Skip to main content

JALAN-JALAN HUJUNG MINGGU - COUNTRY SIDE STABLES PENANG

Assalamualaikum apa khabar semua?
Hujung minggu anda semua ke mana?
          Alhamdulillah hujung minggu saya memang tertunggu-tunggu sebab waktu ni la kita nak habiskan masa yang panjang dengan keluarga. Hujung minggu ini saya dan keluarga menghabiskan masa di Balik Pulau, Pulau Pinang. Mulanya kami pergi makan tengah hari di 'Ombak Damai' terletak di kawasan Gertak Sanggul, Teluk Kumbar, Pulau Pinang. Ini gara-gara terbaca berkenaan buaian gergasi tepi pantai di 'Ombak Damai' dalam Fb sepupu saya.



          Lepas makan tengah hari, kami sekeluarga singgah solat di masjid yang berhampiran sebelum pergi tengok kuda. Yeeeeeaaaa ummi hanan memang suka walaupun dah kali ke dua pergi tempat ni - COUNTRY SIDE STABLES PENANG. Yuran masuk ke sini RM 5 bagi kanak-kanak 12 tahun ke bawah, RM 10 bagi orang dewasa. Makanan kuda kena bayar asing, satu bekas RM 5 (rumput kering). Kalau rasa nak tunggang kuda anda kena bayar harga tambahan RM 17 untuk kanak-kanak dan dewasa RM 20. Kuda-kuda ada baka dari luar negara dan ada juga dari Malaysia.
          Tempat ni sesuai kalau bawa anak-anak. Mereka pasti teruja. Selain kuda, ada juga keldai dan rusa. Hanan hanya berani bagi makan rusa saja. Dia tak berani dekat dengan kuda, mungkin sebab lebih besar dari dia rasanya. Jom saya belanja gambar-gambar yang sempat diambil.






          Last sebelum balik rumah singgah makan dulu di Nasi Kandar Kayu Original di Bayan Lepas. Rasanya boleh la tahan sebab saya penggemar nasi kandar hehe.



Comments

Popular posts from this blog

FAHAMI KANSER KOLON, RISIKO DAN CARA PENCEGAHAN

KANSER KOLON 2 hari yang lepas saya didatangi oleh seorang pesakit berumur linkungan 60an seorang kanser survivor . Datang untuk follow-up darah tinggi. Alhamdulillah sekarang sudah bebas kanser. Sebelumnya dia telah didiagnosa kanser usus besar atau colon cancer   atau nama lain colorectal cancer. Dahulu dia tidak jaga pemakanan dan juga merokok. Banyak makan makanan high fat & low fiber diet. Tapi dia seorang yg peka dengan perubahan diri dia, jadi colon cancer yg dia dapat dirawat di peringkat awal. Dia juga mengubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat. Atas cerita saya dan pesakit tersebut jadi, hari ini saya ingin berkongsi ilmu dengan anda mengenai masalah kanser kolon agar anda dapat fahami kanser kolon, risiko dan cara pencegahannya. APA ITU KANSER KOLON?           Kolon adalah usus besar yang terdiri dari beberapa bahagian.  Kanser kolon adalah ketumbuhan yang malignan (berbahaya) pada usus besar. Nama lain adalah...

RISIKO KANSER PAYUDARA YANG PERLU ANDA KETAHUI

RISIKO KANSER PAYUDARA Minggu lepas ada seorang pesakit saya wanita india dalam 60-an datang untuk follow-up penyakit darah tinggi. Dia baru didiagnosa kanser payudara 6 bulan yang lepas. Masalah ini bermula hanya dengan ketulan di payudara kanan sebesar biji guli. Alhamdulillah pembedahan sudah dilakukan dan ternyata selepas diperiksa sel tersebut memang sel kanser. Kanser payudara yang dihadapinya masih diperingkat awal.  Kemudian beberapa hari lepas ada seorang pesakit lelaki umur 16 tahun dibawa ke klinik oleh ibunya sebab sakit di bahagian payudara sebelah kanan dan ada bengkak. Pesakit lelaki ini saya rujuk ke bahagian ultrasound untuk di 'scan'. Keputusan scan masih lagi belum saya terima. Kanser payudara biasanya banyak dihadapi oleh kaum wanita. Menurut WHO anggaran 2.1 juta wanita setiap tahun dan ianya juga menjadi penyebab utama kematian wanita disebabkan kanser. Dianggarkan jumlah kematian disebabkan kanser  payudara pada tahun 2018 seramai 627000 ora...

SENDI IBU JARI SAKIT APABILA DIGERAKKAN - De Quervain's Tendinosis

Pernahkah anda alami sakit pada sendi ibu jari ketika ibu jari digerakkan? Apa yang berlaku? Jom kita belajar! Apa itu De Quervain's tendinosis? Ia berlaku apabila tendon dan selaput tendon (synovium) di bahagian ibu jari mengalami keradangan dan membengkak menimbulkan kesakitan di kawasan ibu jari bahagian pergelangan tangan. Sakit dirasai ketika menggenggam atau menggerakkan sendi pergelangan tangan. Apa itu tendon? Tendon merupakan satu struktur yang penting kerana ia menyambungkan diantara otot dan tulang. Tendon diselaputi oleh selaput tendon yang dinamakan synovium. Synovium membantu tendon untuk bergerak dengan senang. Sekiranya synovium atau tendon mengalami keradangan dan membengkak, kesakitan akan timbul apabila digerakkan. Penyebab De Quervain's tendinosis. Penyebab utama adalah penggunaan yang berlebihan. Biasanya berkait dengan aktiviti yang melibatkan pergerakkan ibu jari yang berlebihan contohnya main game, main playstation. Saya pernah didatang...