Skip to main content

EFEK KEKURANGAN ZAT BESI PADA IBU MENGANDUNG DAN BAYI

Assalamualaikum semua. Apa khabar anda hari ini? Semoga dipermudahkan urusan kesihatan masing-masing.
          Topik kali ini masih lagi berkisar tentang anemia. Suka untuk saya terangkan kepada anda mengenai efek kekurangan zat besi pada ibu mengandung dan bayi di dalam kandungan. Wanita di usia subur terutamanya wanita yang mengandung di Malaysia perlu mengambil zat besi dalam bentuk suplemen seawal usia kandungan 10-12 minggu. Mereka tidak boleh hanya bergantung kepada makanan semata-mata untuk dapatkan zat besi ini kerana telah terbukti diet wanita Malaysia rendah zat besi.

Kenapa zat besi begitu penting?
          Ternyata kekurangan zat besi bakal memberi efek negatif kepada kualiti hidup seseorang, fungsi kognitif dan kecergasan seseorang akan merosot. Apabila seorang wanita mengandung kekurangan zat besi ia menyebabkan masalah anemia, emosi tidak stabil, gangguan kognitif, perubahan sikap, kemurungan, mudah dijangkiti kuman, rambut, kuku dan kulit kelihatan tidak berseri. Ringkasnya apabila zat besi berkurang, proses membawa oksigen ke seluruh tubuh terganggu maka sel-sel tubuh akan terjejas. Fungsi yang dilakukan oleh setiap sel terhambat. Apabila simpanan zat besi sangat rendah dan anemia berlaku, komplikasi ketika melahirkan seperti perdarahan serta kematian dan juga risiko ibu untuk mengalami anemia selepas bersalin juga tinggi.
          Efek negatif ini juga akan terkena pada anak di dalam kandungan. Zat besi penting untuk pertumbuhan dan perkembangan otak bayi yang normal. Zat besi mengandungi metalloenzim yang berperanan dalam proses metabolisma diotak. Selain itu, masalah anemia disebabkan kekurangan zat besi sekiranya tidak diatasi akan menyebabkan risiko bayi lahir pramatang. Antara risiko bayi pramatang ialah kematian di bawah umur setahun. Mereka mudah terkena jangkitan kuman kerana sistem pertahanan tubuh yang tidak matang. Selain itu, anemia disebabkan oleh kekurangan zat besi juga boleh menyebabkan bayi lahir dengan berat badan yang rendah dan bayi juga boleh mempunyai masalah kekurangan zat besi dan anemia ketika lahir. Sekiranya ibu tidak bernasib baik, anak yang dikandung juga boleh meninggal di dalam kandungan gara-gara ibu mempunyai masalah anemia disebabkan kekurangan zat besi. Semestinya kematian bayi di dalam kandungan adalah perkara yang tidak diingkan ibu-ibu mengandung.

          Menurut WHO sekiranya seorang wanita mengandung menghidap anemia disebabkan kekurangan zat besi, pengambilan suplemen zat besi perlu diteruskan sekurang-kurangnya 3 bulan selepas melahirkan bayi terutamanya pada negara yang mempunyai masalah anemia lebih 40%. Malaysia adalah tidak terkecuali kerana masalah anemia disebabkan kekurangan zat besi dianggarkan sebanyak 60-70% pada kelompok wanita subur.

          Cara terbaik untuk elakkan masalah kekurangan zat besi dan anemia adalah dengan melakukan pemeriksaan kesihatan dan amalkan suplemen zat besi sekiranya ada rancangan untuk mengandung.




Comments

Popular posts from this blog

Kelebihan Coenzyme Q10 yang perlu diketahui

KELEBIHAN COENZYME Q10 YANG PERLU DIKETAHUI Masih ramai yang belum mengetahui kelebihan Coenzyme Q10 terhadap tubuh kita. Coenzyme Q10 ini secara semulajadinya dihasilkan oleh tubuh kita tetapi dengan meningkatnya usia gaya hidup seharian kita jumlah Coenzyme Q10 dalam badan kita akan berkurang . Bermula seawal umur 20, penghasilan Coenzyme Q10 dalam badan kita akan berkurang. Selain itu, penggunaan ubat golongan statin yang digunakan untuk menurunkan kolesterol dalam badan akan mengurangkan penghasilan Coenzyme Q10 sebanyak lebih kurang 40%. Tahukah anda untuk memastikan kita mendapat 100mg Coenzyme Q10, kita perlu mengambil: 3 kg daging merah atau 100 cawan brokoli yang direbus atau 100 sudu makan minyak canola atau 3.3 kg mentega kacang atau 100 mg suplemen CoQ10 Disini saya senaraikan 5 kelebihan Coenzyme Q10 yang perlu diketahui umum 1. Coenzyme Q10 membantu memberikan tenaga kepada tubuh Peningkatan Coenzyme Q10 dalam badan akan membantu meningkatkan ten

KEBAS-KEBAS, PUNCANYA DAN CARA MENGATASI

"Doktor saya sejak akhir-akhir ini ada masalah kebas-kebas, rimas rasanya. Kenapa ya?  Saya dah periksa gula, Alhamdulillah tak tinggi pun"           Saya sering dapat pesakit yang datang dengan masalah kebas-kebas. Ada yang datang dan telah disahkan bebas dari penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis, ada juga yang datang kerana masalah kebas akibat penyakit-penyakit tertentu. Hari ini, saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai kebas dan cara mengtasi masalah kebas.           Kebas merupakan satu keluhan yang hampir semua orang pernah rasa, secara saintifiknya ia dikenali sebagai paresthesia iaitu satu perasaan seperti panas atau seperti dicucuk-cucuk. Biasanya terjadi di hujung anggota badan seperti tangan, lengan dan kaki. Kebas boleh terjadi secara tiba-tiba dan biasanya tidak sakit. Kebiasaannyan, kebas berlaku apabila adanya tekanan yang lama diberikan kepada saraf. Biasanya apabila tekanan itu dialihkan rasa kebas itu akan segera berkurang da

SENDI IBU JARI SAKIT APABILA DIGERAKKAN - De Quervain's Tendinosis

Pernahkah anda alami sakit pada sendi ibu jari ketika ibu jari digerakkan? Apa yang berlaku? Jom kita belajar! Apa itu De Quervain's tendinosis? Ia berlaku apabila tendon dan selaput tendon (synovium) di bahagian ibu jari mengalami keradangan dan membengkak menimbulkan kesakitan di kawasan ibu jari bahagian pergelangan tangan. Sakit dirasai ketika menggenggam atau menggerakkan sendi pergelangan tangan. Apa itu tendon? Tendon merupakan satu struktur yang penting kerana ia menyambungkan diantara otot dan tulang. Tendon diselaputi oleh selaput tendon yang dinamakan synovium. Synovium membantu tendon untuk bergerak dengan senang. Sekiranya synovium atau tendon mengalami keradangan dan membengkak, kesakitan akan timbul apabila digerakkan. Penyebab De Quervain's tendinosis. Penyebab utama adalah penggunaan yang berlebihan. Biasanya berkait dengan aktiviti yang melibatkan pergerakkan ibu jari yang berlebihan contohnya main game, main playstation. Saya pernah didatang