Skip to main content

KEPENTINGAN KALSIUM UNTUK IBU MENGANDUNG



          Biasanya setiap hari rabu saya perlu berada di bahagian ibu mengandung umtuk melakukan pemeriksaan dan memberikan kaunseling tentang masalah kesihatan yang melibatkan ibu mengandung bergantung kepada masalah yang di hadapi oleh pesakit tersebut.

          Alhamdulillah, hampir semua ibu mengandung yang saya jumpa minum susu hampir setiap hari. Mereka semua sedar mengenai kepentingan susu atau lebih tepat lagi kalsium untuk membantu pertumbuhan dan perkembangan tulang bayi di dalam kandungan dan juga sebagai simpanan kalsium untuk ibu itu sendiri.

          Kalsium merupakan antara nutrisi yang terpenting yang perlu di ambil oleh setiap manusia dan merupakan mineral yang paling banyak di dalam badan kita. Mengikut Recommended Dietary Allowance (RDA) iaitu jumlah kalsium yang perlu diambil secara harian bagi orang dewasa termasuk ibu mengandung dan menyusu adalah antara 1000 mg hingga 1300 mg sehari. Begitu juga seperti yang dicadangkan melalui piramid makanan iaitu susu atau produk tenusu perlu diambil 1-3 sajian setiap hari.




          Disebabkan fungsi kalsium yang sangat luas maka cadangan pengambilan kalsium ini amat penting untuk diikuti. Kalsium bukan semata-mata diperlukan untuk mempertahankan struktur dan fungsi tulang dan gigi. Antara fungsi kalsium adalah: 
- Mencegah osteopenia iaitu masalah kekurangan kalsium di dalam darah.
- Mencegah osteoporosis  iaitu masalah kekurangan kalsium di dalam tulang  
  yang menyebabkan tulang kurang padat, berongga dan mudah patah.
- Kalsium diperlukan untuk mengawal beberapa elektrolit dalam badan.
- Kalsium membantu mengawal tekanan darah tinggi dan mencegah 
  komplikasi darah tinggi.
- Kalsium juga membantu dalam pengecutan dan perkembangan otot disaluran  
  darah agar peredaran darah lebih lancar.
- Kalsium membantu dalam fungsi otot dan fungsi hormon.
- Kalsium membantu proses transmisi saraf.
- Kalsium diperlukan untuk keluar-masuk signal atau data antara sel.

          Pertumbuhan awal sistem rangka di dalam janin bermula seawal 3 minggu selepas persenyawaan iaitu dengan pembentukan tulang belakang, spinal cord dan otak diikuti pada minggu ke-4 iaitu penghasilan tanda seperti tangan dan kaki dan seterusnya proses ini berlanjutan sehinggalah seorang bayi di lahirkan dan apabila dia mencapai puberty biasanya pada umur 14 dan 15 tahun bagi perempuan manakala 17 dan 18 tahun bagi lelaki proses pertumbuhan tulang akan berhenti. 



     
          Kalsium yang diperlukan untuk pembentukan, perkembang dan pertumbuhan sistem rangka ini secara automatik di ambil dari tulang dan gigi ibu. Disebabkan itu, ibu-ibu mengandung perlu sentiasa memastikan bekalan kalsium yang disimpan di tulang dan gigi sentiasa dalam keadaan yang cukup bukan hanya untuk fungsi tubuh ibu serta struktur dan fungsi tulang serta gigi ibu malahan perlu untuk anak di dalam kandungan. 

          Bayangkan sekiranya ibu-ibu mengandung tidak mengambil makanan yang tinggi kalsium maupun mengambil suplemen kalsium manakala proses pengambilan kalsium dari ibu kepada bayi di dalam kandungan yang terus berlaku serta keperluan kalsium terhadap ibu sendiri akan menyebabkan simpanan kalsium di dalam tulang dan gigi ibu merosot, kepadatan tulang berkurang, tulang lebih berongga dan jangka panjang akan menyebabkan masalah osteoporosis dan tulang mudah patah. Masalah ini akan berulang-ulang di setiap kali ibu mengandung dan menyusukan anak.


Apakah boleh kita mengambil suplemen kalsium?

Bagi saya kenapa tidak!? Asalkan pada dos harian iaitu antara 1000 mg sehingga 1300 mg sehari, itu sudah memadai. 
Mari kita sama-sama pastikan simpanan kalsium di dalam badan kita cukup untuk kita dan bermanfaat untuk orang lain terutamanya bayi yang ada di dalam rahim ibu 😍😍😍






Comments

Popular posts from this blog

FAHAMI KANSER KOLON, RISIKO DAN CARA PENCEGAHAN

KANSER KOLON 2 hari yang lepas saya didatangi oleh seorang pesakit berumur linkungan 60an seorang kanser survivor . Datang untuk follow-up darah tinggi. Alhamdulillah sekarang sudah bebas kanser. Sebelumnya dia telah didiagnosa kanser usus besar atau colon cancer   atau nama lain colorectal cancer. Dahulu dia tidak jaga pemakanan dan juga merokok. Banyak makan makanan high fat & low fiber diet. Tapi dia seorang yg peka dengan perubahan diri dia, jadi colon cancer yg dia dapat dirawat di peringkat awal. Dia juga mengubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat. Atas cerita saya dan pesakit tersebut jadi, hari ini saya ingin berkongsi ilmu dengan anda mengenai masalah kanser kolon agar anda dapat fahami kanser kolon, risiko dan cara pencegahannya. APA ITU KANSER KOLON?           Kolon adalah usus besar yang terdiri dari beberapa bahagian.  Kanser kolon adalah ketumbuhan yang malignan (berbahaya) pada usus besar. Nama lain adalah...

RISIKO KANSER PAYUDARA YANG PERLU ANDA KETAHUI

RISIKO KANSER PAYUDARA Minggu lepas ada seorang pesakit saya wanita india dalam 60-an datang untuk follow-up penyakit darah tinggi. Dia baru didiagnosa kanser payudara 6 bulan yang lepas. Masalah ini bermula hanya dengan ketulan di payudara kanan sebesar biji guli. Alhamdulillah pembedahan sudah dilakukan dan ternyata selepas diperiksa sel tersebut memang sel kanser. Kanser payudara yang dihadapinya masih diperingkat awal.  Kemudian beberapa hari lepas ada seorang pesakit lelaki umur 16 tahun dibawa ke klinik oleh ibunya sebab sakit di bahagian payudara sebelah kanan dan ada bengkak. Pesakit lelaki ini saya rujuk ke bahagian ultrasound untuk di 'scan'. Keputusan scan masih lagi belum saya terima. Kanser payudara biasanya banyak dihadapi oleh kaum wanita. Menurut WHO anggaran 2.1 juta wanita setiap tahun dan ianya juga menjadi penyebab utama kematian wanita disebabkan kanser. Dianggarkan jumlah kematian disebabkan kanser  payudara pada tahun 2018 seramai 627000 ora...

SENDI IBU JARI SAKIT APABILA DIGERAKKAN - De Quervain's Tendinosis

Pernahkah anda alami sakit pada sendi ibu jari ketika ibu jari digerakkan? Apa yang berlaku? Jom kita belajar! Apa itu De Quervain's tendinosis? Ia berlaku apabila tendon dan selaput tendon (synovium) di bahagian ibu jari mengalami keradangan dan membengkak menimbulkan kesakitan di kawasan ibu jari bahagian pergelangan tangan. Sakit dirasai ketika menggenggam atau menggerakkan sendi pergelangan tangan. Apa itu tendon? Tendon merupakan satu struktur yang penting kerana ia menyambungkan diantara otot dan tulang. Tendon diselaputi oleh selaput tendon yang dinamakan synovium. Synovium membantu tendon untuk bergerak dengan senang. Sekiranya synovium atau tendon mengalami keradangan dan membengkak, kesakitan akan timbul apabila digerakkan. Penyebab De Quervain's tendinosis. Penyebab utama adalah penggunaan yang berlebihan. Biasanya berkait dengan aktiviti yang melibatkan pergerakkan ibu jari yang berlebihan contohnya main game, main playstation. Saya pernah didatang...