Skip to main content

SENDI IBU JARI SAKIT APABILA DIGERAKKAN - De Quervain's Tendinosis


Pernahkah anda alami sakit pada sendi ibu jari ketika ibu jari digerakkan?
Apa yang berlaku?
Jom kita belajar!

Apa itu De Quervain's tendinosis?
Ia berlaku apabila tendon dan selaput tendon (synovium) di bahagian ibu jari mengalami keradangan dan membengkak menimbulkan kesakitan di kawasan ibu jari bahagian pergelangan tangan. Sakit dirasai ketika menggenggam atau menggerakkan sendi pergelangan tangan.

Apa itu tendon?
Tendon merupakan satu struktur yang penting kerana ia menyambungkan diantara otot dan tulang. Tendon diselaputi oleh selaput tendon yang dinamakan synovium. Synovium membantu tendon untuk bergerak dengan senang. Sekiranya synovium atau tendon mengalami keradangan dan membengkak, kesakitan akan timbul apabila digerakkan.

Penyebab De Quervain's tendinosis.
Penyebab utama adalah penggunaan yang berlebihan. Biasanya berkait dengan aktiviti yang melibatkan pergerakkan ibu jari yang berlebihan contohnya main game, main playstation. Saya pernah didatangai pesakit yang sangat suka main playstation, datang disebabkan sakit pada ibu jari bahagian pergelangan tangan. 
Masalah ini juga dikaitkan dengan wanita mengandung, keradangan sendi.

Gejala De Quervain's tendinosis.
Gejala utama masalah ini adalah sakit pada ibu jari di bahagian pergelangan tangan. Rasa sakit akan lebih teruk bila menggenggam tangan atau bila sendi pergelangan tangan digerakkan dan kadang-kadang rasa sakit boleh menjalar ke bahagian lengan. Selain sakit, bengkak juga boleh kelihatan di bahagian yang sama.

Bagaimana doktor menentukan anda mengalami masalah De Quervain's tendinosis?
Kebiasaannya doktor akan meminta pesakit melakukan Finkelstein test. Caranya pesakit diminta untuk menggengam tangan dengan ibu jari disimpan ke dalam genggaman. Kemudian sendi pergelangan tangan dibengkokkan ke arah jari kelingking. Bagi pesakit De Quervain's tendinosis, mereka akan rasa sakit pada ibu jari di bahagian pergelangan tangan seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah.

Apakah rawatan yang boleh dilakukan?
Secara ringkasnya rawatan yang boleh dilakukan hampir sama dengan masalah Carpal Tunnel Syndrome. Anda boleh baca di
 https://aesyrinrushdan.blogspot.com/2018/10/carpal-tunnel-syndrome-kebas-dan-sakit-ditangan-dan-jari.html?m=1
1) Splinting
2) Ubat yang bersifat anti keradangan seperti NSAIDS.
3) Suntikan steroid pada selaput saraf.
4) Kurangkan aktiviti yang menyebabkan sakit dan bengkak terutamanya aktivit yang melibatkan pergerakkan sendi pergelangan tangan dan ibu jari.
5) Pembedahan akan dilakukan sekiranya semua cara tadi tidak mengurangkan gejala sakit dan bengkak.
6) Pengambilan suplemen yang memounyai B Complex, kalsium, antioksidan dan anti keradangan. Saya syorkan suplemen 👇

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Cadangan suplemen bagi masalah tulang sendi dan saraf semestinya SET SENDI, TULANG & SARAF SHAKLEE


Untuk dapatkan set in boleh hubungi AESYRIN 0134366080
aesyrinrushdan@gmail.com



Comments

Popular posts from this blog

Kelebihan Coenzyme Q10 yang perlu diketahui

KELEBIHAN COENZYME Q10 YANG PERLU DIKETAHUI Masih ramai yang belum mengetahui kelebihan Coenzyme Q10 terhadap tubuh kita. Coenzyme Q10 ini secara semulajadinya dihasilkan oleh tubuh kita tetapi dengan meningkatnya usia gaya hidup seharian kita jumlah Coenzyme Q10 dalam badan kita akan berkurang . Bermula seawal umur 20, penghasilan Coenzyme Q10 dalam badan kita akan berkurang. Selain itu, penggunaan ubat golongan statin yang digunakan untuk menurunkan kolesterol dalam badan akan mengurangkan penghasilan Coenzyme Q10 sebanyak lebih kurang 40%. Tahukah anda untuk memastikan kita mendapat 100mg Coenzyme Q10, kita perlu mengambil: 3 kg daging merah atau 100 cawan brokoli yang direbus atau 100 sudu makan minyak canola atau 3.3 kg mentega kacang atau 100 mg suplemen CoQ10 Disini saya senaraikan 5 kelebihan Coenzyme Q10 yang perlu diketahui umum 1. Coenzyme Q10 membantu memberikan tenaga kepada tubuh Peningkatan Coenzyme Q10 dalam badan akan membantu meningkatkan ten

KEBAS-KEBAS, PUNCANYA DAN CARA MENGATASI

"Doktor saya sejak akhir-akhir ini ada masalah kebas-kebas, rimas rasanya. Kenapa ya?  Saya dah periksa gula, Alhamdulillah tak tinggi pun"           Saya sering dapat pesakit yang datang dengan masalah kebas-kebas. Ada yang datang dan telah disahkan bebas dari penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis, ada juga yang datang kerana masalah kebas akibat penyakit-penyakit tertentu. Hari ini, saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai kebas dan cara mengtasi masalah kebas.           Kebas merupakan satu keluhan yang hampir semua orang pernah rasa, secara saintifiknya ia dikenali sebagai paresthesia iaitu satu perasaan seperti panas atau seperti dicucuk-cucuk. Biasanya terjadi di hujung anggota badan seperti tangan, lengan dan kaki. Kebas boleh terjadi secara tiba-tiba dan biasanya tidak sakit. Kebiasaannyan, kebas berlaku apabila adanya tekanan yang lama diberikan kepada saraf. Biasanya apabila tekanan itu dialihkan rasa kebas itu akan segera berkurang da