Skip to main content

ANEMIA DAN CADANGAN SUPLEMEN


Assalamualaikum dan apa khabar semua? 

Alhamdulillah semoga semuanya dalam keaadaan sihat baik fizikal, emosi dan rohani. 

Hari ini saya terpanggil untuk berkongsi ilmu mengenai anemia atau masalah kekurangan darah merah. Selain itu, suka untuk saya selitkan berkenaan cadangan suplemen yang boleh anda amalkan untuk mengelakkan masalah anemia berlaku. Untuk hari ini saya cuba fokuskan perkongsian saya mengenai anemia disebabkan kekurangan zat besi.

Seperti yang semua sudah maklum anemia adalah masalah kekurangan darah merah. Kadang-kadang ada juga pesakit yang merujuk anemia sebagai kekurangan hemoglobin. 

Apa itu Hemoglobin?
          Hemoglobin adalah molekul protein di dalam sel darah merah yang berfungsi mengangkut oksigen dari paru-paru untuk dihantar ke seluruh tubuh dan juga mengangkut karbon dioksida balik ke paru-paru untuk dilepaskan keluar tubuh. Hemoglobin terdiri dari 4 rantaian globin (2 alpha dan 2 beta) dan di setiap rantaian globin ini ada zat besi. Zat besi ini memberikan warna kepada sel darah merah kita. Selain mengangkut oksigen dan karbon dioksida, hemoglobin juga berfungsi untuk memberikan bentuk yang normal kepada sel darah merah. Bentuk yang seakan-akan donut dengan bahagian tengah yang lebih nipis dapat membantu sel darah merah mengalir dengan baik di saluran darah.



Bagaimana doktor menentukan pesakit mempunyai masalah anemia?
          Apabila seseorang pesakit datang berjumpa dengan doktor atas sebab-sebab tertentu dan doktor mengesyaki pesakit tersebut mempunyai masalah anemia, doktor akan melakukan saringan ujian darah Full Blood Count (FBC). FBC adalah ujian darah untuk melihat profil darah dalam badan. Kita boleh mengetahui jumlah hemoglobin di dalam darah seseorang pesakit. Sekiranya jumlah hemoglobin kurang dari 12 bagi wanita, kurang dari 13 bagi lelaki dan bagi wanita mengandung kurang dari 11 maka mereka mempunyai masalah anemia. 
          Tidak cukup hanya mengetahui sebatas jumlah hemoglobin dalam rawatan anemia. Untuk memberikan rawatan doktor perlu mengetahui penyebab anemia berlaku. Doktor biasanya akan melakukan ujian lanjut untuk mengetahui penyebab anemia seperti kekurangan nutrisi zat besi, vitamin B12 dan asid folik. Doktor akan melakukan ujian darah yang dinamakan iron study bagi melihat jumlah zat besi di dalam darah, feritin (jumlah protein yang menyimpan zat besi) dan transferin (jumlah protein yang mengangkut zat besi). Apabila jumlah bagi ketiga-tiga molekul tersebut di dalam darah rendah daripada nilai normal maka pesakit tersebut menghidap anemia disebabakan kekurangan zat besi atau Iron Deficiency Anemia (IDA).
          Selain itu, kekurangan vitamin B12 dan asid folik juga boleh menyebabkan masalah anemia. Seperti masalah IDA, untuk menentukan masalah anemia disebabkan kekurangan vitamin B12 dan folik asid adalah dengan mengambil darah untuk melihat jumlahnya di dalam badan.

Apa yang menyebabkan anemia selain masalah nutrisi?
Selain dari masalah kekurangan nutrisi, ada banyak lagi faktor penyebab kepada anemia. Antaranya adalah:
1) kehilangan darah samada disebabkan kemalangan, pembedahan, kanser  
    atau luka disebabkan penyakit seperti ulcer di perut.
2) Masalah pada bone marrow atau sum-sum tulang seperti kanser darah.
3) Gannguan kekita proses pembentukan sel darah disebabkan ubat 
    kemoterapi.
4) Masalah kegagalan buah pinggang
5) Masalah genetik seperti thalasemia

Apakah tanda/gejala anemia?
Anemia ditandai oleh banyak gejala dan kadang-kadang gejala ini dianggap perkara biasa oleh ramai orang seperti mudah letih, mudah rasa lesu, tidak bermaya, wajah tidak berseri atau pucat, sering sakit kepala dan pening kepala, luka yang lambat sembuh, rambut yang senang luruh dan kuku yang tidak cantik. Selain itu, masalah anemia yang teruk jika tidak dirawat akan menyebabkan kerosakkan organ lain seperti jantung (susah nafas, jantung berdebar, sakit dada), otak (selalu pitam/pengsan dan koma dan kerosakkan buah pinggang.




Bagaimana cara untuk mengelakkan anemia?
          "Prevention is Better Than Cure" adalah paling tepat untuk merawat masalah anemia. Amalan diet yang mempunyai zat besi, vitamin B12 dan asid folik penting untuk diambil setiap hari.
          Zat besi boleh didapatkan dari sumber haiwan seperti daging, hati, ayam, limpa, kerang, ikan, sotong dan ikan bilis. Zat besi dari sumber sayur-sayuran hijau seperti pegaga, pucuk paku, kangkung, bayam dan kailan. Sekiranya anda merupakan seorang vegetarian, dan anda berkemungkinan mendapat zat besi dari sumber tumbuhan, anda perlu pastikan untuk mengambil makanan yang mengandungi vitamin C sebagai enhancer untuk membantu penyerapan zat besi dari tumbuhan. Antara yang anda boleh amalkan seperti jambu batu, limau, betik, mangga, tomato, epal dan pelbagai jenis beri.
          Selain itu, bagi meningkatkan lagi penyerapan zat besi dari makanan anda, anda dinasihatkan untuk mengurangkan pengambilan makanan yang mempunyai bahan penghalang penyerapan zat besi seperti minuman berkafein seperti kopi dan nescafe, teh, minuman bercoklat, minuman bercola dan minuman atau makananan berkalsium seperti susu.

          Rawatan anemia bergantung kepada penyebab anemia. Pesakit anemia disebabkan kekurangan zat besi, vitamin B12 dan asid folik boleh mengambil suplemen yang mengandungi nutrisi-nutrisi tersebut. Disini saya mencadangkan beberapa suplemen yang anda boleh amalkan antaranya:
1) ZAT BESI
Saya mencadangkan anda yang mengalami masalah anemia mengambil Vitalea. Vitalea merupakan multivitamin pertama di dunia yang dihasilkan oleh Shaklee dan juga mempunyai zat besi. Zat besi di dalam vitalea adalah mudah diserap, dan tidak menyebabkan najis berwarna hitam dan sembelit serta tiada metallic taste yang biasa membuatkan rasa loya dan tidak selesa pada perut. 


2) VITAMIN C
Pengambilan vitamin C membantu dalam penyerapan zat besi terutamanya bagi anda yang vegetarian atau kurang makan makanan yang tinggi vitamin C. Cadangan saya ialah sustained release vitamin C dari shaklee yang mempunyai teknologi pelepasan vitamin C secara berperingkat sejam demi sejam untuk memastikan vitamin C diserap secara optimal.




3) VITAMIN B12 & ASID FOLIK
Kedua-dua nutrisi ini anda boleh dapatkan dari suplemen B complex dari shaklee. Selain baik untuk pembentukkan sel darah merah yang normal, vitamin B juga membantu proses metabolisma makanan untuk membentuk tenaga dan saraf berdungsi dengan baik.



4) PROTEIN
Selain nutrisi utama seperti zat besi, vitamin B12 dan asid folik, protein juga memainkan peranan dalam pembentukan molekul hemoglobin di dalam darah merah. Protein juga merupakan komponen penting untuk menyimpan dan mengangkut zat besi di dalam tubuh. Maka pengambilan protein yang baik tidak boleh dipandang remeh. Protein soya dari ESP Soy Protein Isolate Powder adalah cadangan saya. ESP membekalkan protein soya tulin, tanpa pengawet, bersifat non-GMO serta mengandungi asid amino yang essential untuk tubuh. Pengambilan protein dari soya diakui mampu menurunkan kolestrol di dalam badan dan mempunyai skor protein yang berkualiti tinggi.






Semoga perkongsian kali ini bermanfaat untuk kita semua terutamanya kepada anda yang memounyai masalah anemia.


Sebarang pertanyaan berkaitan dengan masalah anemia dan cadangan suplemen yang diberikan anda boleh ajukan kepada 
AESYRIN 0134366080 atau 
emailkan ke aesyrinrushdan@gmail.com



Comments

  1. Bagi yg ada thalesemia xblh kan mkn bnda2 yg ada zat besi sbb zat besi dlm bdn dh byk sbb tu hb drop....sy ada thalesemia supplement apa bgus utk sy

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kelebihan Coenzyme Q10 yang perlu diketahui

KELEBIHAN COENZYME Q10 YANG PERLU DIKETAHUI Masih ramai yang belum mengetahui kelebihan Coenzyme Q10 terhadap tubuh kita. Coenzyme Q10 ini secara semulajadinya dihasilkan oleh tubuh kita tetapi dengan meningkatnya usia gaya hidup seharian kita jumlah Coenzyme Q10 dalam badan kita akan berkurang . Bermula seawal umur 20, penghasilan Coenzyme Q10 dalam badan kita akan berkurang. Selain itu, penggunaan ubat golongan statin yang digunakan untuk menurunkan kolesterol dalam badan akan mengurangkan penghasilan Coenzyme Q10 sebanyak lebih kurang 40%. Tahukah anda untuk memastikan kita mendapat 100mg Coenzyme Q10, kita perlu mengambil: 3 kg daging merah atau 100 cawan brokoli yang direbus atau 100 sudu makan minyak canola atau 3.3 kg mentega kacang atau 100 mg suplemen CoQ10 Disini saya senaraikan 5 kelebihan Coenzyme Q10 yang perlu diketahui umum 1. Coenzyme Q10 membantu memberikan tenaga kepada tubuh Peningkatan Coenzyme Q10 dalam badan akan membantu meningkatkan ten

KEBAS-KEBAS, PUNCANYA DAN CARA MENGATASI

"Doktor saya sejak akhir-akhir ini ada masalah kebas-kebas, rimas rasanya. Kenapa ya?  Saya dah periksa gula, Alhamdulillah tak tinggi pun"           Saya sering dapat pesakit yang datang dengan masalah kebas-kebas. Ada yang datang dan telah disahkan bebas dari penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis, ada juga yang datang kerana masalah kebas akibat penyakit-penyakit tertentu. Hari ini, saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai kebas dan cara mengtasi masalah kebas.           Kebas merupakan satu keluhan yang hampir semua orang pernah rasa, secara saintifiknya ia dikenali sebagai paresthesia iaitu satu perasaan seperti panas atau seperti dicucuk-cucuk. Biasanya terjadi di hujung anggota badan seperti tangan, lengan dan kaki. Kebas boleh terjadi secara tiba-tiba dan biasanya tidak sakit. Kebiasaannyan, kebas berlaku apabila adanya tekanan yang lama diberikan kepada saraf. Biasanya apabila tekanan itu dialihkan rasa kebas itu akan segera berkurang da

SENDI IBU JARI SAKIT APABILA DIGERAKKAN - De Quervain's Tendinosis

Pernahkah anda alami sakit pada sendi ibu jari ketika ibu jari digerakkan? Apa yang berlaku? Jom kita belajar! Apa itu De Quervain's tendinosis? Ia berlaku apabila tendon dan selaput tendon (synovium) di bahagian ibu jari mengalami keradangan dan membengkak menimbulkan kesakitan di kawasan ibu jari bahagian pergelangan tangan. Sakit dirasai ketika menggenggam atau menggerakkan sendi pergelangan tangan. Apa itu tendon? Tendon merupakan satu struktur yang penting kerana ia menyambungkan diantara otot dan tulang. Tendon diselaputi oleh selaput tendon yang dinamakan synovium. Synovium membantu tendon untuk bergerak dengan senang. Sekiranya synovium atau tendon mengalami keradangan dan membengkak, kesakitan akan timbul apabila digerakkan. Penyebab De Quervain's tendinosis. Penyebab utama adalah penggunaan yang berlebihan. Biasanya berkait dengan aktiviti yang melibatkan pergerakkan ibu jari yang berlebihan contohnya main game, main playstation. Saya pernah didatang