Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2018

9 TANDA PERUBAHAN KULIT PADA WANITA MENOPAUSE DAN CARA MENGATASINYA

"Doktor kenapa kulit makcik gatal dan kering sangat. Masalah ni jadi dah lama dah, makcik biarkan je la. Tapi sekarang dah tak tahan la..."            Inilah yang diadu oleh seorang pesakit saya yang datang ke klinik tempoh hari untuk rawatan darah tinggi dan kencing manis yang dihadapinya. Masalah ini bukanlah perkara baru, sebaliknya berlaku kerana perubahan hormon ketika menopause.            Menopause adalah keadaan di mana wanita tidak datang haid selama satu tahun. Apabila wanita menopause hormon wanita terutamanya estrogen akan berkurang dan hilang serta menyebabkan kolagen dalam badan turut berkurang. Disamping itu, pengambilan nutrisi protein dengan asid amino yang penting juga terabai. Antara kesan menopause ialah ketidakstabilan mood atau emosi, susah tidur, rasa panas badan dan pelbagai masalah kulit seperti kulit kering. Selain itu, wanita yang menopause lebih mudah terkena serangan jantung dan juga masalah osteoporosis (tulang rapuh dan mudah patah). 

FAHAMI KANSER KOLON, RISIKO DAN CARA PENCEGAHAN

KANSER KOLON 2 hari yang lepas saya didatangi oleh seorang pesakit berumur linkungan 60an seorang kanser survivor . Datang untuk follow-up darah tinggi. Alhamdulillah sekarang sudah bebas kanser. Sebelumnya dia telah didiagnosa kanser usus besar atau colon cancer   atau nama lain colorectal cancer. Dahulu dia tidak jaga pemakanan dan juga merokok. Banyak makan makanan high fat & low fiber diet. Tapi dia seorang yg peka dengan perubahan diri dia, jadi colon cancer yg dia dapat dirawat di peringkat awal. Dia juga mengubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat. Atas cerita saya dan pesakit tersebut jadi, hari ini saya ingin berkongsi ilmu dengan anda mengenai masalah kanser kolon agar anda dapat fahami kanser kolon, risiko dan cara pencegahannya. APA ITU KANSER KOLON?           Kolon adalah usus besar yang terdiri dari beberapa bahagian.  Kanser kolon adalah ketumbuhan yang malignan (berbahaya) pada usus besar. Nama lain adalah kanser kolorektal atau turut dike

6 PETUA BANYAKAN SUSU IBU

6 PETUA BANYAKKAN SUSU IBU Kebanyakan ibu yang melahirkan pastinya ingin menyusukan bayi dengan susu badan. Segelintir dari ibu tidak dapat berbuat demikian atas beberapa faktor misalnya masalah kesihatan. Sangat jarang bagi ibu yang sihat, menolak untuk menyusukan bayi mereka. Jadi, ibu-ibu yang tiada halangan untuk susukan bayi tidak seharusnya membiarkan masalah susu badan yang sedikit mengganggu dan menghalang mereka untuk menyusukan anak terutamanya secara esklusif selama 6 bulan. Ya! Jumlah susu badan pada awal kelahiran kebiasaanya sedikit kerana secara teorinya penghasilan susu badan mengikut keperluan dan saiz perut bayi. Namun ibu-ibu jangan terkejut sekiranya susu ibu melimpah walaupun umur bayi satu hari, itu dinamakan rezeki. Bagi sesetengah ibu, menyusu tidak berlaku secara semulajadi kerana ia memerlukan masa dan penyesuaian untuk menyediakan sumber makanan terbaik untuk bayi.  'Seorang ibu pada 2 tahun 7 bulan yang lepas dengan teruja, tergamam dan  tera

MILKBOOSTER TERBAIK UNTUK IBU MENYUSU

MILKBOOSTER TERBAIK UNTUK IBU MENYUSU Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu. Apa khabar semua? Diharapkan anda semua dalam keadaan sihat. Terutamanya kepada ibu-ibu menyusu, semoga ibu-ibu sihat dan sentiasa semangat meneruskan penyusuan susu badan secara esklusif untuk temph 6 bulan. Memandangkan pada 1-7 Ogos 2018 merupakan MINGGU PENYUSUAN SUSU BADAN SEDUNIA , hari ini saya ingin mengajak ibu-ibu untuk mengenal satu herba yang sangat bagus untuk diamalkan oleh ibu-ibu menyusu sebagai milkbooster. ALFALFA Rata-rata ibu menyusu kebiasaannya akan mencari milkbooster bagi meningkatkan susu badan. Secara alaminya ada banyak jenis makanan yang boleh bertindak sebagai milkbooter.Hari ini jom kita berkenalan dengan herba yang telah digunakan beratus-ratus tahun dalam dunia perubatan yang juga dapat bertindak sebagai milkbooster. ALFALFA merupakan sejenis herba yang telah digunakan beratus-ratus tahun lamanya. Ada banyak kelebihan ALFALFA untuk kesihatan manusia ana