6 PETUA BANYAKKAN SUSU IBU
Ya! Jumlah susu badan pada awal kelahiran kebiasaanya sedikit kerana secara teorinya penghasilan susu badan mengikut keperluan dan saiz perut bayi. Namun ibu-ibu jangan terkejut sekiranya susu ibu melimpah walaupun umur bayi satu hari, itu dinamakan rezeki. Bagi sesetengah ibu, menyusu tidak berlaku secara semulajadi kerana ia memerlukan masa dan penyesuaian untuk menyediakan sumber makanan terbaik untuk bayi.
'Seorang ibu pada 2 tahun 7 bulan yang lepas dengan teruja, tergamam dan
terasa gelisah melihat seorang ibu lain selepas melahirkan
namun susu badannya terkumpul di dalam bekas simpanan hampir 5 onz,
sedangkan susu badan ibu yang tergamam sekali perah menggunakan tangan
hanya dapat ditadah menggunakan sudu teh sahaja.
Tapi semangatnya kuat dan dia tidak berputus asa.
Jadi 6 PETUA BANYAKKAN SUSU IBU dia lakukan dan akhirnya
pada usia bayinya 1 minggu dia berbangga dan bersyukur
Allah mengizinkan susu badannya melimpah hingga 4-5 onz pada setiap payudara.
1. MINUM AIR YANG BANYAK
Ibu-ibu perlu maklum bahawa susu anda terdiri dari 90% air. Setiap ibu yang ingin menyusukan bayi dengan susu badan seharusnya minum sekurang-kurangnya 2 liter air sehari bagi memastikan anda mempunyai cecair yang cukup untuk menghasilkan susu ibu untuk bayi anda. Adat berpantang hampir seluruh kaum di Malaysia iaitu minum air yang sedikit dan makan makanan yang memanaskan badan antara penyebab kurangnya air dalam badan dan mengakibatkan sedikit susu badan yang di hasilkan.
Minum air yang banyak bukan saja membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu malahan dapat juga mengelakan masalah sembelit, mengelakan dehidrasi, mencegah masalah pembentukan darah beku yang tidak normal (venousthromboembolism) dan juga membantu organ tubuh bekerja dengan lebih optimal sekaligus proses penyembuhan ibu selepas bersalin juga dapat dipercepatkan.
2. MENYUSUKAN BAYI LEBIH KERAP
Menyusukan bayi lebih kerap 3-4 jam sekali atau mengosongkan payudara dengan cara memerah payudara dengan menggunakan tangan maupun breastpump. Patuhi konsep supply and demand . Setiap kali ibu menyusukan bayi, satu isyarat akan di hantar ke otak ibu untuk mengeluarkan hormon prolaktin dan oksitosin yang membantu dalam penghasilan dan pengaliran susu ibu. Bukan itu saja, ibu-ibu menyusu juga akan mendapat banyak kebaikan dari kedua-dua hormon tersebut seperti yang telah saya konsikan di entry sebelum ini.
http://aesyrinrushdan.blogspot.com/2018/01/kebaikan-penyusuan-susu-ibu.html
3. LAKUKAN URUTAN PAYUDARA
Urutan payudara dapat membantu melancarkan saluran susu untuk pengaliran susu yang lebih baik. selain itu, dapat juga membantu ibu-ibu menyusu supaya lebih tenang dan relaxe. Ada beberapa teknik yang boleh dilakukan, antara contohnya seperti gambarajah di bawah:
4. PENGURUSAN STRESS YANG BETUL
Emosi ibu-ibu sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada bekalan susu ibu. Pengurusan stress yang betul mampu membantu merembeskan hormon penenang secara semulajadi antaranya adalah hormon oksitosin. Apabila ibu stress hormon oksitosin akan terhambat dan merencatkan pengaliran susu ibu.
Antara tanda-tanda stress adalah letih keterlaluan, cepat marah, gelisah, sakit kepala, gangguan tidur, perubahan selera makan dan tingkah laku yang aggresif. Apatah lagi apabila keadaan ini berlaku pada waktu berpantang, stress yang sedikit perlu di atasi segera agar tidak menjadi masalah kemurungan yang akan memberi kesan kepada kesihatan ibu.
Jadi bagaimana kalau ibu berada dalam stress? Apa yang ibu perlu lakukan?
5. MAKAN JUMLAH PROTEIN YANG MENCUKUPI
Kajian telah menunjukan bahawa diet seorang ibu akan menentukan kualiti dan nutrien dalam susu ibu. Nutrien yang tepat perlu diambil oleh ibu menyusu agar dapat memberikan susu yang terbaik bagi pertumbuhan dan perkembangan optimum bayi anda. Jumlah protein yang cukup dalam makanan harian ibu dapat membantu dalam membina, membaiki dan mengekalkan otot, rambut dan kulit yang sihat serta keseluruhan pertumbuhan dan perkembangan bayi.
Seorang ibu yang menyusukan bayi perlu mendapat protein dua kali lebih banyak berbanding ibu yang tidak menyusukan bayi. Pilih makanan yg selamat dan mempunyai protein yang tinggi untuk menghasilkan dan mengekalkan susu badan. Protein yang tinggi biasanya adalah daging haiwan tetapi daging haiwan juga tinggi kolestrol dan lemak, tidak seperti protein yang berasaskan tumbuhan seperti soya. Nilai protein dari soya adalah berkualiti setanding protein haiwan dan dalam masa yang sama tiada lemak dan rendah kolestrol.
6. MAKANAN TAMBAHAN DENGAN ALFALFA
Cadangan alfalfa dalam 6 PETUA BANYAKKAN SUSU IBU sebagai makanan tambahan ibu menyusu adalah satu perkara yang bagus kerana alfalfa dianggap galaktagog yang memberi manfaat untuk ibu menyusukan bayi. Galaktagog adalah bahan yang membantu meningkatkan susu ibu. Alfalfa menyokong penghasilan susu secara semulajadi kerana mengandungi phytoestrogen berfungsi untuk meransang peningkatan kelenjar susu di payudara ibu.
Doa saya selepas ibu-ibu mengamalkan 6 PETUA BANYAKKAN SUSU BADAN ini, ibu-ibu dapat meneruskan penyusuan susu badan secara esklusif selama 6 bulan supaya bayi sentiasa sihat dan cergas di setiap pertumbuhan dan perkembangannya 😍😍😍
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Untuk mendapatkan protein yang baik dan alfalfa sebagai pelengkap makanan tambahan ibu menyusu, boleh amalkan SET SELEPAS BERSALIN SHAKLEE @ POSTNATAL SET SHAKLEE
Berminat untuk dapatkan SET SELEPAS BERSALIN SHAKLEE @ POSTNATAL SET SHAKLEE
call/wassup Aesyrin 0134366080 atau
personal massage di Fb/Ig Aesyrin Rushdan atau
email di aesyrinrushdan@gmail.com
Comments
Post a Comment