Kanser kolon adalah ketumbuhan yang malignan (berbahaya) pada usus besar. Nama lain adalah...

RISIKO KANSER PAYUDARA YANG PERLU ANDA KETAHUI

RISIKO KANSER PAYUDARA Minggu lepas ada seorang pesakit saya wanita india dalam 60-an datang untuk follow-up penyakit darah tinggi. Dia baru didiagnosa kanser payudara 6 bulan yang lepas. Masalah ini bermula hanya dengan ketulan di payudara kanan sebesar biji guli. Alhamdulillah pembedahan sudah dilakukan dan ternyata selepas diperiksa sel tersebut memang sel kanser. Kanser payudara yang dihadapinya masih diperingkat awal.  Kemudian beberapa hari lepas ada seorang pesakit lelaki umur 16 tahun dibawa ke klinik oleh ibunya sebab sakit di bahagian payudara sebelah kanan dan ada bengkak. Pesakit lelaki ini saya rujuk ke bahagian ultrasound untuk di 'scan'. Keputusan scan masih lagi belum saya terima. Kanser payudara biasanya banyak dihadapi oleh kaum wanita. Menurut WHO anggaran 2.1 juta wanita setiap tahun dan ianya juga menjadi penyebab utama kematian wanita disebabkan kanser. Dianggarkan jumlah kematian disebabkan kanser  payudara pada tahun 2018 seramai 627000 ora...

SENDI IBU JARI SAKIT APABILA DIGERAKKAN - De Quervain's Tendinosis

Pernahkah anda alami sakit pada sendi ibu jari ketika ibu jari digerakkan? Apa yang berlaku? Jom kita belajar! Apa itu De Quervain's tendinosis? Ia berlaku apabila tendon dan selaput tendon (synovium) di bahagian ibu jari mengalami keradangan dan membengkak menimbulkan kesakitan di kawasan ibu jari bahagian pergelangan tangan. Sakit dirasai ketika menggenggam atau menggerakkan sendi pergelangan tangan. Apa itu tendon? Tendon merupakan satu struktur yang penting kerana ia menyambungkan diantara otot dan tulang. Tendon diselaputi oleh selaput tendon yang dinamakan synovium. Synovium membantu tendon untuk bergerak dengan senang. Sekiranya synovium atau tendon mengalami keradangan dan membengkak, kesakitan akan timbul apabila digerakkan. Penyebab De Quervain's tendinosis. Penyebab utama adalah penggunaan yang berlebihan. Biasanya berkait dengan aktiviti yang melibatkan pergerakkan ibu jari yang berlebihan contohnya main game, main playstation. Saya pernah didatang...