Skip to main content

ANEMIA & FAKTOR PENYEBAB ANEMIA DI KALANGAN WANITA DI MALAYSIA

           
          Setiap kali saya bekerja di bahagian klinik ibu mengandung pasti akan ramai pesakit yang mengalami masalah anemia yang akan dirujuk oleh jururawat saya. Sebenarnya ini bukanlah masalah luar biasa kerana menurut Journal of Pregnancy and Child Health yang bertajuk Iron Deficiency and Anemia in Pregnant Women in Malaysia - Still a Signifant and Challenging Health Problem masalah anemia di Malaysia masih lagi menjadi masalah utama yang masih belum dapat diselesaikan secara tuntas walaupun faktor penyebab dan cara penyelesaian telah diketahui. 
          Menurut WHO lebih kurang 30% wanita Malaysia (~2 juta orang) diusia subur mengalami masalah anemia. Manakala jumlah wanita mengandung dengan anemia sebanyak 38%.  Perbandingan dilakukan di beberapa buah negara antaranya Denmark dan Singapura. Di Denmark masalah anemia hanya sebanyak 4-5% sahaja. Manakala di Singapura masalah anemia hanya 15.3% ketika saat melahirkan.
          Masalah kekurangan zat besi adalah penyebab utama masalah anemia pada wanita di usia subur dan wanita mengandung. Anemia ditentukan sekiranya nilai hemoglobin pada wanita kurang daripada 12g/dl manakala bagi wanita mengandung kurang daripada 11g/dl.
Menurut WHO kekurangan zat besi adalah masalah nutrisi yang utama di dunia. Di Malaysia, anemia disebabkan kekurangan zat besi pada golongan wanita diusia subur sangat tinggi iaitu sebanyak 75-80%. 

Apakah penyebab utama kekurangan zat besi di Malaysia?
Ada beberapa penyebab yang telah dikenal pasti iaitu:
1) Perdarahan haid setiap bulan. 
          Bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang normal, setiap bulan dia akan kehilangan zat besi melalui darah haid tersebut.

2) Mengandung
          Keperluan zat besi sangat tinggi ketika mengandung. Kadar penyerapan zat besi akan meningkat seiring peningkatan usia kandungan. Bermula dari trimester pertama sebanyak 0.8-1mg sehari sehinggalah 7-5mg sehari pada trimester ketiga. Keseluruhan keperluan zat besi ketika mengandung adalah sebanyak 600mg. Zat besi ini diperlukan untuk menghasilkan sel darah merah yang optimal bagi pembentukkan plasenta dan juga pertumbuhan dan perkembangan bayi di dalam kandungan. Satu kajian yang telah dilakukan terhadap lebih 1000 wanita mengandung berumur 20-30 tahun menunjukan masalah anemia meningkat seiring peningkatan usia kandungan.

3) Melahirkan
Dianggarkan wanita yang melahirkan akan kehilangan sebanyak 144mg zat besi sekiranya perdarahan berlaku sebanyak 300ml. Sekiranya perdarahan sewaktu melahirkan mencapai 500ml maka kehilangan zat besi sebanyak 240mg. Apabila perdarahan sewaktu melahirkan melebihi 500ml wanita tersebut bakal menghadapi masalah anemia disebabkan kekurangan zat besi selepas bersalin.

4) Diet rendah zat besi
          Wanita Malaysia tidak mengambil diet yang tinggi zat besi. Jumlah zat besi dalam makanan seharian hanya 10mg sehari. Sedangkan jumlah zat besi yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia adalah diantara 20-29mg sehari (sekurang-kurangnya 27mg sehari). Selain itu, wanita Malaysia banyak mengambil diet yang mengandungi non-heme iron (75%) berbanding heme iron (25%).
          Heme iron adalah zat besi yang berasal dari daging, ayam, hati, limpa, ikan dan jenis zat besi ini tidak memerlukan enhancer  yang membantu penyerapan zat besi kerana ianya mengandungi 'meat factor' yang membantu penyerapan. Manakala non-heme iron adalah zat besi yang diperolehi dari sumber sayuran dan ianya sangat memerlukan enhancer seperti vitamin C dan 'meat factor' untuk membantu penyerapan zat besi.
         
          Selain kekurangan zat besi, ada beberapa faktor lain yang menyebabkan masalah anemia pada wanita di Malaysia. Antaranya adalah masalah kekurangan vitamin C, vitamin B12 dan asid folik; masalah kehilangan darah akibat masalah ginekologi yang lain seperti perdarahan haid yang tidak normal; masalah kecacingan dan masalah penyerapan zat nutrisi.

          Sebaiknya seorang wanita yang merancang untuk mengandung perlu memastikan bukan hanya hemoglobin berada pada tahap yang normal tetapi juga simpanan zat besi pada tahap yang optimal di dalam badan kerana risiko kekurangan zat besi dan anemia akan meningkat apabila simpanan zat besi sebelum mengandung pada tahap yang rendah. Keadaan anemia disebabkan kekurangan zat besi ini akan memberi efek negatif kepada kesihatan ibu yang mengandung dan pertumbuhan bayi di dalam kandungan serta meningkatkan risiko kekurangan darah ketika bersalin. Wanita mengandung disarankan untuk mengambil suplemen zat besi seawal usia kandungan dan tidak hanya bergantung kepada zat besi daripada makanan sahaja.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++



          Bagi wanita yang ingin mengandung tetapi mempunyai masalah kekurangan zat besi dan anemia saya mencadangkan anda untuk mengambil VITALEA. VITALEA adalah formulasi dicipta khas untuk menyokong keperluan khusus lelaki dan wanita. 
          Setiap hidangan memberikan 28 jenis vitamin penting dan mineral kritikal termasuk zat besi, vitamin C, vitamin B dan asid folik yang diperlukan untuk pembentukkan darah merah yang baik. VITALEA merupakan multivitamin yang berusia 103 tahun, asasnya telah dihasilkan oleh Dr. Forrest C. Shaklee pada tahun 1915. Merupakan multivitamin permintaan ramai dan masih lagi relevan sehingga hari ini.

          Sekiranya ada sebarang pertnyaan mengenai anemia atau anda berminat untuk mendapatkan VITALEA boleh hubungi AESYRIN 0134366080 atau emaikan ke aesyrinrushdan@gmail.com



Comments

Popular posts from this blog

Kelebihan Coenzyme Q10 yang perlu diketahui

KELEBIHAN COENZYME Q10 YANG PERLU DIKETAHUI Masih ramai yang belum mengetahui kelebihan Coenzyme Q10 terhadap tubuh kita. Coenzyme Q10 ini secara semulajadinya dihasilkan oleh tubuh kita tetapi dengan meningkatnya usia gaya hidup seharian kita jumlah Coenzyme Q10 dalam badan kita akan berkurang . Bermula seawal umur 20, penghasilan Coenzyme Q10 dalam badan kita akan berkurang. Selain itu, penggunaan ubat golongan statin yang digunakan untuk menurunkan kolesterol dalam badan akan mengurangkan penghasilan Coenzyme Q10 sebanyak lebih kurang 40%. Tahukah anda untuk memastikan kita mendapat 100mg Coenzyme Q10, kita perlu mengambil: 3 kg daging merah atau 100 cawan brokoli yang direbus atau 100 sudu makan minyak canola atau 3.3 kg mentega kacang atau 100 mg suplemen CoQ10 Disini saya senaraikan 5 kelebihan Coenzyme Q10 yang perlu diketahui umum 1. Coenzyme Q10 membantu memberikan tenaga kepada tubuh Peningkatan Coenzyme Q10 dalam badan akan membantu meningkatkan ten

KEBAS-KEBAS, PUNCANYA DAN CARA MENGATASI

"Doktor saya sejak akhir-akhir ini ada masalah kebas-kebas, rimas rasanya. Kenapa ya?  Saya dah periksa gula, Alhamdulillah tak tinggi pun"           Saya sering dapat pesakit yang datang dengan masalah kebas-kebas. Ada yang datang dan telah disahkan bebas dari penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis, ada juga yang datang kerana masalah kebas akibat penyakit-penyakit tertentu. Hari ini, saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai kebas dan cara mengtasi masalah kebas.           Kebas merupakan satu keluhan yang hampir semua orang pernah rasa, secara saintifiknya ia dikenali sebagai paresthesia iaitu satu perasaan seperti panas atau seperti dicucuk-cucuk. Biasanya terjadi di hujung anggota badan seperti tangan, lengan dan kaki. Kebas boleh terjadi secara tiba-tiba dan biasanya tidak sakit. Kebiasaannyan, kebas berlaku apabila adanya tekanan yang lama diberikan kepada saraf. Biasanya apabila tekanan itu dialihkan rasa kebas itu akan segera berkurang da

SENDI IBU JARI SAKIT APABILA DIGERAKKAN - De Quervain's Tendinosis

Pernahkah anda alami sakit pada sendi ibu jari ketika ibu jari digerakkan? Apa yang berlaku? Jom kita belajar! Apa itu De Quervain's tendinosis? Ia berlaku apabila tendon dan selaput tendon (synovium) di bahagian ibu jari mengalami keradangan dan membengkak menimbulkan kesakitan di kawasan ibu jari bahagian pergelangan tangan. Sakit dirasai ketika menggenggam atau menggerakkan sendi pergelangan tangan. Apa itu tendon? Tendon merupakan satu struktur yang penting kerana ia menyambungkan diantara otot dan tulang. Tendon diselaputi oleh selaput tendon yang dinamakan synovium. Synovium membantu tendon untuk bergerak dengan senang. Sekiranya synovium atau tendon mengalami keradangan dan membengkak, kesakitan akan timbul apabila digerakkan. Penyebab De Quervain's tendinosis. Penyebab utama adalah penggunaan yang berlebihan. Biasanya berkait dengan aktiviti yang melibatkan pergerakkan ibu jari yang berlebihan contohnya main game, main playstation. Saya pernah didatang