Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2018

ANEMIA & FAKTOR PENYEBAB ANEMIA DI KALANGAN WANITA DI MALAYSIA

                      Setiap kali saya bekerja di bahagian klinik ibu mengandung pasti akan ramai pesakit yang mengalami masalah anemia yang akan dirujuk oleh jururawat saya. Sebenarnya ini bukanlah masalah luar biasa kerana menurut Journal of Pregnancy and Child Health  yang bertajuk  Iron Deficiency and Anemia in Pregnant Women in Malaysia - Still a Signifant and Challenging Health Problem masalah anemia di Malaysia masih lagi menjadi masalah utama yang masih belum dapat diselesaikan secara tuntas walaupun faktor penyebab dan cara penyelesaian telah diketahui.            Menurut WHO lebih kurang 30% wanita Malaysia (~2 juta orang) diusia subur mengalami masalah anemia. Manakala jumlah wanita mengandung dengan anemia sebanyak 38%.  Perbandingan dilakukan di beberapa buah negara antaranya Denmark dan Singapura. Di Denmark masalah anemia hanya sebanyak 4-5% sahaja. Manakala di Singapura masalah anemia hanya 15.3% ketika saat melahirkan.           Masalah kekurangan zat besi adala

KANSER - BAGAIMANA IA BERLAKU & APA FAKTOR RISIKO

          Menurut kajian yang telah dilakukan oleh  The International Agency for Research on Cancer (IARC) /WHO   di anggarkan penyakit kanser akan meningkat sebanyak 18.1 juta kes pada tahun 2018 dengan kematian disebabkan kanser sebanyak 9.6 juta.. Menurut agensi ini juga seorang daripada 5 orang lelaki dan seorang daripada 6 orang wanita akan menghidap kanser ketika hayat mereka. Manakala seorang dari 8 orang lelaki dan seorang dari 11 orang wanita akan meninggal gara-gara masalah tersebut.           Selain itu IARC/WHO juga menganggarkan tiga jenis kanser iaitu kanser paru-paru, kanser payudara dan kanser kolorektal adalah kanser yang banyak terjadi dalam tahun 2018 sehinggakan 1/3 kejadian kanser dan kematian disebabkan kanser adalah hasil gabungan ketiga-tiga kanser tersebut. Manakala 5 jenis kanser yang menjadi penyebab kematian disebabkan kanser menurut turutan ialah kanser paru-paru yang menduduki tempat pertama sebanyak 18.4% diikuti oleh kanser kolorektal (9.2%), kanser

ANEMIA DAN CADANGAN SUPLEMEN

Assalamualaikum dan apa khabar semua?  Alhamdulillah semoga semuanya dalam keaadaan sihat baik fizikal, emosi dan rohani.  Hari ini saya terpanggil untuk berkongsi ilmu mengenai anemia atau masalah kekurangan darah merah. Selain itu, suka untuk saya selitkan berkenaan cadangan suplemen yang boleh anda amalkan untuk mengelakkan masalah anemia berlaku. Untuk hari ini saya cuba fokuskan perkongsian saya mengenai anemia disebabkan kekurangan zat besi. Seperti yang semua sudah maklum anemia adalah masalah kekurangan darah merah. Kadang-kadang ada juga pesakit yang merujuk anemia sebagai kekurangan hemoglobin.  Apa itu Hemoglobin?           Hemoglobin adalah molekul protein di dalam sel darah merah yang berfungsi mengangkut oksigen dari paru-paru untuk dihantar ke seluruh tubuh dan juga mengangkut karbon dioksida balik ke paru-paru untuk dilepaskan keluar tubuh. Hemoglobin terdiri dari 4 rantaian globin (2 alpha dan 2 beta) dan di setiap rantaian globin ini ada zat besi. Zat besi

KEBAS-KEBAS, PUNCANYA DAN CARA MENGATASI

"Doktor saya sejak akhir-akhir ini ada masalah kebas-kebas, rimas rasanya. Kenapa ya?  Saya dah periksa gula, Alhamdulillah tak tinggi pun"           Saya sering dapat pesakit yang datang dengan masalah kebas-kebas. Ada yang datang dan telah disahkan bebas dari penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis, ada juga yang datang kerana masalah kebas akibat penyakit-penyakit tertentu. Hari ini, saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai kebas dan cara mengtasi masalah kebas.           Kebas merupakan satu keluhan yang hampir semua orang pernah rasa, secara saintifiknya ia dikenali sebagai paresthesia iaitu satu perasaan seperti panas atau seperti dicucuk-cucuk. Biasanya terjadi di hujung anggota badan seperti tangan, lengan dan kaki. Kebas boleh terjadi secara tiba-tiba dan biasanya tidak sakit. Kebiasaannyan, kebas berlaku apabila adanya tekanan yang lama diberikan kepada saraf. Biasanya apabila tekanan itu dialihkan rasa kebas itu akan segera berkurang da

VITAMIN & MINERAL YANG MENYOKONG KEKUATAN TULANG - OSTEMATRIX

                    Minggu lepas saya dan beberapa orang jururawat di tugaskan untuk melakukan  health screening   ketika program Butterworth Run 3. Dalam borang screening terdapat beberapa soalan berkaitan amalan diet seseorang setiap hari. salah satu soalan adalah berkenaan minum susu setiap hari. Menariknya rata-rata peserta menjawab 'tidak' dan ada beberapa peserta bertanyakan soalan mengenai tablet kalsium. Sebagai seorang doktor semestinya saya terdorong untuk memberikan informasi yang bermanfaat. Jadi saya terangkan kepada mereka mengenai kalsium dan kawan-kawannya yang membantu untuk kita mendapat tulang yang sihat. JOM fokus kepada ilmu yang saya ingin sampaikan ya!           Tulang adalah organ yang sangat kuat, berstruktur dan penting bagi tubuh kerana tulang bertindak melindungi pelbagai organ, membantu dalam menghasilkan darah merah dan darah putih, tempat simpanan mineral dalam badan dan membantu memberikan struktur tubuh serta pergerakan kepada kita. 

KEPENTINGAN KALSIUM UNTUK IBU MENGANDUNG

          Biasanya setiap hari rabu saya perlu berada di bahagian ibu mengandung umtuk melakukan pemeriksaan dan memberikan kaunseling tentang masalah kesihatan yang melibatkan ibu mengandung bergantung kepada masalah yang di hadapi oleh pesakit tersebut.           Alhamdulillah, hampir semua ibu mengandung yang saya jumpa minum susu hampir setiap hari. Mereka semua sedar mengenai kepentingan susu atau lebih tepat lagi kalsium untuk membantu pertumbuhan dan perkembangan tulang bayi di dalam kandungan dan juga sebagai simpanan kalsium untuk ibu itu sendiri.           Kalsium merupakan antara nutrisi yang terpenting yang perlu di ambil oleh setiap manusia dan merupakan mineral yang paling banyak di dalam badan kita. Mengikut Recommended Dietary Allowance (RDA) iaitu jumlah kalsium yang perlu diambil secara harian bagi orang dewasa termasuk ibu mengandung dan menyusu adalah antara 1000 mg hingga 1300 mg sehari. Begitu juga seperti yang dicadangkan melalui piramid makanan iaitu sus