Skip to main content

CARPAL TUNNEL SYNDROME-BAGAIMANA BERLAKU, RISIKO DAN RAWATAN


Assalamualaikum
Apa khabar semua?
Harap semua sihat dan tiada masalah CARPAL TUNNEL SYNDROME. Ceritanya, kelmarin di dalam satu group di Fb ada yang bertanya tentang masalah sendi ditangan ketika mengandung. Jadi, hari ini saya ambil kesempatan untuk sampaikan ilmu berkenaan carpal tunnel syndrome.

Apa itu carpal tunnel syndrome?

          Carpal tunnel syndrome ialah gejala yang timbul apabila saraf utama di bahagian pergelangan tangan iaitu saraf median ditekan atau tersepit. Keadaan ini akan menyebabkan rasa sakit, kebas, pin-prick sensation atau rasa seperti dicucuk jarum pada tangan dan lengan. Sebaiknya masalah ini perlu dikesan segara dan diberikan rawatan kerana sekiranya  tekanan ke atas saraf ini berlanjutan, saraf akan rosak dan gejala yang timbul menjadi lebih parah. 

Anatomi carpal tunnel dan masalah carpal tunnel syndrome.
          Jom kita belajar anatomi pergelangan tangan agar kita lebih faham bagaimana masalah carpal tunnel terjadi. Dinamakan carpal tunnel syndrome kerana masalah saraf median yang tersepit ini berlaku pada bahagian pergelangan tangan yang dinamakan 'carpal tunnel' atau kalau dimelayukan boleh dikatakan terowong carpal. Tapi agak tidak enak dan janggal untuk disebut jadi kita tetap saja pada sebutan carpal tunnel. 


          Carpal tunnel ini bahagian atasnya ada satu tisu penghubung yang dinamakan transverse carpal ligament. Bahagian bawah dan tepi pula dibentuk oleh tulang pergelangan tangan yang kecil namanya carpal bones. Boleh kita katakan ruang carpal tunnel ini sempit dan terbatas. Carpal tunnel ini berfungsi untuk melindungi saraf median dan tendon. Tetapi apabila ada tekanan diberikan ke carpal tunnel ini saraf median dan tendon akan tersepit. Contohnya apabila selaput synovium membengkak dalam kes tenosynovitis, tekanan di dalam ruang capal tunnel akan meningkat dan menekan saraf median.(Topik tenosynovitis akan saya kongsikan dikesempatan yang lain).
          Saraf median adalah antara saraf utama dibahagian lengan dan tangan. Saraf median merupakan salah satu cabang saraf yang berasal dari kelompok saraf di leher. Ianya melalui carpal tunnel di bahagian pergelangan tangan mensarafi ibu jari, jari telunjuk, jari tengah dan jari manis dan juga berfungsi mengawal otot dibahagian jari tangan.
          Tendon yang melalui carpal tunnel adalah 'flexor tendon' iaitu tendon yang membantu jari-jari untuk membengkok atau menggengam.

Apakah faktor risiko carpal tunnel syndrome?

Kajian menunjukkan wanita dan usia tua adalah mereka yang banyak menghidap masalah ini. Antara faktor risiko lain adalah:
1) Keturunan
Bagi sesetengah orang ruang carpal tunnel ini mungkin lebih kecil berbanding orang lain. Secara genetiknya keadaan ini boleh diwarisi dari generasi sebelumnya.

2) Penggunaan tangan dan pergerakkan sendi pergelangan tangan yang berulang.

Contohnya seperti tukang masak, tukang jahit, mekanik. Kerja mereka menyebabkan pergerakkan sendi di pergelangan tangan yang berulang dan berterusan. Keadaan ini boleh menyebabkan synovium atau pembalut tendon membengkak dan menekan saraf median.

3) Posisi tangan dan pergelangan tangan. Sekiranya anda melakukan aktiviti yang melibatkan tangan sentiasa berada pada posisi flexion atau extension yang terlalu lama juga akan meningkatkan tekanan pada saraf median.


4) Mengandung. Perubahan hormon yang berlaku akan menyebabkan tisu dikawasan carpal tunnel membengkak dan menekan saraf median.

5) Masalah kesihatan. Antaranya seperti penyakit kencing manis, masalah keradangan sendi, masalah pada hormon thyroid juga dikatakan berkaitan dengan carpal tunnel syndrome.


Apakah antara gejala yang mungkin dirasai oleh penghidap carpal tunnel syndrome?

           Pesakit carpal tunnel syndrome akan rasa kebas, seperti dicucuk jarum, rasa terbakar dan sakit pada tangan dan ibu jari, jari tengah, jari telunjuk dan jari manis. Rasa kebas itu boleh menjalar dari pergelangan tangan hingga ke jari-jari yang disebut tadi. Kadang-kadang rasa itu boleh juga menjalar ke bahagian atas lengan dan bahu. Disebabkan kebas, tangan juga boleh jadi lemah dan mudah terlepas barang bila memegang atau menggengam. Keadaan ini lebih dirasai pada waktu malam apabila kita tidur dalam keadaan pergelangan tangan sedikit bengkok. 

Bagaimana doktor mengesahkan penyakit carpal tunnel syndrome?

Ada beberapa pemeriksaan ringkas dan mudah dilakukan tanpa alatan khusus iaitu:
  • Doktor akan berikan tekanan ke saraf median dengan cara mengetuk bahagian pergelangan tangan seperti dalam gambar di bawah untuk melihat adakah pesakit merasa kebas, sakit atau rasa cucuk pada jari. 
  • Doktor akan minta pesakit untuk bengkokkan (flexion) pergelangan tangan untuk melihat adakah rasa kebas atau sakit pada tangan.
  • Periksa kelemahan otot dijari.
  • Periksa jari dan tangan boleh rasa atau tak bila disentuh (doktor akan periksa menggunakan alat)
Ada pelbagai pemeriksaan lain yang doktor akan lakukan antaranya electrophysiological test, nerve conducting studies, electromyogram, ultrasound, x-ray dan MRI. Keperluan pemeriksaan ini ditentukan oleh doktor yang merawat. 

Bagaimana merawat carpal tunnel syndrome?
Rawatan boleh samada tanpa-pembedahan atau pembedahan bergantung kepada tahap penyakit. Sekiranya masih di tahap awal doktor akan syorkan:
1) Pemakaian splint. Tujuannya agar pergelangan tangan berada dalam keadaan lurus atau posisi neutral untuk mengurangkan tekanan terhadap saraf median di bahagian carpal tunnel. Splint juga perlu dipakai ketika tidur kerana tanpa sengaja biasanya kita akan tidur dalam keadaan pergelangan tangan sedikit bengkok.

2) Pemberian ubat tahan sakit cthnya NSAIDS. Tetapi efek ubat tahan sakit yang diambil dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan luka pada dinding perut dan masalah buah pinggang.



3) Suntikan ubat steroid untuk mengurangkan keradangan.Tetapi efeknya hanya sementara. Hanya boleh dilakukan oleh doktor.

4) Mengurangkan aktiviti atau pekerjaan yang melibatkan pergelangan tangan berada dalam keadaan flexion atau bengkok.

5) Lakukan regangan untuk carpal tunnel syndrome. Biasanya akan dirujuk ke bahagian fisioterapi.



6) Pengambilan suplemen yang bersifat anti keradangan, anti oksidan dan baik untuk fungsi saraf, tulang serta tisu penghubung. (Saya akan jelaskan di perenggan akhir)

Sekiranya masalah carpal tunnel syndrome ini masih tidak dapat diatasi dengan pelbagai cara yang dinyatakan tadi, doktor akan cadangkan pembedahan.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Apakah cadangan suplemen yang boleh diamalkan oleh pesakit carpal tunnel syndrome?
Ada beberapa suplemen yang boleh diamalkan antaranya:

1) OMEGAGUARD
Merupakan minyak ikan omega 3 yang terbaik dengan 7 spektrum asid lemak yang penting untuk tubuh. Omegaguard mempunyai efek anti keradangan secara semulajadi dapat membantu mengurangkan bengkak pada synovium dan rasa sakit atau kebas. Maklumat mengenai omegaguard boleh anda dapatkan dari http://aesyrinrushdan.blogspot.com/2017/10/omegaguard.html?m=1
2) VITAMIN B COMPLEX
Vitamin B berfungsi untuk mempertahankan fungsi dan struktur sel saraf. Terutamanya vitamin B1, B6 dan B12. Terdapat kajian yang membuktikan bahawa vitamin B complex mampu membantu membaiki sel saraf dengan meningkatkan penghasilan sel saraf baru dan berfungsi dengan baik. Vitamin B adalah vitamin larut air yang boleh didapatkan dari makanan dan juga suplemen.


3) OSTEMATRIX
Merupakan sumber kalsium yang bukan sahaja baik untuk tulang tetapi juga baik untuk penghantaran impuls elektrik saraf.

4) VIVI
Merupakan minuman botani yang mengandungi polifenol dan bertindak sebagai antioksidan. Vivix bertindak dengan melindungi dan memperbaiki DNA sel, meningkatkan tenaga di dalam sel untuk berfungsi dengan lebih baik, melindungi sel daripada anasir-anasir yang menyebabkan keradangan pada sel dan mengurangkan pembentukan AGE protein yang menyebabkan penuaan sel pra-matang terutamanya bagi pesakit kencing manis.



Agak panjang entry saya untuk kali ini. Semoga bermanfaat kepada anda semua terutamanya kepada penghidap masalah carpal tunnel syndrome. Sebarang pertanyaan mengenai carpal tunnel syndrome ataupun cadangan suplemen boleh hubungi 
AESYRIN 0134366080
aesyrinrushdan@gmail.com
Fb/Ig Aesyrin Rushdan



Comments

Popular posts from this blog

Kelebihan Coenzyme Q10 yang perlu diketahui

KELEBIHAN COENZYME Q10 YANG PERLU DIKETAHUI Masih ramai yang belum mengetahui kelebihan Coenzyme Q10 terhadap tubuh kita. Coenzyme Q10 ini secara semulajadinya dihasilkan oleh tubuh kita tetapi dengan meningkatnya usia gaya hidup seharian kita jumlah Coenzyme Q10 dalam badan kita akan berkurang . Bermula seawal umur 20, penghasilan Coenzyme Q10 dalam badan kita akan berkurang. Selain itu, penggunaan ubat golongan statin yang digunakan untuk menurunkan kolesterol dalam badan akan mengurangkan penghasilan Coenzyme Q10 sebanyak lebih kurang 40%. Tahukah anda untuk memastikan kita mendapat 100mg Coenzyme Q10, kita perlu mengambil: 3 kg daging merah atau 100 cawan brokoli yang direbus atau 100 sudu makan minyak canola atau 3.3 kg mentega kacang atau 100 mg suplemen CoQ10 Disini saya senaraikan 5 kelebihan Coenzyme Q10 yang perlu diketahui umum 1. Coenzyme Q10 membantu memberikan tenaga kepada tubuh Peningkatan Coenzyme Q10 dalam badan akan membantu meningkatkan ten

KEBAS-KEBAS, PUNCANYA DAN CARA MENGATASI

"Doktor saya sejak akhir-akhir ini ada masalah kebas-kebas, rimas rasanya. Kenapa ya?  Saya dah periksa gula, Alhamdulillah tak tinggi pun"           Saya sering dapat pesakit yang datang dengan masalah kebas-kebas. Ada yang datang dan telah disahkan bebas dari penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis, ada juga yang datang kerana masalah kebas akibat penyakit-penyakit tertentu. Hari ini, saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai kebas dan cara mengtasi masalah kebas.           Kebas merupakan satu keluhan yang hampir semua orang pernah rasa, secara saintifiknya ia dikenali sebagai paresthesia iaitu satu perasaan seperti panas atau seperti dicucuk-cucuk. Biasanya terjadi di hujung anggota badan seperti tangan, lengan dan kaki. Kebas boleh terjadi secara tiba-tiba dan biasanya tidak sakit. Kebiasaannyan, kebas berlaku apabila adanya tekanan yang lama diberikan kepada saraf. Biasanya apabila tekanan itu dialihkan rasa kebas itu akan segera berkurang da

SENDI IBU JARI SAKIT APABILA DIGERAKKAN - De Quervain's Tendinosis

Pernahkah anda alami sakit pada sendi ibu jari ketika ibu jari digerakkan? Apa yang berlaku? Jom kita belajar! Apa itu De Quervain's tendinosis? Ia berlaku apabila tendon dan selaput tendon (synovium) di bahagian ibu jari mengalami keradangan dan membengkak menimbulkan kesakitan di kawasan ibu jari bahagian pergelangan tangan. Sakit dirasai ketika menggenggam atau menggerakkan sendi pergelangan tangan. Apa itu tendon? Tendon merupakan satu struktur yang penting kerana ia menyambungkan diantara otot dan tulang. Tendon diselaputi oleh selaput tendon yang dinamakan synovium. Synovium membantu tendon untuk bergerak dengan senang. Sekiranya synovium atau tendon mengalami keradangan dan membengkak, kesakitan akan timbul apabila digerakkan. Penyebab De Quervain's tendinosis. Penyebab utama adalah penggunaan yang berlebihan. Biasanya berkait dengan aktiviti yang melibatkan pergerakkan ibu jari yang berlebihan contohnya main game, main playstation. Saya pernah didatang