Skip to main content

MILKBOOSTER TERBAIK UNTUK IBU MENYUSU

MILKBOOSTER TERBAIK UNTUK IBU MENYUSU


Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu.

Apa khabar semua? Diharapkan anda semua dalam keadaan sihat.

Terutamanya kepada ibu-ibu menyusu, semoga ibu-ibu sihat dan sentiasa semangat meneruskan penyusuan susu badan secara esklusif untuk temph 6 bulan.

Memandangkan pada 1-7 Ogos 2018 merupakan MINGGU PENYUSUAN SUSU BADAN SEDUNIA, hari ini saya ingin mengajak ibu-ibu untuk mengenal satu herba yang sangat bagus untuk diamalkan oleh ibu-ibu menyusu sebagai milkbooster.

ALFALFA

Rata-rata ibu menyusu kebiasaannya akan mencari milkbooster bagi meningkatkan susu badan. Secara alaminya ada banyak jenis makanan yang boleh bertindak sebagai milkbooter.Hari ini jom kita berkenalan dengan herba yang telah digunakan beratus-ratus tahun dalam dunia perubatan yang juga dapat bertindak sebagai milkbooster.

ALFALFA merupakan sejenis herba yang telah digunakan beratus-ratus tahun lamanya. Ada banyak kelebihan ALFALFA untuk kesihatan manusia anataranya ialah merawat masalah asma, masalah radang sendi, menurunkan kolestrol dalam darah, memperbaiki penghadaman, menyelesaikan masalah sembelit dan membantu dalam masalah gastrik.

Tapi hari ini saya nak kongsikan info berkenaan ALFALFA sebagai milkbooster terbaik untuk ibu menyusu.

ALFALFA atau nama saintifiknya Medicago Sativa  adalah herba yang mengandungi lebih 300 nilai nutiris dan mempunyai nilai kalori yang rendah. Selain tinggi serat dan dalam satu 1 cawan ALFALFA (33 gram) juga mengandungi 1 gram kabrohidrat dan protein serta mengandungi vitamin dan mineral lain seperti:
Vitamin K sebanyak 13%
Vitamin C sebanyak 5%
Zat besi sebanyak 2%
Magnesium sebanyak 2%
Asid Folik sebanyak 3% serta banyak miniral sokongan yg lain.

Menariknya ALFALFA juga mengandungi phytoestrogen yang membantu meningkatkan jumlah tisu-tisu payudara yang terdiri dari mammary gland yang berfungsi untuk menghasilkan susu ibu.
Maka tidak hairanlah jika dikatakan ALFALFA mampu menjadi milkbooster terbaik untuk ibu menyusu. Seiring dengan pengambilan ALFALFA, ibu-ibu juga di nasihatkan untuk sentiasa menyusukan anak antara 3-4 jam sekali atau mengosongkan payudara samada secara manual atau menggunakan breast pump  bagi memastikan penghasilan susu sentiasa berterusan.

Selain bertindak sebagai milkbooster, ALFALFA yang mempunyai tinggi serat juga sangat baik untuk menyelesaikan masalah sembelit terutamanya bagi ibu-ibu menyusu yang ,asih lagi dalam pantang. Kebiasaanya amalan berpantang yang diamalkan di negara asia iaitu ibu-ibu digalakan untuk minum kurang air akan menyebabkan masalah sembelit di kalangan ibu berpantang selalu berlaku. Apatah lagi sekiranya ibu berpantang itu juga menyusu badan maka sembelit akan menjadi lebih teruk. Namun begitu oengambilan ALFALFA bukanlah menjadi alasan untuk ibu menyusu baik ketika berpantang maupun selepasnya tidak minum air yang cukup.

BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKAN ALFALFA

ALFALFA COMPLEX iaitu salah satu produk keluaran Shaklee merupakan produk yang terawal di hasilkan oleh pengasas Shaklee Dr C. Forrest Shaklee adalah ALFALFA yang terbaik. Bayangkan bermula dari tahun 1950an ALFALFA COMPLEX masih lagi mendapat sambutan sebagai milkbooster terbaik untuk ibu menyusu.

Berita baik untuk ibu-ibu yang mencari ALFALFA sebagai milkbooster, bagi bulan Ogos 2018 Shaklee mengadakan promosi jualan ALFALFA COMPLEX iaitu dengan pembelian 3 botol ALFALFA COMPLEX dengan diskaun sebanyak 5%.

Sekiranya ibu-ibu berminat jom segera CALL/WS AESYRIN 0134366080 atau email ke aesyrinrushdan@gmail.com atau boleh juga personal massage di Fb/Ig Aesyrin Rushdan




Comments

Popular posts from this blog

FAHAMI KANSER KOLON, RISIKO DAN CARA PENCEGAHAN

KANSER KOLON 2 hari yang lepas saya didatangi oleh seorang pesakit berumur linkungan 60an seorang kanser survivor . Datang untuk follow-up darah tinggi. Alhamdulillah sekarang sudah bebas kanser. Sebelumnya dia telah didiagnosa kanser usus besar atau colon cancer   atau nama lain colorectal cancer. Dahulu dia tidak jaga pemakanan dan juga merokok. Banyak makan makanan high fat & low fiber diet. Tapi dia seorang yg peka dengan perubahan diri dia, jadi colon cancer yg dia dapat dirawat di peringkat awal. Dia juga mengubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat. Atas cerita saya dan pesakit tersebut jadi, hari ini saya ingin berkongsi ilmu dengan anda mengenai masalah kanser kolon agar anda dapat fahami kanser kolon, risiko dan cara pencegahannya. APA ITU KANSER KOLON?           Kolon adalah usus besar yang terdiri dari beberapa bahagian.  Kanser kolon adalah ketumbuhan yang malignan (berbahaya) pada usus besar. Nama lain adalah...

RISIKO KANSER PAYUDARA YANG PERLU ANDA KETAHUI

RISIKO KANSER PAYUDARA Minggu lepas ada seorang pesakit saya wanita india dalam 60-an datang untuk follow-up penyakit darah tinggi. Dia baru didiagnosa kanser payudara 6 bulan yang lepas. Masalah ini bermula hanya dengan ketulan di payudara kanan sebesar biji guli. Alhamdulillah pembedahan sudah dilakukan dan ternyata selepas diperiksa sel tersebut memang sel kanser. Kanser payudara yang dihadapinya masih diperingkat awal.  Kemudian beberapa hari lepas ada seorang pesakit lelaki umur 16 tahun dibawa ke klinik oleh ibunya sebab sakit di bahagian payudara sebelah kanan dan ada bengkak. Pesakit lelaki ini saya rujuk ke bahagian ultrasound untuk di 'scan'. Keputusan scan masih lagi belum saya terima. Kanser payudara biasanya banyak dihadapi oleh kaum wanita. Menurut WHO anggaran 2.1 juta wanita setiap tahun dan ianya juga menjadi penyebab utama kematian wanita disebabkan kanser. Dianggarkan jumlah kematian disebabkan kanser  payudara pada tahun 2018 seramai 627000 ora...

SENDI IBU JARI SAKIT APABILA DIGERAKKAN - De Quervain's Tendinosis

Pernahkah anda alami sakit pada sendi ibu jari ketika ibu jari digerakkan? Apa yang berlaku? Jom kita belajar! Apa itu De Quervain's tendinosis? Ia berlaku apabila tendon dan selaput tendon (synovium) di bahagian ibu jari mengalami keradangan dan membengkak menimbulkan kesakitan di kawasan ibu jari bahagian pergelangan tangan. Sakit dirasai ketika menggenggam atau menggerakkan sendi pergelangan tangan. Apa itu tendon? Tendon merupakan satu struktur yang penting kerana ia menyambungkan diantara otot dan tulang. Tendon diselaputi oleh selaput tendon yang dinamakan synovium. Synovium membantu tendon untuk bergerak dengan senang. Sekiranya synovium atau tendon mengalami keradangan dan membengkak, kesakitan akan timbul apabila digerakkan. Penyebab De Quervain's tendinosis. Penyebab utama adalah penggunaan yang berlebihan. Biasanya berkait dengan aktiviti yang melibatkan pergerakkan ibu jari yang berlebihan contohnya main game, main playstation. Saya pernah didatang...