Skip to main content

PEMAKANAN PESAKIT DARAH TINGGI

PEMAKANAN PESAKIT DARAH TINGGI
-----------------------------------------------------------------

Buta
Strok
Serangan jantung
Kerosakan buah pinggang


Semua di atas adalah beberapa komplikasi akibat dari tekanan darah tinggi yang tidak di ubati.
Jadi nak tak nak pesakit darah tinggi atau lebih baik lagi kita semua mesti berusaha mencegah penyakit ini...well PREVENTION BETTER THAN CURE...sbbnya penyesalan itu akan terjadi bila penyakit itu anda hadapi.
Rata2 yang datang ke klinik akan kata 'kalaulah dulu saya.....'


Penyakit darah tinggi sebenarnya boleh dikawal melalui dua perkara yg SANGAT PENTING:
1. Pengambilan ubat-ubatan mengikut arahan doktor.
2. Pemilihan dan pengambilan makanan yang bersesuaian.





Hari ni saya nak kongsi info penjagaan makanan untuk pesakit darah tinggi
Kurangkan pengambilan garam
Pengambilan sodium dihadkan kepada 240mg sehari bersamaan 1SUDU TEH garam sehari.
Penggunaan garam dan makanan tinggi garam dalam masakan dan semasa makan juga perlu dikurangkan.
Gunakan perencah asli seperti rempah ratus, herba, serai, jus limau dan cili untuk menggantikan perasa maknan seperti MSG.
Makan makanan segar. Elakan makanan di proses, diawet dan ditinkan.
Pastikan label makanan dibaca bagai mengetahui kandungan garam dan pilih makanan yang mengandungi rendah garam atau tanpa garam.

Kurangkan makanan yang mengandungi lemak tepu dan kolesterol tinggi
Contoh organ dalam (otak, hati, hempedu, usus, buah pinggang dan jantung), kuning telur, telur ikan.
Hadkan pengambilan makanan laut.
Pilih susu dan hasil tenusu yang rendah lemak atau tanpa lemak.
Elakan makanan yang tinggi lemak tepu. Contoh lemak daging dan kulit ayam, santan dan minyak kelapa.
Lebihkan cara masakan rendah lemak seperti kukus, bakar, rebus, panggang dan sup dan kurangkan penggunaan minyak semasa memasak.

Tingkatkan pengambilan makanan tinggi serat.
Seperti bijirin penuh, oat, buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang.
Kurangkan penganbilan gula ringkas seperti sirap, gula putih, susu pekat manis,kuih dan biskut manis.
Kawal pengambilan karbohidrat kompleks seperti nasi, roti, bihun, mee dan makanan berasaskan tepung.

Penurunan berat badan
Turunkan berat badan secara bertahap kepada berat badan ideal.
Lakukan senaman secara berkala dan berjadual.

Inshallah semoga dengan usaha kita akan menatijahkan kesihatan yang lebih baik dan menjadikan kita orang yang bermanfaat kepada yang lain😀


Comments

Popular posts from this blog

KEBAS-KEBAS, PUNCANYA DAN CARA MENGATASI

"Doktor saya sejak akhir-akhir ini ada masalah kebas-kebas, rimas rasanya. Kenapa ya?  Saya dah periksa gula, Alhamdulillah tak tinggi pun"           Saya sering dapat pesakit yang datang dengan masalah kebas-kebas. Ada yang datang dan telah disahkan bebas dari penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis, ada juga yang datang kerana masalah kebas akibat penyakit-penyakit tertentu. Hari ini, saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai kebas dan cara mengtasi masalah kebas.           Kebas merupakan satu keluhan yang hampir semua orang pernah rasa, secara saintifiknya ia dikenali sebagai paresthesia iaitu satu perasaan seperti panas atau seperti dicucuk-cucuk. Biasanya terjadi di hujung anggota badan seperti tangan, lengan dan kaki. Kebas boleh terjadi secara tiba-tiba dan biasanya tidak sakit. Kebiasaannyan, kebas berlaku apabila adanya tekanan yang lama diberikan kepada saraf. Biasanya apabila tekanan itu diali...

FAHAMI KANSER KOLON, RISIKO DAN CARA PENCEGAHAN

KANSER KOLON 2 hari yang lepas saya didatangi oleh seorang pesakit berumur linkungan 60an seorang kanser survivor . Datang untuk follow-up darah tinggi. Alhamdulillah sekarang sudah bebas kanser. Sebelumnya dia telah didiagnosa kanser usus besar atau colon cancer   atau nama lain colorectal cancer. Dahulu dia tidak jaga pemakanan dan juga merokok. Banyak makan makanan high fat & low fiber diet. Tapi dia seorang yg peka dengan perubahan diri dia, jadi colon cancer yg dia dapat dirawat di peringkat awal. Dia juga mengubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat. Atas cerita saya dan pesakit tersebut jadi, hari ini saya ingin berkongsi ilmu dengan anda mengenai masalah kanser kolon agar anda dapat fahami kanser kolon, risiko dan cara pencegahannya. APA ITU KANSER KOLON?           Kolon adalah usus besar yang terdiri dari beberapa bahagian.  Kanser kolon adalah ketumbuhan yang malignan (berbahaya) pada usus besar. Nama lain adalah...

CARA PELEKAPAN YANG BETUL ELAKAN PUTING MELECET

CARA PELEKAPAN YANG BETUL ELAKAN PUTING MELECET Bagi ibu-ibu menyusu,  puting ibu melecet  disebabkan menyusu adalah antara perkara yang ingin dijauhi.  Sakit dan perasaan tidak mahu menyusu  dengan payudara yang putingnya melecet adalah satu perkara yang biasa terjadi. Akibatnya  proses supply-and-demand  yang diinginkan  tidak berlaku . Lama-kelamaan jumlah penghasilan susu di bahagian payudara yang tidak disusui tadi berkurang dan akhirnya terhenti. Lebih malang lagi kebanyakkan ibu yang mengalami masalah puting melecet akan turut berhadapan dengan  masalah bengkak susu  akibat tidak mahu meneruskan penyusuan susu ibu di bahagian payudara yang putingnya melecet. Bagi mengelakan kesemua masalah di atas, maka ibu-ibu menyusu perlu belajar cara pelekapan yang betul diantara bayi dan payudara ibu saat menyusu. Cara pelekapan yang betul bukan sahaja membantu terhindar dari masalah puting melecet tetapi juga dapat membantu menghasilkan...