RISIKO KANSER PAYUDARA Minggu lepas ada seorang pesakit saya wanita india dalam 60-an datang untuk follow-up penyakit darah tinggi. Dia baru didiagnosa kanser payudara 6 bulan yang lepas. Masalah ini bermula hanya dengan ketulan di payudara kanan sebesar biji guli. Alhamdulillah pembedahan sudah dilakukan dan ternyata selepas diperiksa sel tersebut memang sel kanser. Kanser payudara yang dihadapinya masih diperingkat awal. Kemudian beberapa hari lepas ada seorang pesakit lelaki umur 16 tahun dibawa ke klinik oleh ibunya sebab sakit di bahagian payudara sebelah kanan dan ada bengkak. Pesakit lelaki ini saya rujuk ke bahagian ultrasound untuk di 'scan'. Keputusan scan masih lagi belum saya terima. Kanser payudara biasanya banyak dihadapi oleh kaum wanita. Menurut WHO anggaran 2.1 juta wanita setiap tahun dan ianya juga menjadi penyebab utama kematian wanita disebabkan kanser. Dianggarkan jumlah kematian disebabkan kanser payudara pada tahun 2018 seramai 627000 oran
Assalamualaikum apa khabar semua? Hujung minggu anda semua ke mana? Alhamdulillah hujung minggu saya memang tertunggu-tunggu sebab waktu ni la kita nak habiskan masa yang panjang dengan keluarga. Hujung minggu ini saya dan keluarga menghabiskan masa di Balik Pulau, Pulau Pinang. Mulanya kami pergi makan tengah hari di 'Ombak Damai' terletak di kawasan Gertak Sanggul, Teluk Kumbar, Pulau Pinang. Ini gara-gara terbaca berkenaan buaian gergasi tepi pantai di 'Ombak Damai' dalam Fb sepupu saya. Lepas makan tengah hari, kami sekeluarga singgah solat di masjid yang berhampiran sebelum pergi tengok kuda. Yeeeeeaaaa ummi hanan memang suka walaupun dah kali ke dua pergi tempat ni - COUNTRY SIDE STABLES PENANG. Yuran masuk ke sini RM 5 bagi kanak-kanak 12 tahun ke bawah, RM 10 bagi orang dewasa. Makanan kuda kena bayar asing, satu bekas RM 5 (rumput kering). Kalau rasa nak tunggang kuda anda kena bayar harga tambahan RM 17 untuk kanak-kanak dan dew