"Doktor kenapa kulit makcik gatal dan kering sangat. Masalah ni jadi dah lama dah, makcik biarkan je la. Tapi sekarang dah tak tahan la..."
Inilah yang diadu oleh seorang pesakit saya yang datang ke klinik tempoh hari untuk rawatan darah tinggi dan kencing manis yang dihadapinya. Masalah ini bukanlah perkara baru, sebaliknya berlaku kerana perubahan hormon ketika menopause.
Menopause adalah keadaan di mana wanita tidak datang haid selama satu tahun. Apabila wanita menopause hormon wanita terutamanya estrogen akan berkurang dan hilang serta menyebabkan kolagen dalam badan turut berkurang. Disamping itu, pengambilan nutrisi protein dengan asid amino yang penting juga terabai. Antara kesan menopause ialah ketidakstabilan mood atau emosi, susah tidur, rasa panas badan dan pelbagai masalah kulit seperti kulit kering. Selain itu, wanita yang menopause lebih mudah terkena serangan jantung dan juga masalah osteoporosis (tulang rapuh dan mudah patah).
Bagi masalah kulit terdapat 9 tanda perubahan kulit pada wanita menopause yang biasa dihadapi. Justeru itu, terutamanya wanita wajar untuk mengambil tahu cara mengatasi atau setidak-tidak mengurangkan gejala tersebut agar wanita lebih selesa dan lebih yakin mengharungi fasa menopause.
1) Warna kulit tidak sekata atau hiperpigmentasi dan tanda kerosakan kulit akibat cahaya matahari
Apabila anda menghabiskan masa di bawah terik matahari tanpa perlindungan dari cahaya matahari terutamanya sinaran UV, tanda kerosakan kulit akan nampak lebih cepat sebelum anda menopause. Apabila anda menopause, tanda tersebut akan lebih jelas dan teruk. Tanda hiperpigmentasi kulit ini boleh berlaku pada tempat yang terdedah seperti wajah, tangan, leher, dan dada. Selain hiperpigmentasi kulit, kanser atau pra-kanser juga boleh berlaku. Apa yang perlu anda lakukan untuk melindungi kulit anda:
- Memakai krim/losyen perlindung matahari setiap hari ketika anda melakukan aktiviti di luar rumah. Penggunaan krim kulit dengan SPF 30 atau SPF yang lebih tinggi terutamanya pada kulit yang terdedah mampu membantu anda. Ini membantu anda untuk mengurangkan hiperpigmentasi kulit yang sedia ada dan juga mengelakkan pembentukkan spot baru di kulit. Dalam masa yang sama dapat membantu untuk mengelakkan masalah kanser kulit.
- Mengambil protein dan asid amino yang essential setiap hari bagi membantu memperbaiki semula sel kulit yang rosak dan menggantikan sel kulit mati dengan sel yang lebih sihat.
- Berjumpa dengan ahli dermatologi untuk melakukan screening kanser kulit. Risiko untuk terkena kanser kulit akan meningkatkan dengan peningkatan usia. Lebih awal screening dilakukan lebih cepat anda mengetahui tentang risiko terkena kanser kulit dan lebih mudah rawatan diberikan sekiranya didignosa kanser kulit.
2) Mudah lebam
Apabila wanita menopause, hormon estrogen dalam badan dan kolagen di dalam kulit akan berkurangan, kulit akan jadi lebih nipis dan sekiranya ada geseran pada kulit, kulit akan jadi mudah lebam. Untuk mengurangkan masalah ini anda perlulah:
- Memakai krim/losyen perlindung matahari setiap hari ketika anda melakukan aktiviti di luar rumah. Penggunaan krim kulit dengan SPF 30 atau SPF yang lebih tinggi terutamanya pada kulit yang terdedah. Walaupun cara ini tidak dapat mengembalikan keadaan normal kulit tetapi dapat menghalang proses penipisan kulit menjadi lebih teruk. Sekiranya keadaan kulit menjadi sangat teruk anda perlu mendapatkan rawatan dan nasihat dari ahli dermatologi anda.
3) kulit kering
Kulit wanita menopause atau pra-menopause tidak mampu untuk menghalang kehilangan air disebabkan kekurangan hormon wanita dan kolagen di dalam badan jadi kulit akan kelihatan kering. Keadaan ini berlaku terutamanya apabila berada dalam cuaca atau persekitaran yang kering. Wanita dinasihatkan:
- Menggunakan cleanser yang lembut di kulit bukannya sabun biasa kerana sabun akan menyebabkan kulit menjadi lebih kering.
- Memakai pelembap selepas mandi atau setiap waktu apabila terasa kulit kering.
- Mengamalkan suplemen yang membantu melembapkan kulit yang terdiri dari Vitamin E dan minyak borage.
4) Rambut atau bulu pada wajah
Disebabkan kekurangan hormon estrogen dalam badan, akan tumbuh facial hair terutamanya di bawah dagu, sepanjang garis rahang dan di bahagian atas mulut.
- Sekiranya bercukur atau waxing boleh membantu mengurangkan masalah tersebut, anda boleh melakukannya. Tetapi perlu diingatkan kulit wanita menopause lebih nipis jadi perlu lebih berhati-hati kerana bercukur boleh menyebabkan luka, perdarahan dan jangkitan kuman.
- Berjumpalah dengan ahli dermatologi untuk mendapatkan rawatan seperti laser untuk masalah ini sekiranya perlu.
5) Rambut gugur
Anda yang menopausue atau pra-menopause akan perasan rambut mudah gugur, nipis dan kelihatan seperti botak. Selain faktor kekurangan hormon estrogen dan kolagen dalam badan, pengambilan protein dan asid amino essential juga berkurang menyebabkan masalah ini berlaku.
- Mengambil kolagen sebagai makanan tambahan dan pastikan cukup pengambilan protein serta asid amino yang essential untuk tubuh. Pilihlah protein dan kolagen yang berkualiti kerana selain untuk masalah rambut gugur, ianya diharapkan dapat mengekalkan kesihatan keseluruhan tubuh.
- Rawatan lain yang dapat dilakukan adalah transplan rambut dan rawatan laser.
6) Kulit berkedut, kulit kendur, garis-garis penuaan
Kajian menunjukkan wanita akan mengalami kehilangan kolagen sebanyak 30% ketika 5 tahun pertama menopause. Setiap 20 tahun wanita juga akan mengalami kehilangan kolagen sebanyak 2% setiap tahun. Bila kolagen di kulit anda hilang, kulit akan jadi berkedut ,kendur dan kadang-kadang seperti lebihan kulit. Garis-garis kulit seperti garis senyum juga akan lebih jelas walaupun anda tidak tersenyum. Di bahagian bawah mata akan terlihat jelas eye-bag. Selain itu, liang pori juga lebih jelas kelihatan. Beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk kurangkan masalah tersebut:
- Lindungi kulit dari pancaran matahari terutamanya dari pancaran UV dengan menggunakan krim siang dengan SPF 30 atau lebih tinggi . Ini membantu untuk pembentukan kedutan yang baru.
- Mengamalkan kolagen sebagai makanan tambahan dan memastikan cukup protein dan asid amino yang penting untuk tubuh.
- Memakai produk kulit anti-aging yang selamat dan berkesan. Pastikan bebas dari bahan kimia yang merbahaya yang memberi peluang untuk anda mendapat kanser kulit. Pastikan juga mengambil produk kulit yang mempunyai retinol atau vitamin A yang dapat membantu meningkatkan kolagen dalam kulit.
7) Jerawat
Terdapat juga wanita menopasue yang akan menghidap masalah jerawat. Jerawat juga hadir disebabkan jangkitan kuman pada kulit. Pastikan:
- Mencuci wajah menggunakan cleanser yang membantu membersihkan sumbatan dipori-pori kulit dan menggunakan set kesihatan kulit yang tidak menyumbat pori.
- Elak menggunakan produk penjagaan kulit yang membuatkan kulit kering kerana ia menyebabkan masalah jerawat lebih teruk.
- Sekiranya masalah jerawat tidak dapat dikawal, berjumpalah dengan ahli dermatologi untuk rawatan lanjut.
- Mengamalkan Vitamin C untuk sebagai immune-booster untuk melawan jangkitan kuman.
8) Ruam dan kulit sensitif
Sekitar umur 50 tahun, kadar pH kulit kita akan berubah. Perubahan ini akan menyebabkan kulit lebih sensitif dan mudah timbul ruam. Sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan kulit seperti eczema, keaadannya akan lebih teruk. Jadi anada perlu:
- Menggunakan produk penjagaan kulit yang bebas pewangi. Pewangi akan membuatkan kulit mudah iritasi kerana ianya bahan kima. Pastikan kulit lembap dengan menggunakan pelembap yang tiada bahan kimia berbahay dan yang tiada pewangi.
- Sekiranya keaadan kulit mengalami ruam yang teruk atau eczema yang tidak terkawal anda perlulah berjumpa pakar kulit bagi mendapat rawatan yang sepatutnya.
9) Luka lambat sembuh
Hormon estrogen dan kolagen memainkan peranan yang penting dalam proses penyembuhan luka. Tidak terkecuali protein yang bertindak seperti blok untuk membaiki kulit yang rosak. Tanpa bantuan kolagen dan protein yang cukup, kulit kita akan bermasaalah dalam proses penyembuhan. Jadi, pengambilan kolagen sebagai makanan tambahan, pengambilan protein yang cukup dan penggunaan produk penjagaan wajah yang tidak menyebabkan iritasi akan membantu kulit cepat sembuh sekiranya terdapat luka.
😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊
Secara ringkasnya untuk mengurangkan dan merawat 9 TANDA PERUBAHAN KULIT PADA WANITA MENOPAUSE wanita perlu:
- Menggunakan produk penjagaan wajah yang baik, selamat dan tiada bahan kimia berbahaya juga mengandungi Vitamin A contohnya seperti YOUTH SKINCARE
- Selain itu pengambilan Shaklee Collagen Powder sebagai makanan tambahan memandangkan wanita menopause kekurangan kolagen dalam badan secara semulajadi.
- Pengambilan protein berserta asid amino yang essential seperti ESP Soy Protein Isolate Powder untuk membantu proses membaiki sel kulit yang mati dan rosak.
- Amalkan Sustained Release Vitamin C dan antioksidan VIVIX atau Coq-Trol Plus yang mengandungi polifenol dan resveratrol bagi meningkatkan sistem pertahanan tubuh agar proses membaiki kulit yang rosak lebih optimal tanpa jangkitan kuman. Selain itu, dapat meneutralkan radikal bebas terutamanya dari pancaran UV yang merosakan sel-sel kulit dan penyebab kepada kanser kulit.
- Penggunaan GLA Complex yang mengandungi Vitamin E dan minyak borage untuk mengekalkan kelembapan dan kecantikan kulit.
Ingin melalui fasa menopause dalam keadaan yang lebih selesa. Sebarang persoalan boleh terus ajukan di bahagian komen atau wassup&call Aesyrin Rushdan di 0134366080 atau
Fb/Ig Aesyrin Rushdan atau
email di aesyrinrushdan@gmail.com
Comments
Post a Comment