Assalamualaikum semua. Apa khabar anda hari ini? Semoga dipermudahkan urusan kesihatan masing-masing.
Topik kali ini masih lagi berkisar tentang anemia. Suka untuk saya terangkan kepada anda mengenai efek kekurangan zat besi pada ibu mengandung dan bayi di dalam kandungan. Wanita di usia subur terutamanya wanita yang mengandung di Malaysia perlu mengambil zat besi dalam bentuk suplemen seawal usia kandungan 10-12 minggu. Mereka tidak boleh hanya bergantung kepada makanan semata-mata untuk dapatkan zat besi ini kerana telah terbukti diet wanita Malaysia rendah zat besi.
Kenapa zat besi begitu penting?
Ternyata kekurangan zat besi bakal memberi efek negatif kepada kualiti hidup seseorang, fungsi kognitif dan kecergasan seseorang akan merosot. Apabila seorang wanita mengandung kekurangan zat besi ia menyebabkan masalah anemia, emosi tidak stabil, gangguan kognitif, perubahan sikap, kemurungan, mudah dijangkiti kuman, rambut, kuku dan kulit kelihatan tidak berseri. Ringkasnya apabila zat besi berkurang, proses membawa oksigen ke seluruh tubuh terganggu maka sel-sel tubuh akan terjejas. Fungsi yang dilakukan oleh setiap sel terhambat. Apabila simpanan zat besi sangat rendah dan anemia berlaku, komplikasi ketika melahirkan seperti perdarahan serta kematian dan juga risiko ibu untuk mengalami anemia selepas bersalin juga tinggi.
Efek negatif ini juga akan terkena pada anak di dalam kandungan. Zat besi penting untuk pertumbuhan dan perkembangan otak bayi yang normal. Zat besi mengandungi metalloenzim yang berperanan dalam proses metabolisma diotak. Selain itu, masalah anemia disebabkan kekurangan zat besi sekiranya tidak diatasi akan menyebabkan risiko bayi lahir pramatang. Antara risiko bayi pramatang ialah kematian di bawah umur setahun. Mereka mudah terkena jangkitan kuman kerana sistem pertahanan tubuh yang tidak matang. Selain itu, anemia disebabkan oleh kekurangan zat besi juga boleh menyebabkan bayi lahir dengan berat badan yang rendah dan bayi juga boleh mempunyai masalah kekurangan zat besi dan anemia ketika lahir. Sekiranya ibu tidak bernasib baik, anak yang dikandung juga boleh meninggal di dalam kandungan gara-gara ibu mempunyai masalah anemia disebabkan kekurangan zat besi. Semestinya kematian bayi di dalam kandungan adalah perkara yang tidak diingkan ibu-ibu mengandung.
Menurut WHO sekiranya seorang wanita mengandung menghidap anemia disebabkan kekurangan zat besi, pengambilan suplemen zat besi perlu diteruskan sekurang-kurangnya 3 bulan selepas melahirkan bayi terutamanya pada negara yang mempunyai masalah anemia lebih 40%. Malaysia adalah tidak terkecuali kerana masalah anemia disebabkan kekurangan zat besi dianggarkan sebanyak 60-70% pada kelompok wanita subur.
Cara terbaik untuk elakkan masalah kekurangan zat besi dan anemia adalah dengan melakukan pemeriksaan kesihatan dan amalkan suplemen zat besi sekiranya ada rancangan untuk mengandung.

Comments
Post a Comment