Skip to main content

VITAMIN & MINERAL YANG MENYOKONG KEKUATAN TULANG - OSTEMATRIX


         
          Minggu lepas saya dan beberapa orang jururawat di tugaskan untuk melakukan health screening  ketika program Butterworth Run 3. Dalam borang screening terdapat beberapa soalan berkaitan amalan diet seseorang setiap hari. salah satu soalan adalah berkenaan minum susu setiap hari. Menariknya rata-rata peserta menjawab 'tidak' dan ada beberapa peserta bertanyakan soalan mengenai tablet kalsium. Sebagai seorang doktor semestinya saya terdorong untuk memberikan informasi yang bermanfaat. Jadi saya terangkan kepada mereka mengenai kalsium dan kawan-kawannya yang membantu untuk kita mendapat tulang yang sihat.


JOM fokus kepada ilmu yang saya ingin sampaikan ya!

          Tulang adalah organ yang sangat kuat, berstruktur dan penting bagi tubuh kerana tulang bertindak melindungi pelbagai organ, membantu dalam menghasilkan darah merah dan darah putih, tempat simpanan mineral dalam badan dan membantu memberikan struktur tubuh serta pergerakan kepada kita. 

          Tulang terhasil sejak kita di dalam kandungan ibu seawal 3 minggu dan bertumbuh serta berkembang sehinggalah kita berumur 17-18 tahun bagi lelaki dan 14-15 tahun bagi perempuan dan tulang akan berhenti bertumbuh. Umur yang terbaik untuk kita membina tulang yang sihat dan padat serta mempunyai jisim yang cukup adalah ketika usia kanak-kanak, remaja dan ketika umur 20-30 tahun.  

          Apabila kita mencapai umur 40 tahun kebiasaanya tulang kita akan mula kehilangan sel, jisim dan ketumpatan menyebabkan tulang menjadi semakin berongga. Walaubagaimanapun, proses ini dapat dilengahkan melalui pengambilan kalsium dan beberapa vitamin serta mineral yang lain sebelum umur mencecah 40 tahun.  

          Selain kalsium yang kita biasa dengar dapat menguatkan tulang, ada beberapa kombinasi unik vitamin dan mineral yang penting untuk kita ambil bagi menguatkan tulang sekaligus menghalang proses osteoporosis berlaku.

  • KALSIUM
Merupakan mineral utama yang menjadi asas pembentukan tulang. Sangat penting untuk meningkatkan kepadatan tulang kita. Tanpa kalsium tulang akan kurang padat, berongga dan mudah rapuh. Kita dinasihatkan untuk mengambil kalsium sebanyak 100 mg sehingga 1300 mg sehari untuk memastikan kita mendapat jumlah kalsium yang cukup.

  • MAGNESIUM
Betapa pentingnya magnesium, ianya sangat diperlukan untuk membantu menghantarkan kalsium kepada tulang. Selain itu, magnesium juga penting untuk membantu proses pengaktifan vitamin D supaya proses penyerapan kalsium lebih baik. Kita dinasihatkan ambil 300 mg magnesium sehari untuk membentuk tulang yang sihat.
  • VITAMIN D
Vitamin D adalah vitamin yang diperlukan dalam proses pembentukkan tulang yang sihat. Kekurangan Vitamin D boleh menyebabkan tulang melalui proses penuaan yang pra-matang, kepadatan dan kualiti tulang terjejas. Vitamin D membantu dalam proses penyerapan kalsium di saluran pencernaan dan memastikan kalsium serta fosfat cukup untuk proses pertumbuhan tulang yang normal.
  • BORON
Walaupun boron kurang di kenali, tetapi ianya sangat penting dalam proses metabolisma tulang. Boron membantu badan kita menguruskan kalsium, magnesium dalam proses pembentukan tulang. Selain itu, boron juga dapat bertindak meningkatkan kadar hormon estrogen wanita yg telah menopause. Seperti yang kita ketahui estrogen membantu menjaga tulang dari masalah osteoporosis.
  • MANGAN, KUPRUM & ZINK
Ketiga-tiga mineral ini berperanan dalam mengaktifkan enzim yang terlibat dalam proses pertumbuhan tulang. Selain itu, mineral-mineral ini juga melindungi tulang dari stress oksidatif. Sekiranya badan kekurangan mineral-mineral ini, proses pertumbuhan dan kesihatan tulang akan terjejas.

=============================================

          Sekarang kita lebih jelas mengenai mineral dan vitamin yang penting untuk kesihatan tulang. Jadi apabila kita ingin memilih suplemen kalsium pastikan bukan hanya kalsium yang ada dalam suplemen tersebut tetapi juga rakan-rakannya yang juga penting dalam menyokong kesihatan tulang.





Comments

Popular posts from this blog

KEBAS-KEBAS, PUNCANYA DAN CARA MENGATASI

"Doktor saya sejak akhir-akhir ini ada masalah kebas-kebas, rimas rasanya. Kenapa ya?  Saya dah periksa gula, Alhamdulillah tak tinggi pun"           Saya sering dapat pesakit yang datang dengan masalah kebas-kebas. Ada yang datang dan telah disahkan bebas dari penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis, ada juga yang datang kerana masalah kebas akibat penyakit-penyakit tertentu. Hari ini, saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai kebas dan cara mengtasi masalah kebas.           Kebas merupakan satu keluhan yang hampir semua orang pernah rasa, secara saintifiknya ia dikenali sebagai paresthesia iaitu satu perasaan seperti panas atau seperti dicucuk-cucuk. Biasanya terjadi di hujung anggota badan seperti tangan, lengan dan kaki. Kebas boleh terjadi secara tiba-tiba dan biasanya tidak sakit. Kebiasaannyan, kebas berlaku apabila adanya tekanan yang lama diberikan kepada saraf. Biasanya apabila tekanan itu diali...

FAHAMI KANSER KOLON, RISIKO DAN CARA PENCEGAHAN

KANSER KOLON 2 hari yang lepas saya didatangi oleh seorang pesakit berumur linkungan 60an seorang kanser survivor . Datang untuk follow-up darah tinggi. Alhamdulillah sekarang sudah bebas kanser. Sebelumnya dia telah didiagnosa kanser usus besar atau colon cancer   atau nama lain colorectal cancer. Dahulu dia tidak jaga pemakanan dan juga merokok. Banyak makan makanan high fat & low fiber diet. Tapi dia seorang yg peka dengan perubahan diri dia, jadi colon cancer yg dia dapat dirawat di peringkat awal. Dia juga mengubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat. Atas cerita saya dan pesakit tersebut jadi, hari ini saya ingin berkongsi ilmu dengan anda mengenai masalah kanser kolon agar anda dapat fahami kanser kolon, risiko dan cara pencegahannya. APA ITU KANSER KOLON?           Kolon adalah usus besar yang terdiri dari beberapa bahagian.  Kanser kolon adalah ketumbuhan yang malignan (berbahaya) pada usus besar. Nama lain adalah...

CARA PELEKAPAN YANG BETUL ELAKAN PUTING MELECET

CARA PELEKAPAN YANG BETUL ELAKAN PUTING MELECET Bagi ibu-ibu menyusu,  puting ibu melecet  disebabkan menyusu adalah antara perkara yang ingin dijauhi.  Sakit dan perasaan tidak mahu menyusu  dengan payudara yang putingnya melecet adalah satu perkara yang biasa terjadi. Akibatnya  proses supply-and-demand  yang diinginkan  tidak berlaku . Lama-kelamaan jumlah penghasilan susu di bahagian payudara yang tidak disusui tadi berkurang dan akhirnya terhenti. Lebih malang lagi kebanyakkan ibu yang mengalami masalah puting melecet akan turut berhadapan dengan  masalah bengkak susu  akibat tidak mahu meneruskan penyusuan susu ibu di bahagian payudara yang putingnya melecet. Bagi mengelakan kesemua masalah di atas, maka ibu-ibu menyusu perlu belajar cara pelekapan yang betul diantara bayi dan payudara ibu saat menyusu. Cara pelekapan yang betul bukan sahaja membantu terhindar dari masalah puting melecet tetapi juga dapat membantu menghasilkan...