Menurut kajian yang telah dilakukan oleh The International Agency for Research on Cancer (IARC) /WHO di anggarkan penyakit kanser akan meningkat sebanyak 18.1 juta kes pada tahun 2018 dengan kematian disebabkan kanser sebanyak 9.6 juta.. Menurut agensi ini juga seorang daripada 5 orang lelaki dan seorang daripada 6 orang wanita akan menghidap kanser ketika hayat mereka. Manakala seorang dari 8 orang lelaki dan seorang dari 11 orang wanita akan meninggal gara-gara masalah tersebut. Selain itu IARC/WHO juga menganggarkan tiga jenis kanser iaitu kanser paru-paru, kanser payudara dan kanser kolorektal adalah kanser yang banyak terjadi dalam tahun 2018 sehinggakan 1/3 kejadian kanser dan kematian disebabkan kanser adalah hasil gabungan ketiga-tiga kanser tersebut. Manakala 5 jenis kanser yang menjadi penyebab kematian disebabkan kanser menurut turutan ialah kanser paru-paru yang menduduki tempat pertama s...