Skip to main content

13 Tips Menambah Susu Ibu

13 TIPS MENAMBAH SUSU IBU

Kita semua sedia maklum bahawa susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi. Tetapi bukan semua ibu di kurniakan susu ibu yang banyak semasa awal kelahiran bayi. Perjalanan penyusuan setiap ibu dan bayi pastilah ada bermacam ragam dan ujian, namun ibu-ibu janganlah mudah berputus asa. Ibu-ibu perlu sentiasa yakin bahawa Allah sudah menetapkan rezeki bagi setiap anak termasuk rezeki mendapat susu ibu. Justeru itu, di sini saya akan menyatakan beberapa tips untuk menambah susu ibu yang saya pernah praktikan semasa awal kelahiran anak saya dan alhamdulillah ianya sangat berkesan.

Di sini saya memberikan 10 tips menambah susu ibu:

1. Saya amalkan suplemen dari shaklee iaitu SET BERPANTANG/SET MENYUSU SHAKLEE. Ini adalah WAJIB bagi saya untuk menambahkan susu ibu. Set menyusu shaklee ini bukan sahaja dapat meningkatkan penghasilan susu ibu bahkan ianya dapat memberikan tenaga kepada ibu selepas bersalin, dapat mengurangkan sembelit, dapat menjadikan wajah ibu lembut dan berseri, dapat membantu ibu meningkatkan imun tubuh dan membantu ibu untuk menurunkan kadar kolesterol serta membantu ibu cepat kurus dan kembali ke berat sebelum mengandung.

2. Bersama-sama dengan SET MENYUSU SHAKLEE setiap hari saya bersarapan dengan 3 biji buah kurmabuah aprikotbuah tin7 biji kismis dan susu kambing. Anda boleh ambil mengikut citarasa anda samada campur dan kisarkan semua bahan tadi jadikan satu hidangan atau anda boleh juga mengambil satu-satu makanan tersebut secara berasingan.

3. Kerap dan banyak minum air kosong. Ini juga salah satu tips menambah susu ibu. Seperti yang kita telah maklum jumlah air di dalam susu ibu sangat tinggi, sekiranya ibu yang menyusu badan tidak minum air dengan kerap dan kurang minum air yang banyak badan akan terhidrasi dan susu ibu juga akan berkurangan. Tahu tak fakta ini juga diakui oleh tukang urut saya semasa berpantang. Beliau juga menggalakan ibu untuk minum air yang banyak. Selain itu, pengambilan air yang mencukupi mampu membantu ibu mengurangkan sembelit ketika berpantang.

4. Ambil makanan yang dapat menambah susu ibu seperti sayur kucai, pegaga, halba dan madu. Ini yang disyorkan oleh emak saya. 



5. Menyusu sekali setiap 3-4 jam mengikut kemahuan anak. Sekiranya pada awal kelahiran anak anda masalah 'kuning' atau jaundice maka penyusuan susu ibu perlu dilakukan lebih kerap. Penting untuk ibu-ibu kerap mengosongkan payudara kerana ini akan memberikan feedback positif kepada otak untuk meningkatkan pengeluaran enzim oksitosin dan prolaktin yang akan meningkatkan pengeluaran susu ibu. Selain itu semakin anak menghisap payudara ibu, semakin banyak hormon oksitosin akan dihasilkan seterusnya meningkatkan penghasilan susu ibu.

6. Pastikan ibu-ibu menyusu pada sebelah payudara sehingga anak kenyang dan untuk sebelah payudara lain yang tidak disusui anak ibu-ibu boleh memerah susu samada secara manual mahupun menggunakan alat memerah susu untuk memastikan kedua-kedua payudara dikosongkan.

7. Ibu-ibu boleh melakukan urutan pada bahagian belakang badan, depan atas bahagian dada dan sekeliling payudara bagi melnacarkan peredaran darah ibu seterusnya membantu meningkatkan penghasilan dan pengeluaran susu ibu. Urutan ini juga memberikan rasa 'releks' dan tenang bagi ibu sekaligus dapat memeberikan efek positif yang akan membantu menambah susu ibu.





8. Elakan stres. Elakan stres. Elakan stres. Penting untuk mengelak stress, kemurungan, emosi yang tidak stabil untuk meningkatkan susu ibu dan melancarkan pengeluaran susu ibu. Apa sahaja yang menambah stress ibu yang sedang menyusukan bayi perlu untuk dikesan dan di atasi. Antaranya sembelit. Ibu-ibu boleh mengatasi masalah sembelit dengan banyak mengambil buah-buah yang tinggi serat seperti buah limau, banyak makan sayur, kerapkan pengambilan air kosong dan mengambil suplemen yang membantu mencegah sembelit seperti SET BERPANTANG/SET MENYUSU SHAKLEE.

9. Nyatakan kepada suami dan keluarga yang menemani anda sepanjang proses berpantang dan menyusu bahawa anda ingin menyusu anak anda dengan susu ibu secara esklusif. Hal ini agar mereka dapat membina 'mindset' dalam diri mereka yang anda ingin menyusu badan dan tidak mahu memberikan anak susu formula. Hal ini justeru akan membuatkan suami dan keluarga secara tidak lansung akan memberikan sokongan kepada anda untuk terus memberikan susu ibu kepada anak anda.

10. Dapatkan rehat yang secukupnya. Rehat yang cukup dan minda yang sentiasa positif membantu mengurangakan stress dan sekaligus menambah susu badan.

11. Niat untuk menyusukan anak dengan susu ibu secara esklusif selama 6 bulan dan meneruskan susu ibu sehingga 2 tahun disamping memberkan makanan lain. Penting untuk ibu-ibu yang ingin memebriakan susu badan untuk melatakan niat/azam kerana hal ini secara tak lansung akan memberikan satu efek motivasi kepada ibu-ibu yang menyusu.

12. Berdoa kepada Tuhan untuk memberikan ruang dan peluang kepada ibu-ibu untuk merasai nikmat menyusu susu ibu kepada anak. Allah adalah tuhan yang membrikan rezeki maka sebaiknya kepada dialah kita meminta pertolongan dan doa. 

13. Dapatkan ilmu penyusuan secukupnya samada memalui pembacaan atau menghadiri kelas-kelas penyusan susu ibu yang diadakan.


SET BERPANTANG/SET MENYUSU SHAKLEE


Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan set berpantang/set menyusu shaklee boleh hubungi saya:
Aesyrin Rushdan 0134366080
Fb/Ig: Aesyrin Rushdan 

Email: aesyrinrushdan@gmail.com

Comments

  1. tq ats perkongsian..nak share ya..pd mak mak ayah yg belum pakai filter air bersuhu tu..jika nak pakai sy agen cuckoo kl sedia bantu..pemasangan dibuat prcuma dn cover ke seluruh malaysia tau..bole pm 011-16930576..nak cash or bole pilihla nak tempoh rental brp lama...tkde mslh bole wsp sy yer.tq

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kelebihan Coenzyme Q10 yang perlu diketahui

KELEBIHAN COENZYME Q10 YANG PERLU DIKETAHUI Masih ramai yang belum mengetahui kelebihan Coenzyme Q10 terhadap tubuh kita. Coenzyme Q10 ini secara semulajadinya dihasilkan oleh tubuh kita tetapi dengan meningkatnya usia gaya hidup seharian kita jumlah Coenzyme Q10 dalam badan kita akan berkurang . Bermula seawal umur 20, penghasilan Coenzyme Q10 dalam badan kita akan berkurang. Selain itu, penggunaan ubat golongan statin yang digunakan untuk menurunkan kolesterol dalam badan akan mengurangkan penghasilan Coenzyme Q10 sebanyak lebih kurang 40%. Tahukah anda untuk memastikan kita mendapat 100mg Coenzyme Q10, kita perlu mengambil: 3 kg daging merah atau 100 cawan brokoli yang direbus atau 100 sudu makan minyak canola atau 3.3 kg mentega kacang atau 100 mg suplemen CoQ10 Disini saya senaraikan 5 kelebihan Coenzyme Q10 yang perlu diketahui umum 1. Coenzyme Q10 membantu memberikan tenaga kepada tubuh Peningkatan Coenzyme Q10 dalam badan akan membantu meningkatkan ten

KEBAS-KEBAS, PUNCANYA DAN CARA MENGATASI

"Doktor saya sejak akhir-akhir ini ada masalah kebas-kebas, rimas rasanya. Kenapa ya?  Saya dah periksa gula, Alhamdulillah tak tinggi pun"           Saya sering dapat pesakit yang datang dengan masalah kebas-kebas. Ada yang datang dan telah disahkan bebas dari penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis, ada juga yang datang kerana masalah kebas akibat penyakit-penyakit tertentu. Hari ini, saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai kebas dan cara mengtasi masalah kebas.           Kebas merupakan satu keluhan yang hampir semua orang pernah rasa, secara saintifiknya ia dikenali sebagai paresthesia iaitu satu perasaan seperti panas atau seperti dicucuk-cucuk. Biasanya terjadi di hujung anggota badan seperti tangan, lengan dan kaki. Kebas boleh terjadi secara tiba-tiba dan biasanya tidak sakit. Kebiasaannyan, kebas berlaku apabila adanya tekanan yang lama diberikan kepada saraf. Biasanya apabila tekanan itu dialihkan rasa kebas itu akan segera berkurang da

SENDI IBU JARI SAKIT APABILA DIGERAKKAN - De Quervain's Tendinosis

Pernahkah anda alami sakit pada sendi ibu jari ketika ibu jari digerakkan? Apa yang berlaku? Jom kita belajar! Apa itu De Quervain's tendinosis? Ia berlaku apabila tendon dan selaput tendon (synovium) di bahagian ibu jari mengalami keradangan dan membengkak menimbulkan kesakitan di kawasan ibu jari bahagian pergelangan tangan. Sakit dirasai ketika menggenggam atau menggerakkan sendi pergelangan tangan. Apa itu tendon? Tendon merupakan satu struktur yang penting kerana ia menyambungkan diantara otot dan tulang. Tendon diselaputi oleh selaput tendon yang dinamakan synovium. Synovium membantu tendon untuk bergerak dengan senang. Sekiranya synovium atau tendon mengalami keradangan dan membengkak, kesakitan akan timbul apabila digerakkan. Penyebab De Quervain's tendinosis. Penyebab utama adalah penggunaan yang berlebihan. Biasanya berkait dengan aktiviti yang melibatkan pergerakkan ibu jari yang berlebihan contohnya main game, main playstation. Saya pernah didatang