Skip to main content

Posts

Showing posts from 2018

RISIKO KANSER PAYUDARA YANG PERLU ANDA KETAHUI

RISIKO KANSER PAYUDARA Minggu lepas ada seorang pesakit saya wanita india dalam 60-an datang untuk follow-up penyakit darah tinggi. Dia baru didiagnosa kanser payudara 6 bulan yang lepas. Masalah ini bermula hanya dengan ketulan di payudara kanan sebesar biji guli. Alhamdulillah pembedahan sudah dilakukan dan ternyata selepas diperiksa sel tersebut memang sel kanser. Kanser payudara yang dihadapinya masih diperingkat awal.  Kemudian beberapa hari lepas ada seorang pesakit lelaki umur 16 tahun dibawa ke klinik oleh ibunya sebab sakit di bahagian payudara sebelah kanan dan ada bengkak. Pesakit lelaki ini saya rujuk ke bahagian ultrasound untuk di 'scan'. Keputusan scan masih lagi belum saya terima. Kanser payudara biasanya banyak dihadapi oleh kaum wanita. Menurut WHO anggaran 2.1 juta wanita setiap tahun dan ianya juga menjadi penyebab utama kematian wanita disebabkan kanser. Dianggarkan jumlah kematian disebabkan kanser  payudara pada tahun 2018 seramai 627000 oran

JALAN-JALAN HUJUNG MINGGU - COUNTRY SIDE STABLES PENANG

Assalamualaikum apa khabar semua? Hujung minggu anda semua ke mana?           Alhamdulillah hujung minggu saya memang tertunggu-tunggu sebab waktu ni la kita nak habiskan masa yang panjang dengan keluarga. Hujung minggu ini saya dan keluarga menghabiskan masa di Balik Pulau, Pulau Pinang. Mulanya kami pergi makan tengah hari di 'Ombak Damai' terletak di kawasan Gertak Sanggul, Teluk Kumbar, Pulau Pinang. Ini gara-gara terbaca berkenaan buaian gergasi tepi pantai di 'Ombak Damai' dalam Fb sepupu saya.           Lepas makan tengah hari, kami sekeluarga singgah solat di masjid yang berhampiran sebelum pergi tengok kuda. Yeeeeeaaaa ummi hanan memang suka walaupun dah kali ke dua pergi tempat ni - COUNTRY SIDE STABLES PENANG. Yuran masuk ke sini RM 5 bagi kanak-kanak 12 tahun ke bawah, RM 10 bagi orang dewasa. Makanan kuda kena bayar asing, satu bekas RM 5 (rumput kering). Kalau rasa nak tunggang kuda anda kena bayar harga tambahan RM 17 untuk kanak-kanak dan dew

SENDI IBU JARI SAKIT APABILA DIGERAKKAN - De Quervain's Tendinosis

Pernahkah anda alami sakit pada sendi ibu jari ketika ibu jari digerakkan? Apa yang berlaku? Jom kita belajar! Apa itu De Quervain's tendinosis? Ia berlaku apabila tendon dan selaput tendon (synovium) di bahagian ibu jari mengalami keradangan dan membengkak menimbulkan kesakitan di kawasan ibu jari bahagian pergelangan tangan. Sakit dirasai ketika menggenggam atau menggerakkan sendi pergelangan tangan. Apa itu tendon? Tendon merupakan satu struktur yang penting kerana ia menyambungkan diantara otot dan tulang. Tendon diselaputi oleh selaput tendon yang dinamakan synovium. Synovium membantu tendon untuk bergerak dengan senang. Sekiranya synovium atau tendon mengalami keradangan dan membengkak, kesakitan akan timbul apabila digerakkan. Penyebab De Quervain's tendinosis. Penyebab utama adalah penggunaan yang berlebihan. Biasanya berkait dengan aktiviti yang melibatkan pergerakkan ibu jari yang berlebihan contohnya main game, main playstation. Saya pernah didatang

CARPAL TUNNEL SYNDROME-BAGAIMANA BERLAKU, RISIKO DAN RAWATAN

Assalamualaikum Apa khabar semua? Harap semua sihat dan tiada masalah CARPAL TUNNEL SYNDROME. C eritanya, kelmarin di dalam satu group di Fb ada yang bertanya tentang masalah sendi ditangan ketika mengandung. Jadi, hari ini saya ambil kesempatan untuk sampaikan ilmu berkenaan carpal tunnel syndrome. Apa itu carpal tunnel syndrome?           Carpal tunnel syndrome ialah gejala yang timbul apabila saraf utama di bahagian pergelangan tangan iaitu saraf median ditekan atau tersepit. Keadaan ini akan menyebabkan rasa sakit, kebas, pin-prick sensation atau rasa seperti dicucuk jarum pada tangan dan lengan. Sebaiknya masalah ini perlu dikesan segara dan diberikan rawatan kerana sekiranya  tekanan ke atas saraf ini berlanjutan, saraf akan rosak dan gejala yang timbul menjadi lebih parah.  Anatomi carpal tunnel dan masalah carpal tunnel syndrome.           Jom kita belajar anatomi pergelangan tangan agar kita lebih faham bagaimana masalah carpal tunnel terjadi. Dinamakan carpal tun

VITAMIN C YANG MURAH, BERKUALITI & BERKESAN

Assalamualaikum dan hai kepada anda yang sedang membaca tulisan saya ini. Hari ini saya ingin kongsikan kepada anda mengenai promosi produk Shaklee bulan oktober iaitu jeng...jeng...jeng (bayangkan ada bunyi drum-roll) Sustained Release Vitamin C Plus           Semestinya yang terkandung di dalam produk ini adalah vitamin C. Tapi apa yang menariknya dengan vitamin C Shaklee ini yg tiada pada jenama lain adalah sistem sustained release atau pelepasan secara berperingkat. Setiap satu tablet vitamin C ini mengandungi 500mg vitamin C yang akan dilepaskan sejam demi sejam supaya penyerapan zat besi lebih optimal dan mengelakkan pembaziran berlaku. Pengambilan satu tablet vitamin C ini bersamaan dengan satu setengah buah oren yg diambil setiap jam bagi tempoh 5 jam.            Selain itu, vitamin C Shaklee ini dihasilkan dari jagung. Ya ianya dari jagung! Ia satu kelebihan kerana sesuai diambil oleh mereka yang mempunyai perut yang sensitif dan tidak menyebabkan sakit perut.  

EFEK KEKURANGAN ZAT BESI PADA IBU MENGANDUNG DAN BAYI

Assalamualaikum semua. Apa khabar anda hari ini? Semoga dipermudahkan urusan kesihatan masing-masing.           Topik kali ini masih lagi berkisar tentang anemia. Suka untuk saya terangkan kepada anda mengenai efek kekurangan zat besi pada ibu mengandung dan bayi di dalam kandungan.  Wanita di usia subur terutamanya wanita yang mengandung di Malaysia perlu mengambil zat besi dalam bentuk suplemen seawal usia kandungan 10-12 minggu. Mereka tidak boleh hanya bergantung kepada makanan semata-mata untuk dapatkan zat besi ini kerana telah terbukti diet wanita Malaysia rendah zat besi. Kenapa zat besi begitu penting?           Ternyata kekurangan zat besi bakal memberi efek negatif kepada kualiti hidup seseorang, fungsi kognitif dan kecergasan seseorang akan merosot. Apabila seorang wanita mengandung kekurangan zat besi ia menyebabkan masalah anemia, emosi tidak stabil, gangguan kognitif, perubahan sikap, kemurungan, mudah dijangkiti kuman, rambut, kuku dan kulit kelihatan tidak berseri.

ANEMIA & FAKTOR PENYEBAB ANEMIA DI KALANGAN WANITA DI MALAYSIA

                      Setiap kali saya bekerja di bahagian klinik ibu mengandung pasti akan ramai pesakit yang mengalami masalah anemia yang akan dirujuk oleh jururawat saya. Sebenarnya ini bukanlah masalah luar biasa kerana menurut Journal of Pregnancy and Child Health  yang bertajuk  Iron Deficiency and Anemia in Pregnant Women in Malaysia - Still a Signifant and Challenging Health Problem masalah anemia di Malaysia masih lagi menjadi masalah utama yang masih belum dapat diselesaikan secara tuntas walaupun faktor penyebab dan cara penyelesaian telah diketahui.            Menurut WHO lebih kurang 30% wanita Malaysia (~2 juta orang) diusia subur mengalami masalah anemia. Manakala jumlah wanita mengandung dengan anemia sebanyak 38%.  Perbandingan dilakukan di beberapa buah negara antaranya Denmark dan Singapura. Di Denmark masalah anemia hanya sebanyak 4-5% sahaja. Manakala di Singapura masalah anemia hanya 15.3% ketika saat melahirkan.           Masalah kekurangan zat besi adala

KANSER - BAGAIMANA IA BERLAKU & APA FAKTOR RISIKO

          Menurut kajian yang telah dilakukan oleh  The International Agency for Research on Cancer (IARC) /WHO   di anggarkan penyakit kanser akan meningkat sebanyak 18.1 juta kes pada tahun 2018 dengan kematian disebabkan kanser sebanyak 9.6 juta.. Menurut agensi ini juga seorang daripada 5 orang lelaki dan seorang daripada 6 orang wanita akan menghidap kanser ketika hayat mereka. Manakala seorang dari 8 orang lelaki dan seorang dari 11 orang wanita akan meninggal gara-gara masalah tersebut.           Selain itu IARC/WHO juga menganggarkan tiga jenis kanser iaitu kanser paru-paru, kanser payudara dan kanser kolorektal adalah kanser yang banyak terjadi dalam tahun 2018 sehinggakan 1/3 kejadian kanser dan kematian disebabkan kanser adalah hasil gabungan ketiga-tiga kanser tersebut. Manakala 5 jenis kanser yang menjadi penyebab kematian disebabkan kanser menurut turutan ialah kanser paru-paru yang menduduki tempat pertama sebanyak 18.4% diikuti oleh kanser kolorektal (9.2%), kanser

ANEMIA DAN CADANGAN SUPLEMEN

Assalamualaikum dan apa khabar semua?  Alhamdulillah semoga semuanya dalam keaadaan sihat baik fizikal, emosi dan rohani.  Hari ini saya terpanggil untuk berkongsi ilmu mengenai anemia atau masalah kekurangan darah merah. Selain itu, suka untuk saya selitkan berkenaan cadangan suplemen yang boleh anda amalkan untuk mengelakkan masalah anemia berlaku. Untuk hari ini saya cuba fokuskan perkongsian saya mengenai anemia disebabkan kekurangan zat besi. Seperti yang semua sudah maklum anemia adalah masalah kekurangan darah merah. Kadang-kadang ada juga pesakit yang merujuk anemia sebagai kekurangan hemoglobin.  Apa itu Hemoglobin?           Hemoglobin adalah molekul protein di dalam sel darah merah yang berfungsi mengangkut oksigen dari paru-paru untuk dihantar ke seluruh tubuh dan juga mengangkut karbon dioksida balik ke paru-paru untuk dilepaskan keluar tubuh. Hemoglobin terdiri dari 4 rantaian globin (2 alpha dan 2 beta) dan di setiap rantaian globin ini ada zat besi. Zat besi